Seperti hati biasanya Arina dibuli oleh rakan sekelasnya.Dia akan membiasakan diri untuk datang awal ke sekolah untuk mencuci mehanya. Kali ini mejanya diletakkan di luar kelas. Tempat duduknya dipenuhi dengan gula-gula getah. Arina mengeluh.
'Memang diorang ni perangai macam budak-budak nak buli pun dengan cara ni.Kalau aku dapat, Aku terajang sorang-sorang biar diorang rasa macam mana kena buli. 'Arina tersenyum jahat.
'Hari ni aku takde mood nak balas dendam. So... Korang nasib baik. '
Sedang dia mencuci mejanya itu, matanya tertangkap sekeping surat di dalam laci mejanya.
Arina membaca suratnya itu.'Najwa mesti kau nak tahu kan kenapa kau dibuli dengan kami semua. Kalau kau nak tahu datang ke stor sukan petang ni dalam pukul 5.00.'Arina membaca isi kandungan suratnya.
"Aku baca surat ni pun dah tahu... Yang ni perangkap. Kalau aku pergi sana, aku ni bodohlah kan? "
....
Tepat pukul lima setengah Arina ke stor sukan.'Aku memang bodoh pun. 'Arina mengeluh. Sikap ingin tahunya membuatkannya berani untuk ke sana.
Lima orang lelaki melihat ke arahnya sebaik sahaja pintu dibuka.
Sebaik sahaja Arina masuk, pintu di kunci."Haa... Sampai pun kau Arina. Lama kami tunggu tau. "Seorang lelaki mendekatinya.
"Kenapa aku kena buli? "Tanya Arina.
"Ni aku nak cakaplah ni kenapa kau kena buli. "Lelaki itu cuba memegang wajah Arina tetapi berjaya ditepisnya.
"Amboi... Sombongnya. Aku nak main sikit je... Lagipun kau kan dah pernah melacur diri kau. "
Satu penampar singgah di pipi lelaki itu.
"Kurang ajar.. Berani kau tampar aku."Lelaki itu cuba melemparkan satu tumbukan kepada Arina tetapi berjaya dielaknya. Arina menyepak celah kangkang lelaki itu. Lelaki itu mengeluh kesakitan.
'Adoi kenapalah aku bodoh sangat terlibat dengan hal ni. Kalau sorang dua aku boleh lawan lagi.Tapi....kalau lima orang... Aku tak tahu aku boleh hidup ke tak ni... '
"Korang.. Apa tunggu lagi? Seranglah. Kau tak nampak ke aku sakit ni. "
Semua menyerang ke arah Arina.
....
Arina terbaring ke lantai keletihan. Wajahnya yang penuh dengan kesan tumbukan.
'Apa aku nak cakap dengan mak cik Hanum ni? Mesti dia risau kalau tengok muka aku ni. Aku ni memang gilalah... Kalau lelaki yang bergaduh memang tak pelik. Nasib baik aku dapat kalahkan diorang. 'Dia memejamkan matanya. Otaknya mencerna apa yang diberitahu oleh lelaki tadi.
"Aku bagi peluang terakhir dekat kau. Kenapa aku dibuli? Kalau kau tak nak cakap, aku akan kerjakan kau sampai kau mandul "Ugut Arina. Dia memegang kolar baju lelaki itu.
"Vi... Video kau. Video kau kena rogol dengan lelaki lain tersebar dekat kelas kita. "
"Apa? Video aku? Siapa yang sebarkan? "
"Aku... Aku tak tahu tapi... Lepas seminggu kau pindah ke sekolah ni, kami satu kelas dapat CD. "
"Kau ada simpan lagi CD tu? "
Lelaki itu mengangguk.
"Sekarang ni kau bawa CD tu dekat sini tak? "Tanya Arina.
Lelaki itu mengeleng."Saya bawak.."Seorang lelaki menyampuk.
"Bagi dekat aku. "Lelaki itu menghulurkan CD itu kepadanya.
"Kenapa kau bawak CD tu Azwan? "
Mereka berbisik."Entah.. Aku takut hal yang tak diingini berlaku. Macam sekarang. Sebab aku rasa dia lain dari Najwa yang dulu. "
"Arina.. Arina.. "Suara garau milik Aryan kedengaran di telinganya. Arina kembali ke alam realiti. Dia membuka matanya.
"Awak ok ke? "Tanya Aryan.
Arina berdiam diri. Aryan meletakkan ais yang dibelinya ke muka Arina. Dengan kuatnya Arina menolak tangan Aryan. Habis ais bertaburan ke lantai.
"Kenapa dengan awak ni? Saya risaukan awak tau. "
"Kau ni pekak ke apa hah? Aku dah kata kan... Jangan ganggu aku. "Arina memaki Aryan.
"Awak... Kenapa awak layan saya macam ni? Dari pagi tadi awak dingin dengan saya. Apa salah saya? "
"Apa salah kau? Kau tak tahu salah kau? "Arina tersenyum sinis.
"Cuba awak terangkan apa salah saya."
"Aku tak nak ungkit kisah lama.. Tapi aku tak kan maafkan perbuatan kau dan geng kau lakukan kepada aku. "
Arina bangun dari tempat pembaringannya. Dia meninggalkan Aryan dengan penuh tanda soal.
"Arghh... "Aryan memegang kepalanya.
"Kenapalah susah sangat aku nak dekat dengan kau Arina? Geng! Chamender ke? "
YOU ARE READING
Gangster itu milikku(completed)
RomanceArina Nazira terpaksa berpindah ke sekolah selepas kehilangan datuknya.Dia terpaksa tinggal bersama mak cik di sebuah bandar. Walaupun begitu, dia terpaksa memyembunyikan identitinya sebagai bekas gangster..Pertemuannya dengan ketua gangsters membua...