[S1] 》•chapter 03

351 132 6
                                    

~~Kringgggg..~~

Jam loceng berbunyi menandakan waktu kelima sudah tamat.

Tiba masa untuk rehat.

"Wey Chaeyoong, aku ingatkan nak pindah sekolah lah. Bosan lah duduk sini, sekolah sini. Just see the same thing" kata Seohyun

Chaeyoong yang sedang makan hampir tercekik, adakah apa yang didengarinya itu betul ?

"Eh kau ni dah kenapa ?. Kau demam ke Seohyun ?. Babe, are you serious?? " lantas tangan Chaeyoong menuju ke dadi Seohyun.

Sejuk je.

Tak panas pun.

"Aku ok lah, mana ada demam.." tambah Seohyun lagi, tangan Chaeyoong ditepis perlahan.

"Aku cuma nak merasa dunia luar, tu je. Aku ingat, aku nak berubah. Aku dah tak nak membuli lagi. I have to change,okay" sambungnya lagi.

Mungkin, kali ini Seohyun benar - benar mahu berubah.

Entah apa yang telah merasuknya untuk berubah.

Chaeyoong makin pelik melihat Seohyun.

Dengan keadaannya sekarang tidak serupa manusia.

"Kalau kau pindah, aku pun ikut pindah sekali." kata Chaeyoong selamba lalu sambung makan yang tergendala tadi.

Seohyun tercengang.

Chaeyoong tidak menghalang bahkan ingin turut serta.

Seohyun mula memikirkan alasan yang sesuai untuk diberikan pada pihak sekolah.

Sambil - sambil itu, tanpa mereka sedari, seorang lelaki sedang memerhatikan mereka dari jarak jauh.

Lelaki itu seakan - akan menginginkan sesuatu daripada Seohyun.

.
.
.

Masa rehat sudah tamat, semua pelajar lintang pukang mendapatkan kelas masing - masing.

Sedangkan Seohyun dan Chaeyoong masih lagi berjalan dalam keadaan yang tenang.

Tiba - tiba .......

"Park Seohyun !!" teriak satu suara dari belakang mereka.

Seohyun dan Chaeyoong berhenti lalu menoleh.

Seorang lelaki melambai - lambai ke arah mereka.

Seohyun dan Chaeyoong bertukar pandangan.

"Siapa lelaki tu ?" tanya Chaeyoong, siku Seohyun ditepis perlahan.

"Entah, tak pernah nampak pun." Seohyun menjawab sambil mengangkat bahu. Sememangnya dia tidak kenal lelaki itu.

"Tunggu dulu !!" jerit lelaki itu lalu menghampiri mereka berdua.

"Kau siapa ?. Kau nak apa ?. Apa hak kau panggil nama panjang aku ?." bertubi - tubi soalan ditanya oleh Seohyun kepada lelaki itu.

Chaeyoong memberi isyarat pada Seohyun supaya bertenang.

"I'm your new senior, dengar cerita kau ni kaki buli sekolah ni ??" tanya lelaki tu selamba.

"Kalau ye pun, ada masalah dengan kau ??" Seohyun mula berpeluk tubuh.

Tidak puas hati dengan lelaki itu mula datang.

[ 1 ] 𝓱𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭  𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐠𝐢𝐧𝐧𝐢𝐧𝐠 + 𝙅𝙅𝙆Where stories live. Discover now