20.Aku dan Dia.

2.1K 67 0
                                    

Seperti yang dijanjikan Aryan berjalan pulang dengan Arina untuk menjemput adik sepupu mereka.Mereka kerja part time di tempat yang sama. Sudah seminggu mereka mendapat keputusan spm. Hubungan Aryan dengan Arina semangkin akrab. Sepanjang minggu Spm dia dan Arina belajar bersama.Mereka juga menubuhkan kumpulan study group.
Hari ini.. Arina berjanji untuk keluar picnic bersama Aryan untuk meraikan kejayaan mereka yang cemerlang dalam spm.

"Erm... Arina.. Sudah lama saya nak tanya awak ni... Kenapa Aisya selalu panggil awak ibu? "

"Ermm... "Arina terdiam sejenak.Dia tidak menjangkakan soalan itu akan keluar dari mulut Aryan.
"Kenapa ya? Erm... Saya pun tak tahu.. Mula-mula dia nampak saya, dia panggil saya ibu. "Jawap Arina.

'Aku jawap dengan jujur ok. Aku tak tipu. 'Bisik Arina.

"Sama macam Harislah kan? Mula-mula tengok awak dia panggil awak mama.. Tapi sebab Aisya panggil awak ibu, dia pun panggil awak ibu. Mungkin sebab awak ada naluri keibuan. "Aryan gelak.

"Mana ada... "Arina turut sama ketawa bersama Aryan

"Ibu.. Ibu.. "Dua orang kanak-kanak memeluk kaki Arina. Kini sedikit sebanyak mereka sudah pandai berjalan walaupun tidak begitu laju dan selalu sahaja jatuh. Tapi Haris kelihatan lebih cepat berjalan berbanding Aisya.

"Haris.. Aisya.. Tak sabar ya nak ikut ibu. Jom kita pergi.. "Arina mengangkat Aisya. Haris juga ingin didukung oleh Arina. Dia memegang baju Arina.

"Haris... Mari abang dukung... Tak kan nak suruh ibu dukung dua-dua. Sakitlah ibu. "

Mata Haris kelihatan berair. Dia masih memegang baju Arina. Melihat Haris yang tidak putus asa, Aisya melihat ke arah Aryan.

"Pa.. Pa.. "Aisya menghulurkan tangannya kepada Aryan. Dia ingin Aryan mendukungnya.

'Papa? 'Aryan memandang Arina.Arina kelihatan terkejut.

"Jom... Papa dukung Aisya.. "Tanpa teragak-agak Aryan mengambil Aisya dari Arina. Arina memandang Aryan.

"Maaf... Sebab ibu bapa dia meninggal, dia panggil awak papa. "

Arina mendukung Haris. Haris ketwa gembira.

'Aish.. Budak ni.. Pandai betul dia berlakon. 'Aryan mengeluh.

"Takpe.... Saya sudi.. Kalau awak mamanya.."Aryan tersenyum.

"Hah? Apa maksud awak? "

'Macam melamar aku pulak. Arh.. Perasaan je tu. Siapalah aku..perempuan kotor. 'Bisik Arina.

"Saya lamar awak ni Arina. Saya serious. Tapi bukan sekaranglah.. "
Aryan merenung Arina.

"Ermm... Ermm... Bestnya  jadi remaja. "Kak Nani mencelah..

Lupa pulak mereka masih berada di rumah asuhan.

"Ouh.. Kak Nani.. Kami pergi dulu.. "
Aryan meminta izin.

....
Cuaca di pantai taklah terlalu panas. Sesuai untuk Aisya dan Haris untuk bermain. Aryan dan Arina duduk tidak jauh dari kanak-kanak tersebut.Mereka memerhatikan gelagak mereka.
Arina Memandang Aryan.

"Kenapa awak pandang saya macam tu? "Aryan dapat merasakan pandangan Arina.

"Mana ada saya pandang awak. "Arih berdalih.

Mereka senyap untuk seketika.

"Arina.. Awak dah decide ke awak nak ke university mana? "Tanya Aryan matanya tetap memerhati Aisya dan Haris.

"Erm.. Dah... Saya dah lama decide. "

"Awak nak sambung belajar dekat mana? "

"Kenapa awak tanya?"

"Sebab saya nak apply tempat yang sama dengan awak. "

"Hah?... "

"Sebab saya nak jaga awak.. "Aryan memandang Arina untuk seketika.

"Saya... Saya tak nak awak buat keputusan disebabkan saya. Saya nak awak pilih masa depan awak sendiri."

"Tapi... "

"Aryan... Awak kena pilih masa depan awak. "

"Baiklah.. Tapi awak apply dekat mana? "

"Ermm... "Arina memandang Aryan.
Sambil tersenyum dia berkata.

"Rahsia... "

"Ala... Cakaplah.. Bolehla saya melawat awak nanti. "

"Tak boleh.. "Arina ketawa lagi.

"Aryan... Saya minta maaf tau.. "

"Maaf?Kenapa?Awak mana ada buat salah dengan saya. Saya yang patut minta maaf dengan awak. Lagipun saya.... "

"Ermm.. Awak janganlah emosional  sangat. Tak salah kalau sekali nak minta maaf. Mana tahu kita tak bertemu lagi. "

"Apa maksud Awak? Awak nak tinggalkan saya ke? "Aryan memandang tepat ke Arina.

"Aisya... Haris... Jom kita makan dulu."Arina memanggil budak-budak kecil itu.
Arina ketawa apabila melihat mereka berdua yang berjalan terkedek-kedek macam itik.

"Arina.. "Aryan cuba untuk mendapatkan jawapan dari Arina.

"Ouh.....Aryan saya lupa nak bawak air. Boleh tak awak pergi beli air?Biar saya jaga budak-budak ni."

Aryan memandang Arina.
"Saya tak kan tinggalkan awak.. "Kata Arina apabila Aryan seakan-akan teragak untuk bangun.

"Janji..."

"Saya janji. "

Arina tersenyum kepda Aryan.
'Kenapa senyuman Arina kelihatan macam senyuman palsu? Perasaan aku ke? '

"Haris.. Aisya duduk elok-elok tau dengan ibu. Papa nak beli air. "

Haris dan Aisya mengangguk.Belum sempat Aryan melangkah,dia melihat Arina.
"Aryan... Awak tak percayakan saya ke? Nah.. "Arina memberikan jam tangannya kepada Aryan.
"Ni jam tangan yang paling saya hargai. Dua orang je yang ada jam ni dekat dunia iaitu saya dan kembar saya. Saya serahkan pada awak. "
...

Gangster itu milikku(completed)Where stories live. Discover now