"Alhamdulillah, kita dah bersaudara. Nur Khairina Fartini, so sekarang ni taknak ganas ganas belasah orang gaduh dengan lelaki tarik rambut perempuan lagi. Nehi nehi. Faham?" kata Atikah Farha. Mereka berdua baru sahaja keluar dari pejabat jabatan agama.
"Kenapa kita dah bersaudara? Memang kalau Islam je dikira bersaudara ke Ika?" soal Khairina dengan dahi yang berkerut.
Atikah mencubit lengan Khairina. "Kan dah cakap aritu. Takkan tak ingat?"
Khairina mengetuk kepalanya sedikit. "Sekejap aku dapatkan balik ingatan aku. Kau sabar sekejap Atikah Farha. Kau lek jap. Apa aku makan sampai aku lupa apa kau pernah cakap pasal benda ni?"
Atikah, atau nama mesranya Ika, hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Khairina. Khairina baru sahaja masuk ke agama Islam jadi Ika lah yang membantu Khairina untuk mendalami Islam dengan lebih selama ini.
"Ika, kau rasa kan, apa jadi dengan Chanyeol eh sekarang ni?" soal Khairina. Mereka berdua sedang menunggu kehadiran adik kembar Chanyeol.
Mereka berempat berada di Malaysia manakala Chanyeol pula di Korea Selatan. Keempat-empat mereka sudah menjadi mualaf namun Chanyeol masih belum menemui hidayah.
"Khai, berapa kali aku nak cakap dengan kau ni? Princess, princess tak boleh harapkan prince the rock datang lamar princess. In sha Allah nanti ada prince kacak lamar princess. Prince the rock takmau jadi saudara se-Islam kita lah princess."
Khairina mencebikkan bibirnya. "Nanak prince kacak. Nak prince the rock."
"Jangan nak mengada. Aku cubit lagi kang. Dah, Anis dengan Safar dah sampai."
Atikah menarik tangan Khairina. "Cepat! Jangan termenung lagi!"
***
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Sayang, tolong abang boleh tak? Susu anak kita dah habis. Isi yang baru. Awak dah pam semalam kan?" soal Adam. Hari ini dia mengambil cuti dan mengambil alih tugas isterinya untuk menjaga anak mereka.
"Dah. Khai, naik atas, kau tukar baju. Aku pulak yang rasa rimas tengok kau pakai baju kurung jalan ayu macam tu. Mana perginya Khairina yang ganas?" kata Ika.
Anis dan Safar pula, telah pulang ke rumah. Hari ini mereka berdua membuat kek bersama-sama kerana ada tempahan.
"Tadi kata tak boleh ganas ganas, aku pakai baju kurung kau kata rimas. Aku nak pakai apa je? Nanti aku pakai bikini terbeliak mata abang aku." kata Khairina. Dia terus naik ke biliknya lalu menyalin pakaian.
"Abang, boleh tak ambilkan pakaian saya dekat butik yang selalu saya pergi tu. Saya patut amik harini tapi tadi si kembar tu busy jadi tak sempat nak amik. Tolong ye." kata Atikah lalu menghulurkan botol susu kepada Adam.
"Baiklah sayang." kata Adam lalu mengambil kunci kereta.
---
hai selamat pagi SuamikuCapang61 iamladyoohsehun Kim__Kaika
YOU ARE READING
[KJDISS #3] Girlfriend dari Neraka | PCY
Short Story" PARK CHANYEOL ♡ KIM IN JONG " " MUHAMMAD UWAIS ♡ NUR KHAIRINA FARTINI " A story dedicated for @SuamikuCapang61