Lampu berkelip-kelip dengan lagu DJ yang dimainkan oleh Qil sungguh mengisi ruangan di kawasan lapang itu. Dengan warna-warni rambut dan stail makhluk-makhluk pelik yang leka menari, kawasan itu nampak semakin padat.
Namun, Pama dan mereka yang lain tenang saja berborak sakan. Seperti sudah sebati dengan dosa ini.
Adeen senyum sinis, sebelum datang menghampiri. "Aku ingat korang tak datang," tegurnya.
"Kelas bosan, jadi kami datang sajalah." Kaki yang tadinya samseng diletakkan di atas meja Pama turunkan semula. Tak selesa bila Adeen datang.
Adeen senyum saja lihat Pama, dia terus duduk di tepinya walaupun Drake dari tadi duk tepuk kerusi menyuruh Adeen datang ke arahnya. Mata Pama yang seperti terkejut itu dipandang dalam, sebelum satu ciuman hangat diberikan pada gadis itu.
"Auch, comel lah korang ni!" Anna menjerit gedik. Pama terus bangun dari kerusi, hatinya berdebar.
"Aku nak cari tandas jap."
"Biar I ikut, lelaki bunian kat sini semua miang, tahu? Nanti jeles pula Si Adeen tu." Anna turut mengikut jejak Pama yang sudah jauh meniti di tepi-tepi awan. Ya, mereka mengadakan parti di atas awan.
"Jangan pergi lagi tau? I nak masuk tandas." Anna berkata selepas Pama keluar dari tandas. Pama hanya mengangguk saja. Pemandangan di bawah awan diperhatikan, indah sungguh fantasi ini.
Ada sungai yang berterbangan mengikut arus. Ada rumah coklat, ada rumah awan. Tak ubah seperti cerita fiksyen kanak-kanak. Pama senyum. Makhluk disini juga bervariasi. Ada yang ada tanduk, ada yang bertelinga capang, ada yang bertelinga lanjut. Mereka semua melakukan hal sendiri, tiada yang bergaduh. Semuanya aman sahaja. Bilalah realiti mahu begini?
"Reality is hurt. But fantasy is more."
Pama tersentak. Terus dia berpaling ke belakang. Tiada siapa. Jadi siapa yang menuturkan kata tadi?
Tiba-tiba, tangannya ditarik satu tangan sejuk sehingga jatuh dari awan. "Ah!"
Matanya terpejam.
"Buka mata awak." Tubuhnya rasa hangat, hangat walau badannya kini tersentuh tubuh yang sangat sejuk. Mata, Pama buka perlahan. Dan alangkah terkejutnya apabila kini dia berada di dalam dakapan seekor bunian lelaki bermata hazel.
"Si...siapa kau?" Badan lelaki itu ditolak menjauh.
"Cuba lihat di bawah," arahnya tanpa langsung memandang ke arah Pama
"Aku tanya siapa kau?!"
"Panggil aku Wahdan." Wahdan pandang Pama sebelum sekali lagi mengarah, "Sekarang tengok bawah."
"Kalau aku tak nak?"
"Jadi aku perlu guna kekerasan." Terus, tubuh Pama ditolak ke bawah.
"Arh!" Tangan Pama disilang ke belakang. Dipegang kemas oleh Wahdan. Kini, Pama seperti tergantung walau kakinya masih statik di atas awan. Matanya terarah dibawah. Dia terkelu. Makhluk-makhluk yang Pama lihat riang tadi hanya senyap tidak bergerak di atas kerusi usang. Tubuh mereka langsung tidak terurus. Keindahan fantasi yang Pama lihat tadi hilang, bagaikan tak pernah wujud pun.
"Ap... Apa ni?"
"Realiti." Pama senyap.
"Mereka bahagia dalam kesakitan. Senyum yang awak lihat, kosong. Inikah bahagia yang awak kata?" Wahdan berkata lagi.
Tubuh Pama dinaikkan semula ke atas awan. "Reality is hurt. But fantasy is more. Paham maksud saya?"
"Kenapa kau tunjukkan aku semua ni?"
"Saya tak mahu awak jadi seperti saya, dan mereka. Surah Faatir ayat 6, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." Dibacanya satu ayat penuh dari surah Faatir. Hati Pama tiba-tiba tersentuh.
Dan syaitan itu, Adeen.
YOU ARE READING
PAMA
FantasyKisah Pama yang inginkan kebebasan cuti musim panas, terpaksa di hantar ke sekolah musim panas. Bertemu dengan makhluk-makhluk mitos seperti duyung, vampira malah syaitan sungguh mengusik jiwa remajanya. Jiwa yang inginkan kebebasan. Jiwa yang ingin...