"Kenapa awak tiba-tiba tukar tempat dengan adik awak? "Aryan menyoal Arina.
"Erm... Saja.. Saya nak main-main."Arina menghirup jus tembikai.
"Awak tipu kan? Saya boleh nampak dari air muka awak. "
"Awak ni dah kenapa?Kenapa awak sibuk hal saya? Tak boleh ke awak tinggalkan saya sendiri?"
"Tak boleh.....ERM... "Aryan berfikir sejenak.
"Sekarang awak pindah sekolah dekat mana eh? ""Kenapa awak nak tahu? "Arina merengus.
"Saje... Ataupun awak nak rahsia awak terbongkar? "
"Okey fine. Smk Daes."
"Okey... Sebab hari dah lewat. Saya balik dulu.Saya akan tolong. "
"Hah....Awak nak tolong apa? "
" ....."Aryan Tersenyum. Lalu menjawab.
"Rahsia.. "'Mesti awak ada sebab kan pindah ke sini. Apa pun sebab awak...saya akan tolong. '
....."Oii... Najwa.. Lama kau tak datang sekolah. Aku dengar kau cuba bunuh diri. Betul ke? "
"Yelah... Kalau kau mati kan bagus. "
Kedengaran mulut celupar menyindir Najwa. Arina bangun dari tempat duduknya.
"Yup... Kalau aku mati, aku akan ke rumah korang dan menghantui korang. "Arina berlalu keluar dari kelas.
Arina sedar bahawa Najwa telah menjadi mangsa buli di sekolahnya. Dia ingin mencari penyebab adik kembarnya itu dibuli. Dari mana arah datangnya kes dia dibuli.
Sedang dia lalu ke kawasan kantin dia seakan-akan melihat kelibat yang tidak ingin dilihatnya.'Tak mungkin.. Macam mana dia.. Tak mungkin.. 'Arina cuba mengekori kelibat lelaki itu..
"Fuh... Aku salah orang. "'Lagipun tak silap aku budak lelaki tu berada di overseas.'
....
Pakaian sukan Arina sekali lagi berada di tong sampah.Pelbagai helah dilakukan untuk membulinya."Adoi.. Siapa punya kerjalah ni. "
"Oi.. Arina. "seseorang menegurnya.
"A... Awak buat apa dekat sini? "Arina gagap.
"Awak tak tahu ke? Saya pindah sekolah lepas gaduh dengan samseng."
"Hah?! "
"Awak ni teruklah.... Saya ni pelajar budak kelas awak tau. Tak kan awak tak tahu. "Aryan melihat baju sukan Arina yang kotor.
"Siapa yang buat awak macam ni sekali? "Tanya Aryan.
"Erm... "Arina teragak-agak.
"Arina? "
"Awak akan faham situasi saya bila awak masuk kelas saya. Tapi... Saya mohon awak... Jangan tolong saya. Saya akan selesaikan masalah ni sendiri.
.....
YOU ARE READING
Gangster itu milikku(completed)
RomanceArina Nazira terpaksa berpindah ke sekolah selepas kehilangan datuknya.Dia terpaksa tinggal bersama mak cik di sebuah bandar. Walaupun begitu, dia terpaksa memyembunyikan identitinya sebagai bekas gangster..Pertemuannya dengan ketua gangsters membua...