"Mak! Kakak tak mahu lah! Sekolah apa ni?" Impiannya untuk melepak di rumah ketika cuti musim panas hancur begitu saja apabila ayah dan mak membawanya ke sebuah sekolah musim panas.
"Turunlah, kakak. Ini yang terbaik buat kakak. Kakak dah besar, mak tak nak kakak jadi liar." Mak yang sudah berada di luar teksi terus-menerus memujuk Pama untuk keluar.
Ayah sudah hilang untuk mendaftar walaupun Pama masih lagi tidak bersetuju.
Belum sempat Pama membantah, mak cepat-cepat bersuara lagi, "Kalau kamu tak nak, mak tak nak beri kamu duit. Mak rampas telefon kamu. Mak haramkan kamu keluar dari rumah lepas ini. Dan mak takkan berlembut lagi dengan kamu." Suara mak tegas. Serius.
Pama senyap. 'Macamlah aku tak boleh lari dari rumah?'
"Dan mak akan pagarkan tingkap di bilik kakak."
Pama ternganga. "Mak!"
"Terkurung di sini buat 3 bulan, atau terkurung di rumah buat selama-lamanya?"
Lantai teksi itu dihenjah kuat sebelum pintu dibuka kasar untuk keluar. Mak senyum kemenangan.
Dari kejauhan, teksi yang membawa mak dan ayah pulang ke rumah dipandang dengan rasa sebal. Katil yang masih kosong di sebelahnya disepak geram.
"Arh!" Bantal tidak bersarung itupun dilempar merata. Sakit hati rasanya apabila mak dan ayah membuat keputusan tanpa langsung berbincang dengannya.
Mata hitamnya naik ke lelangit mata sebelum keluhan sekali lagi dilepaskan.
"Tak baik mengeluh." Satu suara tiba-tiba menegur dari belakang.
Terus Pama berpaling, "Siapa kau?" soalnya. Tertuju pada seorang lelaki bertanduk yang sedang berbaring di atas katilnya.
"Soalan tu patut aku tujukan pada kau. Ini bilik aku, kenapa kau masuk?" Dia berkata selamba.
"Pengurus sekolah ni berikan bilik ini pada aku. Lagipun ini asrama perempuan, kau jantan kenapa ada di sini? Eh, seliar aku pun, aku tak main jantan. Boleh kau blah sekarang? Atau nak aku hantar?" Genggaman penumbuk dilayangkan pada wajah lelaki berkostum syaitan itu. Entah bagaimana lelaki ini boleh sesat di dalam biliknya. Sudahlah biliknya ini berada di tingkat teratas, bagaimana dia boleh terlepas dari perempuan-perempuan lain?
"Aku bukan lelaki." Dia bangun dari perbaringan.
"Apa maksud kau, kau bukan lelaki?"
"Aku, syaitan. Panggil aku Adeen" Mendengar itu, terus Pama menghamburkan tawa.
"Mengaku rupanya kau ni syaitan!"
Kali ini, dia hanya senyum. "Tak percaya?"
Tawa Pama terhenti. Debar entah kenapa tiba-tiba terasa. Tanduk dan kulit yang merah itu, sekadar kostum, bukan?
"Aku tahu apa yang kau mahu," ujarnya, semakin mendekat.
"Bebas akan aku berikan. Fantasi akan aku hamparkan."
Pama tersentak disitu. 'Bagaimana dia tahu aku ingin bebas?'
"Ikut aku. Tinggalkan dunia ini. Kita sama-sama bina dunia baru di alam fantasi. Tinggalkan dunia ini. Lupakan sakit ini. Ikut aku, sama-sama kita bina dunia baru." Mata hitamnya mula bertukar merah.
"Kau... Kau nak buat apa ni?" Pama berundur ke belakang apabila jaraknya dan Adeen semakin hilang.
"Tunjukkan fantasi. Jauhkan realiti. Puteri seperti kau, tak layak hidup di dalam realiti. Ikut aku ke fantasi, bina syurga di dalamnya. Kerana secara fantasinya, tidak wujud lagi erti logikal di dalamnya. Tidak wujud lagi erti sakit di dalamnya. Mari ikut aku, kita ke alam fantasi."
Tanpa Pama sedar, hidungnya dan hidung Adeen kini bersentuhan. "A... Aku." Gagap. Mata merahnya itu sungguh memukau. Nampak gambaran bahagia di dalamnya.
Adeen senyum, menaikkan merah wajah Pama. "Aku..."
"Aku tahu kau mahu. Ini saja caranya." Dalam sekelip mata, bibir mereka bertemu.
YOU ARE READING
PAMA
FantasyKisah Pama yang inginkan kebebasan cuti musim panas, terpaksa di hantar ke sekolah musim panas. Bertemu dengan makhluk-makhluk mitos seperti duyung, vampira malah syaitan sungguh mengusik jiwa remajanya. Jiwa yang inginkan kebebasan. Jiwa yang ingin...