Di underground Hongdae
Suasana agak sesak di situ dengan B-boy dan tidak ketinggalan B-girl. Seongwoo sedang rancak bermain dengan piring hitam dan muzik. Masing-masing sibuk menari dan membuat pelbagai choreo street dance.
Jauh di sudut hati, Momo bersandar pada dinding yang penuh dengan contengan grafitti. Memerhati gerak-geri dan ragam manusia di sekelilingnya. Nombor Daniel didail tetapi butang hijau biarkan. Seketika kemudian,dia memadam kembali nombor tersebut. Sebuah keluhan berat dilepaskan.
"Hey, Queen. Tak dance ke malam ni?"satu suara menegur dari kirinya. Park Woojin. Sebuah senyuman dilemparkan olehnya. Entah senyuman ataupun tidak, Momo tidak pasti.
Woojin sentiasa memakai face mask berwarna hitam atau bentuk. Malam ini dia memakai face mask berlambangkan tengkorak. Hanya sepasang Mata dan hidung yang kelihatan.
"Hey, nope. Tak ada mood nak dance Sekarang."Momo memandang wajah Woojin. Tidak pernah Momo dapat melihat seluruh wajah Woojin kerana lelaki yang berasal dari negeri Busan tersebut tidak pernah membuka face mask tersebut.
"Well said,kalau ada something nak spill, beritahu aku. Jarang Queen tak ada mood nak menari. Lebih-lebih lagi competition tu Minggu depan."Woojin turut bersandar pada dinding. Hoodie yang berada di atas kepala diturunkan. Panggilan 'Queen' di underground tersebut Sudah lali baginya.
YOU ARE READING
distance
Short StoryMomo merasakan ada sesuatu yang hilang antara hubungannya dengan Daniel sejak akhir akhir ini. Entah apa yang hilang dia juga tidak pasti. Daniel turut merasakan hubungan mereka berdua yang semakin hambar. Tetapi dia tidak menghiraukan perasaan ters...