flashback
Di Australia
Suasana di hotel tersebut agak lengang. kebanyakan penghuni terdiri dari golongan VVIP.
Seongwoo memikir-mikir sama Ada dia patut digelar VVIP ataupun tidak kerana menetap di hotel tersebut.
Dia menuju ke bahagian restoran dan duduk di salah satu tempat di situ. Menu di atas meja diambil. Seorang pelayan perempuan datang untuk mengambil pesanan.
"Encik dah bersedia untuk buat pesanan?" tanya pelayan perempuan tersebut. Suaranya seakan familiar. Pakaiannya agak kemas. Seongwoo memandangnya.
Tiba-tiba,menu di tangan Seongwoo terjatuh ke lantai. Agak terkejut dengan keadaan pelayan perempuan tersebut. Lebih-lebih lagi Seongwoo sangat mengenalinya.
Pelayan perempuan tersebut juga terus menekup mulutnya dan terundur beberapa langkah kebelakang. Ternyata dia juga terkejut melihat Seongwoo di situ.
"Momo?!" nama tersebut meluncur dari bibir Seongwoo setelah beberapa saat. Kesunyian terus-terusan berlaku antara Seongwoo dan Momo.
Masing-masing turut memandang ke sebuah tasik di hadapan mereka. Momo yang dilihat Seongwoo sekarang ini tidak sama seperti dulu. Mata sebelah kiri momo berbalut mengingatkan Seongwoo pada karakter anime Tokyo Ghoul iaitu Kaneki Ken. Rambutnya juga sudah pendek hingga ke paras bahu dan sedikit fringe di dahinya.
"kau dah jadi waris turun-temurun Kaneki Ken ke sekarang ni? Cuma kau tak ada 'kagune' (ghoul's predatory organ) je" Seongwoo memecah kesunyian dengan lawaknya. Momo tetap menunduk tiada riaksi.
"oh oh wait!aku rasa kau ada benda menakutkan tu bila tengok riaksi kau sekarang ni!" laju Seongwoo mengundur hingga ke hujung bangku yang didudukinya. Momo sepantas kilat memandang tajam ke arah Seongwoo.
"kau jangan nak buat lawak boleh tak? aku ada banyak kerja lagi nak buat!"Hah kan dah kena marah.
"Hei! rileks ah. Aku dah lama tak bergurau dengan kau ni. Aku rasa macam awkward pulak senyap je dari tadi."Seongwoo kembali duduk ke tempatnya tadi. Dia memandang Momo.
"Daniel ....dia sepatutnya dah jadi famous sekarang ni sebab piano skills dia boleh tahan hebat. Tapi dia taknak . Kau tahu kenapa kan? seriously, aku ingatkan kau dah mati." tiada respon daripada Momo, dia meneruskan.
"Mata kiri kau tu. aku agak tu kesan dari kemalangan 6 tahun lepas. kebetulan aku dah jumpa kau ni, aku nak dengar explaination kau tentang semua itu. tapi bila tengok keadaan kau macam ni, tak perlu kot rasanya. Bila kau balik ke korea nanti, better kau jumpa Daniel dan terangkan semua tu. Ah tak. tak perlu jumpa dia langsung. Aku taknak dia meroyan balik bila dia nampak kau sebab dia dah lupakan kau." Momo di sebelah sudah mengalirkan air mata sepanjang Seongwoo menyentuh topik mengenai Daniel.
"Aku terpaksa tinggalkan dia sebab aku sayangkan dia. Aku ni tak berpelajaran., tak ada bakat lain selain menari dan aku rasa dengan satu-satunya bakat yang aku ada tu tak boleh bawak ke mana-mana. kalau kau nak cakap aku tak ada masalah sebab anak orang kaya, kau salah. Yang kaya tu parents aku, hasil titik peluh mereka sendiri. Aku nak berdikari. Dah lama aku agak Daniel akan jadi orang yang berjaya. Tekaan aku betul. Kalau nak compare dari segi tu antara aku dengan dia, aku duduk tempat paling bawah sekali tau. Malulah aku lebih tua dari dia tapi tak sebagus dia. Kalau dia tahu sebab aku buat semua ni, dia mesti marah aku sebab cakap benda ni. Dia akan cakap yang dia tak kisah dengan semua tu. Daniel masih tak faham aku sepenuhnya. Tipulah kalau aku cakap yang aku rasa serba salah langsung." terang Momo panjang lebar.
Seongwoo terdiam. Speechless. Tak tahu nak cakap apa lagi lepas dengar semua tu. Dia memandang jari manis Momo.
"aku akan sampaikan semua ni pada Daniel. Telefon bimbit kau tu dari tadi vibrate. Lusa aku balik ke korea. Kalau boleh esok aku nak jumpa kau dengan Woojin. Lama jugak dia menyorok kat Australia ni kan." Reaksi Momo yang berlaku bertukar terkejut tidak dihiraukan.
"Aku kena pergi sekarang. Ada sesi fotografi. jumpa esok." Seongwoo terus bangun meninggalkan Momo di situ.
keesokan harinya, Seongwoo berjumpa dengan Momo. Woojin tidak dapat hadir kerana hal kecemasan. Pada hari itu juga,sepucuk surat dari Momo untuk diserahkan kepada Daniel bertukar tangan.
YOU ARE READING
distance
Short StoryMomo merasakan ada sesuatu yang hilang antara hubungannya dengan Daniel sejak akhir akhir ini. Entah apa yang hilang dia juga tidak pasti. Daniel turut merasakan hubungan mereka berdua yang semakin hambar. Tetapi dia tidak menghiraukan perasaan ters...