Kelas berjalan seperti biasa. Arina memandang keluar tingkap. Kelihatan beberapa orang budak kelas lain bermain bola.Arina sedikit terkejut apabila matanya bertentangan dengan seseorang. Lantas dia mengalihkan pandangannya ke arah papan hitam. Jantungnya berdegup laju.
'Apasal mata dia boleh bertentang mata dengan aku? Dia pandang aku ke?. Tapi... Kenapa aku rasa aku kenal dia. 'Detik hati Arina.
Arina memandang kembali keluar tingkap. Lelaki itu masih memandangnya. Lelaki itu dengan selambanya melambai ke arahnya. Arina tersedak."ukh.. ukh.. "Arina terbatuk.
"Arina awak okey ke? "Tanya Syaoran.
Arina mengosok dadanya sambil mengangguk tanda ok. Dia melihat keluar tingkap.Budak lelaki tadi kelihatan ketawa.
....
"Woi... Aryan..kau tengah buat apa tu? Ketawa bagai. ""Hahaha....Takdelah tadi aku lambai dekat budak tu.. Lepastu dia tersedak. Lawak giler. "
"Budak nerd tu ke? "Tanya Nizam.
"Haah.. Tapi aku rasa ni first time aku tengok dia. "Aryan mengangguk.
"Memanglah first time sebab ni kali pertama dia kat sini. Dia tu pelajar baru kat sini.Aku terserempak dia dekat garaj letak basikal tadi berjalan dengan cikgu Syaoran. "
"Ouh.. Kau tahu nama dia?"Tanya Aryan.
Nizam mengeleng.
"Aku tahu dia budak baru je.
Tapi kan walaupun dia budak baru, aura dia lain. Aku rasa aku kenal dia tapi aku lupa mana aku kenal dia. ""Hah?Maksud kau?? "
"Dahlah aku malas nak fikir jom sambung main.. Diorang nak kita ganti main tu. "Nizam mengheret Aryan.
....
"Ring..... "Loceng menandakan waktu rehat beebunyi."Okey kamu semua.. Jangan lupa buat tugasan yang saya bagi. Lepastu letak atas meja saya lusa. "Cikgu Arianti mengemas mejanya.
"Bangun.. Terima kasih cikgu. "ketua kelas bersuara.
"Arina jom makan dengan aku. "Rayyan mengajak Arina.
Arina mengeluarkan bekal yang dibawa dari rumah.
"Rayyan... Aku rasa aku nak makan sorang hari ni.. ""Tapi... "Setelah memandang muka serius Arina. Rayyan hanya mampu mengangguk.
Arina melangkah keluar dari kelas. Dia menaiki tangga menuju ke tingkap yang paling atas dimana terdapatnya tempat bermain basketball.
Arina teruja. Sekolahnya dulu tiada tempat sebegini. Dia melihat langit yang indah.
"Erm....Makan dululah.."Arina duduk dia atas bangku yang terdapat di situ. Setelah makanannya tinggal separuh dia mengambil bola keranjang.
"Now.. Show time. "Dia membuka cermin matanya.
Dia bermain bola keranjang bersendirian. Apabila dia berjaya memasukkan bolanya ke dalam jaring.
"Wow... Tak sangka budak nerd pandai main bola keranjang. "
Sambil bertepuk tangan kakinya berjalan ke arah Arina.Arina terkedu.
'Alamak.. Busted ke? 'Arina mengambil campak bola keranjang ke dalam bakul dan mencapai bekalnya. Sepantas kilat dia cuba lari dari situ."Kejap. "Aryan memegang lengan Arina. Lantas ditepis oleh Arina.
"Kau nak apa? "Arina memandang Aryan.
'Handsomenya mamat ni... 'Bisik hatinya.
"Cermin mata kau."Aryan menghulurkan cermin matanya.
"Thanks... "Arina mencapai cermin mata tersebut lalu berlalu dari situ.
"Ala... Lupa nak tanya nama.. "Aryan menepuk dahinya.
'Sebab dia cantik sangat... Aduh... Bagus jugak budak tu pakai cermin mata. 'Aryan ketawa sendiri.
Aryan berjalan mengambil bola keranjang.
"Lain kali aku nak ajak dia main dengan aku. "Sedang bermain, matanya tertangkap satu tap nama diatas gelangang tersebut."Arina Nazira"Dia membaca tag nama tersebut.
"Cantik nama... Macam tuan dia jugak.. "
YOU ARE READING
Gangster itu milikku(completed)
Storie d'amoreArina Nazira terpaksa berpindah ke sekolah selepas kehilangan datuknya.Dia terpaksa tinggal bersama mak cik di sebuah bandar. Walaupun begitu, dia terpaksa memyembunyikan identitinya sebagai bekas gangster..Pertemuannya dengan ketua gangsters membua...