Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

Bab 8

326 22 0
                                        

Selesai mengeluarkan semua barang barang, sowon yang sedang makan telah mula pelik.
"Eh kim kenapa kau keluarkan barang ni?" tanya puan cheng pelik.
"Ouh ye lupa aku nak cakap, terima kasih lah sebab bagi aku dengan anak aku tinggal kat sini buat semalaman..." jawab encik kim.
"Sama sama" jawab puan cheng.
"Aku keluar kan barang barang ni sebab hari aku akan tinggal kat rumah kawan lama aku" jawab encik kim lagi.
"Rumah kawan? Siapa?" tanya puan cheng pelik.
"Kau tak kenal" jawab encik kim.
"Ouh okey" jawab puan cheng sambil mengganguk.
"Appa" panggil sowon dalam nada kehairanan.
"Ouh ye, sowon pergi kemas barang barang sowon yang sowon nak bawa... Hari ni kita akan keluar pindah rumah kawan appa" kata encik kim kepada sowon.
"Rumah kawan appa? Siapa?" tanya sowon pula, soalan yang sama dengan puan cheng.
"Encik young" jawab encik kim.
"Encik young? Ouh... Kawan appa yang sama sama dengan omma tu kerh?" tanya sowon.
"Haah" jawab encik kim sambil mengganguk.
"Ouh...kalau macam tu appa tunggu sekejab ye... Sowon nak ambik buku ngan baju sowon" kata sowon kepada appanya.
"Okey, cepat sikit tau" pesan appa nya.
"Nae" jawab sowon lalu berlalu naik ke atas menuju ke biliknya dan mula mengemas barang.

  20 minit kemudian,

Sowon turun bersama dengan dua beg besar,
"Sini appa tolong" kata encik kim lalu diambil beg dari tangan sowon.
"Nae" jawab sowon lalu menghulurkan beg ke appanya.
"Okeylah cheng aku gerak dulu" kata encik kim kepada puan cheng.
"Yelah.. Hati hati" pesan puan cheng bagaikan seorang kakak.
"Aunty cheng, sowon pergi dulu" kata sowon lalu memeluk puan cheng.
"Nae.. Jaga diri kat rumah orang nanti, jangan susah kan orang kat sana" pesan puan cheng.
"Nae" jawab sowon sambil mengganguk lalu keluar diikuti puan cheng di belakang.

"Naik sowon" arah encik kim kepada sowon.
"Nae" jawab sowon, "aunty sowon pergi dulu" sempat sowon berkata kepada puan cheng.
"Nae~ ingat pesan aunty" kata puan cheng mengingatkan sowon.
"Nae sowon ingat" jawab sowon lalu masuk ke dalam perut kereta.
Pintu kereta ditutup,
"Okey lah cheng, aku gerak dulu" kata encik kim kepada puan cheng.
"Yelah" jawab puan cheng sambil mengganguk.
Encik kim masuk ke dalam kereta sejurus memberitahu.

"Siap? Ada barang apa apa tertinggal tak?" tanya encik young.
"Sowon?" tanya encik kim seperti bertanya.
"Tak ada appa" jawab sowon.
"Okey jom kita gerak" kata encik young.
"Jom" kata encik kim seperti kanak kanak.
Sowon yang dibelakang hanya ketawa kecil sahaja.

Ketika dalam perjalanan ke rumah kawan appanya, encik young. Tiba tiba satu perkara muncul di kotak fikiran sowon.
'Alamak! Macam mana ni?' tanya sowon dalam hati.
'Kesian jin datang rumah aku, tapi aku dah pindah' kata sowon dalam hati lagi.
Rupa rupanya perkara yang dirisaukan adalah jin. Kemungkinan jin akan datang kerumahnya.

Dikotak fikiran sowon sudah memainkan bayangan macam mana jin datang ketika itu,
'Arh... Kesiannya jin...' kata sowon dalam hati.
'Macam mana kalau dia tak datang?' tanya sowon sendiri.
'Bagus juga kalau tak datang, kalau tak kesian dia..' jawab sowon dalam hati.
'Tapi... Macam mana kalau dia datang?! Arh....!!!! Jangan lah...' jerit sowon dalam hati.

Di rumah aunty cheng,

     Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!
Pintu rumah puan cheng diketuk oleh seseorang,
Puan cheng membuka pintu,
"Eh Guanlin waeyo?" tanya puan cheng pelik.
"Sowon ada aunty?" tanya Guanlin.
"Sowon?" tanya puan cheng sambil mengetap bibir.
"Haah" jawab Guanlin.
"Dia dah pindah" jawab puan cheng.
"Hah? Dah pindah?" tanya Guanlin terkejut, "kat mana?" tanya Guanlin lagi.
"Katanya kat rumah kawan appanya" jawab puan cheng.
"Rumah kawan uncle kim??... Kat mana aunty?" tanya Guanlin lagi.
"Tak tak tahu, uncle kim tak ada cakap pulak" jawab puan cheng.
"Ouh tak apa lah kalau macam tu.. Terima kasih aunty cheng" kata Guanlin.
"Nae" jawab aunty cheng lalu masuk semula ke rumahnya dan menutup pintu.
"Sowon pindah mana hah?" tanya Guanlin sendiri, pelik.

Kenderaan milik encik young memasuki suatu simpang lalu berhenti,
"Dah sampai" kata encik young lalu keluar dari kereta begitu juga dengan sowon.
"Wah.." kata sowon sejurus keluar dari kereta.
Rumah besar milik encik young terbentang luas di hadapannya.
"Ni rumah kau kerh?" tanya encik kim tidak percaya kepada encik young.
"Haah.. Ni lah rumah aku" jawab encik young sambil mengganguk.
"Aku boleh masuk ke ni?" tanya encik kim ragu ragu untuk masuk.
"Tak boleh" jawab encik young laju.
Encik kim agak terkejut,
"Dengan satu syarat" sambung encik young.
"Apa dia?" tanya encik kim ingin tahu.
"Kau kena buat rumah ni macam rumah kau sendiri, kalau tak ada kau tak boleh masuk" jawab encik young.
Kedengaran encik Kim ketawa,
"Dah lama aku rasa" jawab encik kim dalam tawa.
"Kalau macam tu jom masuk" kata encik young, lalu dibawa encik kim berjalan ke seluruh rumahnya.
"Appa" panggil sowon, tetapi tidak didengari oleh encik kim.
"Masuk ajalah" kata sowon sendiri lalu dia masuk ke dalam selepas menanggalkan kasutnya.

Sowon berjalan menuju ke sebuah ruang tamu yang agak cantik, tiba tiba hatinya tergerak untuk memandang ke tingkat atas.. terkejut dibuatnya apabila seekor kucing sedang bermain di tingkat atas memandang me arahnya.
"Hye... Awak ni macam saya pernah nampak lah..." kata sowon kepada kucing itu, walaupun dia tahu kucing tak akan menjawab.
"Saya ada juga kucing macam awak tapi saya dah bagi kat kawan saya, warna dia... Saiz dia.. Sebiji macam awak..." kata sowon lagi.

Ketika dia sedang berbual dengan kucing itu muncul seseorang dari belakangnya,
"Bercakap dengan kucing lagi?" tanya suara itu.

Sowon yang terdengar suara itu lantas menoleh, terkejut dibuatnya menyebabkan dia hampir terjatuh nasib pemilik suara itu menyambut.
Lama sowon memandang ke wajah orang itu, baru dia sedar siapa di hadapannya, "Jin?!" kata sowon sejurus lelaki yang bertanya kepadanya tadi adalah jin.

Jin hanya memandang ke arahnya sahaja, lama selepas itu sowon menjadi tidak selesa lalu ditolak jin jauh dari nya,
"Macam mana awak tahu saya kat sini?" tanya sowon pelik, "awak ikut saya ae?" tanya sowon mula meneka.
Jin membuat muka biasa sahaja.

Tiba tiba muncul seorang wanita dari ruang tamu itu,
"Aigoo sowon" kata wanita itu lalu dipeluk sowon.
Sowon agak terkejut dan bingung.
"Dah besar dah dia... Lawa pulak lepas tu.." kata wanita itu sempat memuji sowon.
Sowon hanya mampu tersengih sahaja.

Macam mana best? Thanks dekat lagu infinite back lah😂😂kalau tak author tak ada idea langsung... HAHAHAHAHAHAHA.. and sebelum terlupa kalau rasa nak komen tu jangan segan silu untuk komen ye....

👇Vote... TQ....

 

My Classmate Is My Husband Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang