"Haris...Abang pergi sekolah dulu tau. Haris duduk elok-elok tau dekat sini. "
Aryan mencium pipi Haris. Dia menyerahkan Haris kepada pengasuh.
"Jaga Haris baik-baik ya kak.. Dalam pukul 2.00 saya datang ambik. Ni peralatan Haris. "Aryan menyerahkan beg yang berisi susus, diaper dan peralatan lengkap bayi.
Kak Nani hanya mengangguk.
"Ni adik awak ke Aryan? Ada iras dengan muka awak. ""Ni.. Adik sepupu saya. Sebabkan ibu bapa dia kemalangan,saya jaga dia. Saya pergi dulu Kak Nani. "
Nasib baik rumahnya dengan rumah pengasuh. Lagipun dia dah lama kenal dengan Kak Nani. Selalu jugaklah dia datang ke taman yang selalu Kak Nani bawak budak berjalan-jalan dengan pembantu sebanyak tiga orang. Lagipun anak yang diasuhnya tak lah ramai sangat. Hanya 15 orang. Jadi dia yakin meletakkan Haris dibawah jagaan mereka.
'Hari ini aku kena siasat siapa yang pukul Arina. Kalau aku jumpa diorang, aku lenyek-lenyekkan diorang. Mungkin kalau aku jumpa diorang,aku dapat tahu kenapa perangai Arina berubah diingin. '
Memang Arina tidak berapa layan Aryan. Tetapi sebelum ni Arina tak pernah bercakap sekasar itu dengannya.
...
"Arina... "Arina tidak melayannya. Sengaja dia datang ke sekolah di awal pagi.
"Apa salah saya? "Aryan menghampiri Arina. Arina tidak mengedahkannya. Dia seakan-akan tidak wujud di mata Aryan.
"Mana awak tahu saya dari kumpulan Chamander? "Persoalan itu ditujukan. Dia tidak dapat tidur lena kerana memikirkan hal itu. Mungkin kerana dia cintakan Arina lebih dari apa yang dia jangka.
"Arina .."Dia mengenggam tangan Arina. Arina memandang Aryan dengan tajam. Dia menarik tangannya.
"Kau ni dah kenapa hah? Aku dah cakap kan... Aku tak nak kau ganggu aku. Kalau boleh aku nak kau hilang terus dari hidup aku. "
"Tapi apa salah saya?Kalau saya salah saya minta maaf. "
"Salah kau tak dapat ubati kesakitan yang aku rasa.. "Arina bangun dari tempat duduknya. Sukar baginya untuk memberitahu kisam silamnya. Malahan Aryan sendiri tidak ingat dirinya. Aryan.. Ketua gangster bertopeng.Aryan ketua Chamander yang memakaj topeng dalam video tu.
Setelah Arina keluar dari kelas. Aryan duduk bersendirian."Kurang asam Arina... Disebabkan dia aku kena marah dengan mak aku. Habis muka aku lebam. "
"Bukan kau je.. Aku pun sama. "
Mereka melewati koridor.
"Bye.. Jumpa petang nanti.Aku masuk kelas aku dulu. "
Lelaki yang dikenali Loy dan Den memasuki ke kelas.
"Den, Loy... Aku nak tanya kau sesuatu..."Aryan bermuka bengis.
"Ada apa Yan? "Loy meletakkan lengannya ke bahu Aryan.
Aryan menepisnya dengan kuat."Kenapa korang buli Arina? "
"Kau nak tahu kenapa? Nanti lepas sekolah kau ikut aku.Aku tunjukkan kau video best. "
"Video apa? "
"Kau tengok sendirilah. "
"Okey.. Aku ikut."
'Terpaksalah telefon Kak Nani nanti. Sorry Haris. Nanti abang ambik Haris. '
...
YOU ARE READING
Gangster itu milikku(completed)
RomanceArina Nazira terpaksa berpindah ke sekolah selepas kehilangan datuknya.Dia terpaksa tinggal bersama mak cik di sebuah bandar. Walaupun begitu, dia terpaksa memyembunyikan identitinya sebagai bekas gangster..Pertemuannya dengan ketua gangsters membua...