"Oppaaaaaaaaa!!" jerit Safar. Chanyeol yang sedang membasuh sayur itu terkejut menyebabkan daun salad yang dibasuh itu terjatuh.
"Kenapa Park Seul Rin?" soal Chanyeol sebaik sahaja melihat adiknya itu berlari menuju ke arahnya. Safar menarik kerusi di meja makan lalu memandang Chanyeol.
"I got some tea to spill. Ok first, oppa, tau tak, Haneul dengan Jongdae contact balik! Tak rasa suspicious ke?" kata Safar. Chanyeol hanya meneruskan kerjanya.
"Ish tak layan Seul! Ok second, ni, oppa dengar ni oppa." kata Safar lalu satu rakaman suara dibuka.
"Ika, aku rindu ah kembar tu.."
Chanyeol yang sedang khusyuk membasuh sayur itu berhenti membasuh sayur. Suara... Injong?
"Kau rindu kembar ke kau rindu abang kembar? Mengaku je lah Khai. Tak ke mana pun."
Suara Eunbin. Tapi tidak jelas kedengaran. Chanyeol hanya mengerutkan kening.
"Ha ye aku rindu tiga tiga. Tiga tiga beradik aku rindu. Ha puas?"
Chanyeol merenung sayur di tangannya. Jantungnya berdegup laju. Dah lama dia tak dengar suara tu. Sejak dia... ditangkap dengan perempuan lain.
"Haaaaa kantoi kau dik!! Kau tengok aku forward ni dekat Yeol. Biar dia masuk Islam pastu dia masuk meminang kau cepat. Murung kau dah macam mati laki tau tak? Monyok je."
Suara Kai. Paling jelas kedengaran. Chanyeol membuat kesimpulan Kai yang merakam suara ini. Chanyeol sudah membuat rancangan di dalam otaknya untuk belasah Kai.
"Adam!! Ish! Ok lah macam ni. Princess tak nak dia masuk Islam sebab princess. Tak ikhlas. Ok tu je princess nak. Bye."
Chanyeol masih merenung sayur di tangannya. "Oppa? Oppa? Are you still there?" soal Safar.
"Aku dah kata, diorang berdua ni masih lagi suka sama suka. Cuma taknak ngaku, ego. Pastu kak Khai dah masuk Islam ha kena tunggu si galah ni masuk Islam baru boleh kahwin. Aku tembak dua dua karang." bebel Anis. Buah epal di dalam peti ais di ambil lalu dibasuh.
Safar mengambil pisau untuk kembarnya itu. "Kau tak payah borak sangat. Kau pun sama je dengan Dae tu. Aku debik kang." kata Safar.
Anis hanya memfokuskan pada epal yang dipotongnya. "Weyh, Dae mintak nombor kau. Dia kata Sehun nak. Aku bagi je lah. Goodluck Safar Nuraina." kata Anis lalu meneruskan kerjanya.
YOU ARE READING
[KJDISS #3] Girlfriend dari Neraka | PCY
Short Story" PARK CHANYEOL ♡ KIM IN JONG " " MUHAMMAD UWAIS ♡ NUR KHAIRINA FARTINI " A story dedicated for @SuamikuCapang61