"Fewweettt.... Woi awek cun... Yang pakai spec mata tu... "
Arina mempercepatkan langkahnya setelah mengetahui yang lelaki itu tengah mengoratnya.
"Awak...Tunggu saya... Arina Nazira. "
Arina berhenti lalu memandang ke arah lelaki itu. Dia terkejut melihat lelaki yang dia jumpa di gelanggang bola keranjang.
"Mana kau tahu nama aku? "
Tanya Arina."Nah..."Lelaki itu menghulurkan tag nama Arina seraya tersenyum.
"Thanks... "Arina menyambut sambil meneruskan langkah kakinya.
"Terima kasih je? Letih saya kejar awak tau."Aryan mencebikkan mulutnya.
"Habis tu awak nak apa? "Rengus Arina.
"Saya nak awak belanja saya makan. "
"Hah?Kenapa nak kena belanja awak?"
"Sebab saya pulangkan tag nama awak. "Jawap Aryan selamba.
'Aduh... Menyusahkan betullah mamat ni. Selagi aku tak cakap setuju, selagitulah dia ikut aku. Aish... '
"Yelah2 nanti saya belanja."
"Bila awak... "
"Rina! ..."
Belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya seseorang memanggil Arina.
"Auntie... Auntie buat apa dekat sini?"Arina terkejut melihat Auntie Syakira.
"Rina.. Rina kena ikut Auntie sekarang jugak.. "Auntie Syakira memegang lengan Arina. Tangannya mengigil.
"Auntie... Auntie kenapa ni? "Arina risau.
"Arina Najwa.....Auntie dah jumpa dia tapi..... "Air mata Auntie Syakira gugur.
Arina lantas memegang Auntie Syakira lalu memapahnya ke dalam kereta. Aryan hanya mampu melihat kereta yang laju meninggalkan perkarangan sekolah itu.
....
Arina hanya mampu berdiri kaku sambil memandang adik kandungnya yang telah lama di carinya terbaring di atas katil di hospital.'Apa dah terjadi? Kenapa Najwa?Apa dah berlaku? 'Hatinya berteriak.
Najwa terbaring koma.
"Mak cik betul ke yang Najwa cuba bunuh diri? "Tanya Arina.
Puan Haliza hanya mampu mengangguk.
"Mak cik tahu kenapa dia bertindak sedemikian? "Tanya Arina dengan tenang.
"Mak cik tak tahu. Tapi pagi tadi dua hari lepas,sebelum Najwa keluar rumah kelakuan dia aneh sekali.Dia bersalam dan mencium tangan mak cik lama sekali. Dia peluk mak cik dengan erat. "Puan Haliza mengesat air matanya.
"Mak cik....sejak bila mak cik berpindah ke sini? "
"Dua tahun lepas... Mak cik cuba cari kamu tapi tak dapat. Mak cik pergi ke rumah anak yatim tapi diaorang kata Arina tinggal dengan datuk Arina. Mak cik tanya staf kat sana mana Arina pergi....malangnya staf yang lama semua dah takde. "
"Habis tu macam mana mak cik tahu saya kat mana? "Tanya Arina.
"Masa Najwa masuk nak wad, Auntie Syakira menangis memanggil nama Arina. Muka dia cemas sangat. Macam mana dia kenal nama Arina.Lepastu mak cik tanya,siapa dia.Dia cakap dia mak sedara Arina.Mak cik pun cuba terangkan yang terbaring itu bukan Arina Nazira tapi Arina Najwa.Dia terkejut. Lepas tu cepat-cepat dia keluar dari hospital ni. Lepastu dia datang balik dengan Arina. "Jelas Puan Haliza panjang lebar.
"Kenapa mak cik decided balik ke sini balik? "Tanya Arina.
"Sebab Najwa.... Najwa asyik terkenangkan kamu.Setiap malam dia menangis. Dia cakap ada sesuatu terjadi dekat kamu. Lagipun mak cik memang dah bercadang nak balik ke tanah air selepas kematian suami mak cik. Tapi mak cik tangguhkan dulu. Tapi bila mak cik melihat Najwa sentiasa mengingau terkenangkan kamu, mak cik gagahkan kaki mak cik untuk pulang ke tanah air. "
Tak semena air mata Arina gugur tanpa disedarinya.
"Arina kenapa ni? "Tanya Puan Haliza.
Arina mengelengkan kepalanya.
"Memang betul kan mak cik yang kembar berkongsi perasaan yang sama. "Dia mengenggam tangan Najwa erat.
'Najwa kau... Kau pun dapat rasa apa yang berlaku peristiwa dua tahun lepas.'
"Mak cik, siapa yang tahu Arina dekat hospital? "
"Pihak sekolah dan classmates dia je yang tahu. "Jawap Puan Haliza.
"Kawan Najwa? "
Puan Haliza mengeleng kepala.
"Najwa tak pernah sebut pasal kawannya. ""Mak cik izinkan saya ganti Najwa buat sementara waktu. Saya nak siasat apa yang berlaku dekat Najwa. "
"Tapi....."
"Saya kena lakukan benda ni mak cik. Saya akan balas apa yang mereka lakukan kepada Najwa. "
Puan Haliza hanya mampu berdiam diri kerana dia tahu itu sikap Arina sejak dulu lagi.Sanggup melakukan apa sahaja untuk adiknya .
"Arina maafkan mak cik sebab tak dapat bawa Arina sekali dulu. Pisahkan Arina dengan Najwa."
Puan Haliza sebak."Tak mengapa mak cik...sebab tu memang keputusan saya. "
....
Hello....masih jauh lagi perjalanan hidup Arina. Belum lagi.. Cinta belum berputik.
YOU ARE READING
Gangster itu milikku(completed)
RomanceArina Nazira terpaksa berpindah ke sekolah selepas kehilangan datuknya.Dia terpaksa tinggal bersama mak cik di sebuah bandar. Walaupun begitu, dia terpaksa memyembunyikan identitinya sebagai bekas gangster..Pertemuannya dengan ketua gangsters membua...