Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

Bab 7

357 23 0
                                        

Seusai bunyi lonceng tamat sekolah sowon lantas pulang ke rumah.
Setiba di rumah,
"Appa sowon dah balik" jerit sowon sambil memjinjing buku teks yang diberi oleh jin.
"Siapa bagi ni?" tanya encik kim pelik.
"Jin" jawab sowon.
"Ouh" kata encik kim sambil mengganguk.
"Okey lah appa, sowon naik dulu nk letak buku lepas tu nak tukar baju" kata sowon ingin meminta diri.
"Yelah" jawab encik kim.

Sowon berlalu naik ke atas sejurus meminta diri.
"Aku akan jaga buku ni baik baik" kata sowon berjanji.
Dia menyelak sehelai demi sehelai buku teks itu sehingga kan dia tertidur.

"Kim pergi panggil anak kau turun makan" kata puan cheng kepada encik kim.
"Okey" jawab encik kim lalu naik ke tingkat atas menuju ke bilik sowon.

Setiba di bilik sowon,
Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!
Sowon yang tertidur tersedar,
"Siapa?" tanya sowon sambil mengosok matanya.
"Sowon? Appa ni" jawab encik kim dari luar.
"Ouh, kejab ye appa" jawab sowon lalu bangun dari kerusinya dan membuka pintu.
"Lah..kenapa tak tukar baju lagi?" tanya encik kim sejurus sowon membuka pintu dalam berpakaian sekolah lagi.
"Sowon tertidur lah appa" jawab sowon.
"Haihh..." kata encik kim, "dah gi tukar baju sana nanti turun aunty cheng dah panggil turun makan" pesan encik kim.
"Nae" jawab sowon lalu menutup pintu... "Argh... Malasnya..." kata sowon. Kalau boleh dia mahu tidur lagi tapi takut appanya marah baik dia bersiap.

"Mana sowon?" tanya puan cheng sejurus encik kim muncul.
"Nanti dia turun" jawab encik kim.
"Tak tukar baju lah tu" teka puan cheng.
"Memang pun" jawab encik kim sambil mengganguk.
"Anak yang sorang tu.. Mengalahkan lelaki" kata puan cheng.
"Tulah kesan kalau yang jaganya bapa tunggal" jawab encik kim.
Kedengaran puan cheng ketawa kecil, "nak buat macam mana kan... Terpaksalah" jawab puan cheng.

Tak lama selepas itu sowon turun dari tangga,
"Sini makan cepat" panggil encik kim.
"Nae" jawab sowon lantas melajukan jalannya menuju ke meja makan.
"Lama appa kamu tunggu kamu nak makan sama sma" kata puan cheng.
Sowon hanya tersenyum sahaja, "aunty tak makan kerh?" tanya sowon.
"Aunty dah makan dah masa kamu belum turun lagi" jawab aunty cheng.
"Cepatnya aunty makan" kata sowon terkejut.
"Cepat kamu kata? Dah dua pinggan aunty makan" kata puan cheng sambil mengingatkan berapa kali dirinya makan.
"Ouh yeka" kata sowon sambil tersengih.
"Dah kamu makan dengan appa kamu, aunty nak pergi ke dapur ambik air.. Ni air dah habis tunggu kamu sampai habis air ni aunty minum" kata puan cheng.
"Nae" jawab sowon sambil mengganguk.
Puan cheng berlalu, encik sedang makan manakala pula sowon baru mengambil makanan.
"Sowon" panggil encik kim.
"Nae appa" sahut sowon.
"Kamu ambil buku teks kawan kamu tu, dia nak baca guna apa?" tanya encik kim pelik.
"Dia pandai lah appa, IQ200 tak payah guna buku teks dah" jawab sowon lalu menyuakan sesudu makanan ke dalam mulutnya.
"Ouh" jawab encik kim sambil mengganguk.

Tiba tiba muncul puan cheng sambil membawa jug air,
"Ni air" kata puan cheng lalu diletakkan di atas meja.
"Nae" jawab encik kim dan sowon serentak.
Puan Cheng duduk di hadapan sowon,
"Makan banyak banyak biar ada tenaga sikit" kata puan cheng kepada sowon.
"Tak boleh aunty nanti gemok" jawab sowon sambil mengunyah makananya.
"Gemok? Kamu badan macam ni gemok? Tak adanya... Dah makan banyak banyak tak payah nak hairan pasal gemok" kata puan cheng lagi.
"Nae aunty" jawab sowon sambil mengganguk..

Ketika sedang berbual sembil makan dia atas meja makanan kedengaran seseorang datang sambil memanggil Encik kim.
"Kim!" jerit seseorang yang datang dari luar.
"Siapa pulak tu?" tanya encik kim, geram. Potostin betul... Orang nak makan ada yang kacau.
"Kim!" jerit lagi suara tu.
"Appa pergi lah" kata sowon ditolak sedikit bahu appanya.
"Siapa tu kim?" tanya puan cheng pelik..
"Tak tahu lah" jawab encik kim sambil menggangkat bahu kiri dan kanan.
"Ada tak orang yang namanya kim Shin?!" jerit suara itu lagi.
"Ada!" jawab encik kim dari dalam rumah, "sowon makan appa nak pergi tengok sekejab" kata encik kim lagi sebelum berlalu.
"Nae" jawab sowon sambil mengganguk.

Encik kim berlalu sejurua sowon menjawab,
"Aduh siapa pulak yang datang buat kacau?" bebel encik kim sambil membuka pintu.
Sejurus pintu terbuka kelihatan seorang lelaki yang seperti seusia encik kim sedang memalingkan ke arah bertentangan.
"Ye saya kim" kata encik kim sejurus melihat lelaki itu.
Lelaki itu menoleh ke belakang, terkejut besar encik kim sejurus melihat wajah lelaki itu,
"Young!" jerit encik kim.
"Shin!" jerit lelaki yang dikenali encik kim juga.

Sowon dan puan cheng yang ada di dalam kehairanan,
"Dah kenapa tu terjerit jerit?" tanya puan cheng pelik.
"Appa.... Siapa tak kenal... Jumpa orang yang tak kenal pun dia jerit macam orang kenal lama" jawab sowon sambil minum air.
"Pelik lah appa kamu" kata puan cheng sambil menepuk dahi.
"Tu lah, macam mana lah omma dulu suka kat appa" kata sowon sambil menggelengkan kepalanya.
Puan cheng hanya mampu ketawa kecil sahaja.

"Kau apa khabar?" tanya encik kim kepada encik young.
"Aku baik, kalau tak baik tak ada nya aku kat depan kau ni" jawab encik young.
"Haha.... Lama tak jumpa lepas isteri memasing bersalin" kata encik kim.
"Kan.. Kau macam mana? Okey hidup tanpa isteri? Ke ada orang baru?" tanya encik young sempat melawak.
"Eh kau aku dah tualah tak ada makna nya nak khawin lagi, aku okey aja" jawab encik kim sambil ketawa kecil.
"Manalah tahu... Kawan aku ni handsome" kata encik young sempat memuji encik kim.
"Banyak lah kau" jawab encik kim.
"Haha... Ni kau duduk mana sekarang? Semalam aku nampak kau masuk dalam berita yang rumah kedai kau terbakar" kata encik young.
"Aku duduk sini, rumah kawan isteri aku" jawab encik kim.
"Ouh..." kata encik young sambil mengganguk.
"Eh ni kau datang sini cari aku tiba tiba kenapa?" tanya encik kim pelik.
"Aku nak ajak kau pindah kat rumah aku, isteri aku mina dia kata dah lama tak jumpa dengan anak kau... Mana anak kau..sowon?" tanya encik young tentang sowon.
"Ada kat dalam rumah, tengah makan" jawab encik kim.
"Ouh, ni mana barang barang kau? Hari ni juga aku nak kau pindah kat rumah aku" kata encik young.
"Serius lah kau?" tanya encik kim tidak percaya.
"Ye aku serius" jawab encik young, "mana barang barang kau?" tanya encik young lagi.
"Ada kat dalam jab aku ambil" jawab encik kim.
  Lalu masuk ke dalam untuk mengeluarkan barang barang nya dan juga sowon.

Macam mana? Best? So kalau rasa nak komen tu silalah komen ye...

👇vote jangan lupa... TQ

My Classmate Is My Husband Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang