Sowon berjalan menuju ke orang yang berdiri berdekatan pokok itu, kim seok jin.
"Hye" sapa sowon ke orang itu.
"Ouh hye" sahut kim seok jin.
"Tak sangka kita satu kelas kan" kata sowon, mula mahu berbual dengan kim seok jin.
"Hurm" kim seok jin hanya mengganguk sahaja.
"Awak suka kucing tak?" tanya sowon.
"Suka" jawab kim seok jin.
Tiba tiba sowon menghulurkan si comel ke arah kim seok jin, Kim seok jin agak terkejut.
"Sebagai tanda kita jadi sahabat" kata sowon, "ambik lah... Lagi pun saya tak boleh nak jaga dia.." kata sowon lagi.
"Kenapa pulak? Ni bukan kucing awak ke?" tanya kim seok jin.
Sowon menggelengkan kepalanya, "ni kucing saya jumpa masa nak masuk pejabat tadi... Dan saya letak nama dia comel... Kalau awak tak kisah jaga lah dia ye..." kata sowon.
Kim seok jin tak cakap apa apa malah hanya mengambil sahaja.
Sowon agak terkejut apabila si comel naik ke atas bahu kim seok jin.
"Dengan saya dia tak macam ni pun, kalau dengan awak dia memang nak lah" kata sowon sambil ketawa kecil.
Kim seok jin hanya membuat muka biasanya, "kalau dah tak ada apa apa saya pergi dulu" jawab kim seok jin.
"Ouh okey" jawab sowon sambil mengganguk.
Kim seok jin berlalu dari situ dengan keadaan si comel masih lagi di bahunya....
Jarak antara kim seok jin dengan sowon agak jauh juga... Sowon baru teringat yang dia ingin menanyakan sesuatu....
"Ah... Sowon macam mana kau lupa nak tanya dia?..." kata sowon sambil mengetuk kepalanya perlahan, "apa hah nama dia?" tanya sowon sendiri.
Lama dia berfikir lalu berlalu pulang ke rumah.
Sejurus tiba di rumah, senyuman di bibirnya tak hilang dari wajahnya.
Encik kim yang melihat nya pelik.
"Dah kenapa tu?" tanya encik kim sendiri.
Sowon duduk di kerusi yang berdekatan dengan tempat masak ayahnya... Kelihatan sowon mengeluarkan sehelai kertas dan menulis sesuatu...
"Kepada kamu yang masih lagi saya tak tahu nama...." ucap sowon sambil tangannya menulis.
Encik kim dari jauh dah kehairanan melihat sowon yang kusyuk menulis surat.
"Apa dia buat eh?" tanya encik kim sendiri, perasaan ingin tahu muncul membuatkan encik kim datang mendekati sowon.
Encik kim mencuri curi tengok, tiba tiba muncul pula lagi dua orang lelaki gempal, sibuk ingin tahu juga.
Sowon tersedar akan kehadiran mereka, mereka yang mengintai cepat cepat lari lintang pukang.
"Appa!" jerit sowon kepada ayahnya sebab baca isi kandungan surat itu, kerana malu.. dikejar appanya itu sehingga dapat.
Sowon berlari masuk ke tingkat atas, rumah nya.
"Arh handsomenya..." puji sowon lalu teringat akan peristiwa di pokok.
"Arhhh romantik nya..." kata sowon dibayangkan jika berlaku perkara yang dikhayalkan ketika itu. Dia memandang ke arah jam di dinding.. Sudah menunjukkan jam 5:30 petang.
Dia membuat keputusan untuk tidur kerana mata sudah memberat. Lama dia berkhayal akan peristiwa itu sehingga tertidur.
Keesokkan harinya,
Seperti biasa, sowon tersedar lambat 2 minit, dia terjaga ketika jam 12 dan menyebab kan dia lambat tidur.
"Appa sowon g sekolah dulu!" jerit sowon.
"Bekal kamu jangan lupa bawa!" pesan encik kim.
"Nae~" jawab sowon lalu diambil bekalnya lalu berlari ke sekolah.
Sejurus tiba di sekolah, sowon menghembuskan nafasnya kerana masih ramai lagi pelajar yang sedang berjalan menuju masuk ke sekolah.
Sowon berjalan menuju masuk ke pagar sekolah, di situ berdiri nya cikgu hyuna yang mengawasi pelajar pelajar yang datang.
"Anneyeong cikgu" sapa sowon mesra.
"Nae" jawab cikgu hyuna mesra juga.
Sowon berjalan menuju ke tempat biasa dia lepak bersama kawan kawanya yang lain.
Dia duduk sejurus tiba di tempat lepaknya, "mian lambat" kata sowon sejurus duduk.
"Lambat kau datang" tanya seorang rakan perempuan nya, umji.
"Kau bangun lambat lagi kan?" teka rakan lelaki nya, GuanLin.
"Haah, malam tadi aku berjaga lepas tu pukul 3 pagi baru rasa nak tidur" jawab sowon diletakkan kepalanya di atas meja.
"Kesian kawan aku yang seorang ni.." kata seorang lagi rakan perempuan sowon, yuju.
"Kan..." jawab sowon lalu dipeluk yuju.
Kring!!!!
Kedengaran bunyi lonceng masuk kelas berbunyi,
"Jom lah masuk nanti lambat pulak" kata sowon.
"Jom" kata Guanlin.
Yang lain hanga mengekori sahaja dari belakang.
Sejurus di dalam kelas,
"Eh Guanlin" panggil seorang lelaki kepada Guanlin, woojin.
"Apa?" tanya Guanlin.
"Tak ada apalah saja panggil" jawab woojin lalu ketawa.
"Siot lah kau" kata Guanlin lalu dibaling buku yang berdekatan dengan nye ke arab woojin.
"Lek lah jangan marah marah" kata woojin sambil ketawa.
Sowon hanya melihat sahaja dua orang kawanya itu bergaduh di hadapannya,
Yuju dan umji sedang bergosip di belakang, dia malas mahu ambil bahagian jadi baik dia senyap sahaja.
Tak lama selepas itu, muncul cikgu bogum dari pintu masuk kelas,
"Selamat pagi semua" kata cikgu bogum.
"Selamat pagi cikgu" jawab semua pelajar sambil berdiri.
"Okey duduk" jawab cikgu bogum.
Semua pelajar duduk.
"Hari ni saya ada bawa berita baik" kata cikgu bogum.
"Apa dia cikgu?" tanya Guanlin sejurus mendengar.
"Cepat betul soalan kau" kata woojin mula mencari pasal.
"Kau asal hah?" kata Guanlin dipukul woojin menggunakan bukanya.
"Dah jangan nak gaduh" kata cikgu bogum.
"Cikgu cepatlah kata ada berita baik apa dia?" tanya yuju selamba, perasaan tidak sabar muncul.
"Berita baik dia adalah, kelas kita akan ada pelajar baru" jawab cikgu bogum happy.
"Hah?!" kedengaran semua pelajar terkejut.
"Jin silakan masuk" arah cikgu bogum.
Nama jin yang dipanggil cikgu bogum muncul,
Sowon teringat akan peristiwa semalam,
'Nama dia jin' kata sowon dalam hati, happy.
"Okey jin kamu boleh duduk di sebelah sowon" kata cikgu bogum.
Jin tidak menjawab malah hanya mengganguk sahaja.
Sowon sudah mula teruja apabila jin dalam perjalanan ingin duduk di meja sebelahnya.
"Hye, tak sangka kita duduk sebelah sebelah" sapa sowon.
Jin tidak menghiraukan sapaan sowon malah hanya menyelak helaian buku math.
Guanlin dari jauh sudah memerhatikan kelakuan sowon, dia dapat rasakan yang sowon suka kan jin. Tapi ditahan perasaan itu sehingga tiba masa yang sesuai.
"Jin ni seorang pelajar yang tinggi IQ nya" puji cikgu bogum.
"Berapa IQ dia cikgu?" tanya umji.
"200" jawab cikgu bogum.
Kelihatan semua pelajar terkejut sejurus dengar.
"Dia pandai tapi kenapa masuk kelas ni cikgu?" tanya yuju pula.
"Soalan itu cikgu tidak tahu jawapannya kalau nak tahu lebih lanjut tanya lah jin ye.." jawab cikgu bogum.
Semua pelajar memandang ke arah jin yang tidak kisah sekelilingnya berkata mengenainya.
"Okey hari ni kita akan belajar math tajuk ulangan kita ye.. Yeay" kata cikgu bogum happy.
Tapi kelihatan semua pelajar nya mengeluh, kecuali jin. Dia kusyuk membaca buku math, sehinggakan cikgu bogum tidak menghiraukanya.
How? Best? Jangan lupa untuk komen ye.. Dan mian kalau ada TYPO tu ye..
👇Vote ye... Dengan ikhlas hati... TQ....
ANDA SEDANG MEMBACA
My Classmate Is My Husband
FanfictionMengisah seorang yeoja bernama sowon, dia dibesarkan oleh seorang bapa tunggal iaitu, encik kim. Sowon bersekolah di Hyun HighSchool. Dia adalah seorang yeoja yang agak blur. Sowon mempunyai 2 orang kawan yeo ngan 2 orang kawan nam. Salah seorang da...
