"Kau nak tahu satu benda tak? Awek bunian kat sini cun. Nak try satu?" Drake tiba-tiba datang bawa segelas jus. Dia memandang Pama dengan wajah meminta jawapan.
"Erk?" Hanya itu menjadi jawapan. Sejujurnya, dia cuba cari lawak yang tersembunyi. Tapi malangnya, tak jumpa. Pama hanya senyum kekok. "I'm a girl."
"HAHHAHAH!" Dia ketawa kuat dengan tiba-tiba. Tubuh Adeen si sisinya di tampar kuat sebelum kembali melarikan tangannya kerana panas.
"Dia memang macam tu, hambar." Anna menaikkan mata merah jambunya ke atas.
"Ouh. Patutlah pelik semacam."
"Siapa pelik? Oh! Qil? Dia memang pelik. Dia gila parti. Kalau boleh 24 jam nak buat parti, tak ingat dunia langsung." Drake menyampuk.
"Hoi! Asal aku pergi je, terus korang mengumpat!" Qil tiba-tiba muncul dari gumpalan asap merahnya. Sudah tu, tepat pula di depan hidung Pama, seperti tadi. Kepala Drake dihempuk dengan mikrofonnya.
"Lah? Kau ke nyanyi lagu Jampi tadi? Bagus juga suara kau, ek?" puji Pama, terus memerah wajah Qil dibuatnya.
"Aku yang ajar. Biasalah." Rambut tebal Drake dikuak ke belakang.
Kali ini, tiga jelingan diberikan kepada Drake. Drake gelak lagi. Mesra alam betul.
"Eh. Jom lah balik bilik. Esok kelas Miss Qween, kan?" Tiba-tiba satu suara asing menegur. Dia yang berkaca mata itu dipandang oleh mereka berlima.
"Siapa dia? Hantu raya ke?" Pama bertanya perlahan kepada Anna. Baru saja Anna ingin menjawab, si tuan punya badan sudahpun bangun dan memandang Pama dengan senyuman.
"Tak, Pama. Secara amnya, saya bukan hantu raya. Tapi ada logiknya awak anggap saya hantu raya kerana hantu raya dalam bahasanya ialah hantu yang bertubuh besar dan mempunyai bulu yang lebat. Tapi memandangkan definisi hantu tidak sesuai dengan saya, jadi saya bukan hantu raya. Saya Hazel, seekor serigala jadian." Panjang lebar Hazel berkata.
"Oh?"
Mendengar respon Pama, terus mereka berlima ketawa besar. Bahagia.
YOU ARE READING
PAMA
FantasyKisah Pama yang inginkan kebebasan cuti musim panas, terpaksa di hantar ke sekolah musim panas. Bertemu dengan makhluk-makhluk mitos seperti duyung, vampira malah syaitan sungguh mengusik jiwa remajanya. Jiwa yang inginkan kebebasan. Jiwa yang ingin...