05 (499)

36 6 4
                                    

"Mana Qil dan Adeen?" Pama bertanya selepas tamat waktu pembelajaran. Kakinya yang lebam digosok perlahan.

"Dia syaitan, dia tak wujud sebagai manusia. Aku vampira, aku masih dapat wujud sebagai manusia. Tapi aktiviti aku sedikit terbatas. Sama macam Anna, dia tak boleh sertai acara renang, kakinya antiair, nanti melecur."

Pernyataan Drake membuatkan mata Pama terbuntang. "Macam tu sekali? Kenapa?" tanya Pama prihatin.

"Kenapa? Sebab aku tipu je."

Langkah Pama terhenti dengan wajah menahan geram. "Nak mati ke hah?! Eii!" Kepala Drake terus dibawa ke bawah ketiaknya.

"Bunuhlah, aku tak boleh mati pun. Hahaha, aduh! Aduh! Sakit woi!" Tangannya cuba menolak wajah dan tangan Pama yang sedang menarik rambutnya.

"Jangan, sakit! Pama lepaslah! Aku dah tak bergurau dah! Sakit-sakit!"

Dengan itu, kepala Drake, Pama lepaskan. Puas rasa hatinya. "Haaa... Lain kali, jangan jadi bodoh depan aku, okey?"

"Ok...."

Kening diangkat sambil berjalan meninggalkan Drake. Rasa berlagak sebab mampu menundukkan seekor vampira.

"...Aku gurau je. HAHAHAHAH!" Terus Drake melanggar bahu Pama dan berlari laju ke arah kantin.

"Yaaaa!!! Sini kau!" Pama sengih dalam marahnya. Sejujurnya, sudah lama dia tidak senyum. Bertemu mereka sungguh di luar akal pemikirannya. Mereka datangkan bahagia dengan hamparan fantasi yang sempurna.

"Hey! Jangan berlari di kantin! Miss Qween nampak nanti, makin tebal kesan berbilur dekat paha awak tu." Hazel datang dengan dulang yang penuh dengan nasi, menegur Pama dan Drake yang sibuk berkejaran.

Mendengar itu, terus Pam berhenti berlari. "Macam mana kau tahu ada kesan bilur?" Suspen. Mengintai ke apa?

Dia senyum. "Mata serigala saya tembusi segalanya."

"Apa?!" Terus tangannya disilangkan di bahagian dada. Rasa terancam.

"Haha... Tak apa, mata tu dah ditutup. Tadi saya guna mata tu untuk periksa nasi ni. Maaflah, terguna pada awak."

Pama mengeluh lega. "Maknanya dah tak nampak la kan?"

Dia menggeleng. "Jom lah makan, kami tunggu awak di meja hujung tu."

Pama hanya mengangguk. Drake yang menghilang diabaikan begitu saja.

XXX

"Pama, kelas you nanti apa?" Anna bertanya apabila Pama sampai di meja mereka.

"Program apa entah, 'Jom Tepati Masa'. Entah lah. Malas rasanya mahu sertai kelas." Nasi digaulkan bersama lauk ayam merah dengan malas. Sudah lah kelas pertama tadi sudah dapat sedas libasan dari Miss Qween. Sebab? Dia tidak dapat menjawab soalan apa itu disiplin.

"Kelas I pun bosan, jom?" Tiba-tiba Anna mengajak. Pama menaikkan keningnya bertanya, ke mana?

"Fantasi. Qil ajak. Dia buat parti lagi. Tapi kali ni lagi besar. Dekat dunia sebenar kami. You nak ikut?" Rambut lembutnya yang sudah ke depan dikuak kembali ke belakang. Cantik.

"Boleh ke?"

"Kenapa tak boleh?" Anna senyum. Wajahnya nampak nakal, tidak ubah seperti playgirl.

"Ha, Hazel. Qil pun ajak you. Jom?" Hazel yang sedang menyuap nasi sambil membaca buku tersentak. Terus dia menggelengkan kepala. "Lepas ni ada kelas subjek, Fizik pula tu. Saya suka fizik. Maaf, tau," ujarnya sopan.

Pama dan Anna hanya mengangguk.

"Jomlah kita pergi sekarang. Panggil Drake, simpan dulang ni. Kita makan di parti Qil nanti," arah Anna sambil meletakkan dulangnya ke atas dulang Pama. Sempat Pama menjeling pada wajah yang tersengih itu sebelum bangun menjalankan tugasnya.

PAMA Where stories live. Discover now