07 (436)

48 8 10
                                    

Selama dua bulan Pama di sekolah itu, dia berubah seratus peratus.

Bersama Anna, dia belajar fesyen terkini. Baju-baju Anna yang up-to-date dipinjamkan kepadanya. Kini, dia bukan lagi Pama yang kolot. Berbaju ayah, berseluar koyak. Kini dia berubah. Berubah sepenuhnya.

Bersama Drake, dia belajar untuk lebih mesra. Tiada lagi jelingan maut dan jerkahan keras seorang Pama. Kini setiap mata yang memandangnya diberikan senyuman, diajak berbual, diajak berdanca. Pama yang brutal sudah hilang, tinggal Pama yang mesra saja menjadi penghuni dunia. Pama sudah berubah. Berubah sepenuhnya.

Bersama Qil, suaranya yang keras menjadi lunak. Merdunya mencairkan hati semua yang mendengar. Tarian yang beku menjadi lembut, Pama sudah pandai bergeliut lembut memikat Si Adeen. Parti mula menjadi hidupnya.

Adeen senyum saja. "Jangan tinggalkan aku." Ayat yang selalu bermain di hujung bibirnya.

Di sini, Pama bahagia. Pama gembira. Tak mahu rasanya untuk kembali ke alam realiti. Tak mahu rasanya menyedari yang semua keindahan ini sekadar fantasi. Dia ingin kekal, kekal di sini menjadi makhluk abadi.

"Aku pun tak mahu balik," bisiknya pada Adeen. Hangat genggaman tangan Adeen menghantar satu rasa.

"Hanya satu cara untuk kekal di sini. Tapi aku tak nak kau buat. Kita harus terima, ini hanya fantasi. Kita tak mungkin bersama," katanya lagi. Langit merah jambu menjadi santapan penglihatan. Indahnya tak terbilang, mahukah dia tinggalkan semua ini?

"Aku sanggup buat apa saja. Aku mahu tinggal di sini, bersama kau." Hawa nafsu diletakkan takhta. Akal waras menjadi hamba.

"Tapi...."

"Tiada tapi! Aku betul-betul serius! Aku dah serik dengan realiti! Aku mahu kekal!" jerit Pama sekuat hati.

"Kau perlu bunuh diri."

Tatkala itu, Pama tersentak. Kata-kata Wahdan menjadi latar suara lagu kesepian yang terhasil.

"Syaitan itu menyesatkan. Jauhinya. Jangan pernah terpedaya dengan katanya."

Tiba-tiba, gambaran fantasi tadi hilang bersama Adeen. Kini dia di bilik usangnya di sekolah. Tiada Adeen, tiada Anna, tiada Qil, tiada Drake. Kini hanya dia dan kesepian. Rasa sakitnya hidup tiba-tiba mencengkam. "Haruskah aku?"

Tingkap yang memberikan gambaran kota London yang kelihatan kecil itu dipandang. "Haruskah aku?" Kemudian, Pama alihkan matanya ke bawah.

Tanpa dia sedari, kakinya melangkah sendiri. Memanjat meja dan terus berdiri di dinding tingkap. Matanya statik dihadapan. "Haruskah aku?"

Hawa nafsu diberi takhta. Akal waras menjadi hamba.

Dalam fikiran yang masih tidak menentu, kakinya mula melangkah.

Rasa angin kuat menampar pipinya. Seperti kecewa dengan dirinya yang bodoh. Langit dipandang, dia rasa kosong. Wajah Wahdan terbayang. Wajah Wahdan yang juga kecewa. "Adakah ini benar?"

Dan tatkala itu, sudah terlambat baginya untuk menyedari.

Seorang lagi anak Adam masuk ke lembah neraka. Mengikuti Syaitan yang sememangnya musuh manusia yang nyata. Benarlah, syaitan itu tiada lain hanya menyesatkan.

Adeen, mula tersenyum sinis.

-

Word : 333+539+354+297+499+539+436/3000
2997/3000

PAMA Where stories live. Discover now