[S1] 》•chapter 12

241 102 5
                                    

Hari ini merupakan hari graduasi untuk pelajar batch Jungkook.

Dengan bersemangat, Jungkook bangun dari tidur terus bersiap - siap untuk hari ini.

Suga turut menguruskan dirinya supaya kelihatan kemas pada hari gradusi diorang.

"Wey, Jungkook. Mana pergi baju kemeja aku yang warna biru tu eh ?" Suga tercari - cari sambil menggeledah tepi katil Jungkook.

"Ha, I don't know.. " jawab Jungkook pendek, neck tie dibetulkannya.

Berdiri di hadapan cermin lagak kacak, ceh.

Suga sekilas memandang Jungkook..

"Bukan main hensem lagi kau hari ni ? Ada plan apa - apa ke lepas graduate ?" usik Suga. Diakhiri tawa kecil.

"Aku fikir, hari ni aku nak berterus terang dengan Seohyun. Biarlah dia nak benci aku ke apa ke. Aku tak kisah" Jungkook beralih memandang Suga.

Suga terkejut lalu berhenti dari aktiviti pencariannya itu..

"Kau ni, series ar? " tanya Suga ragu - ragu.

Jungkook mengangguk dengan confident.

Bunga di atas meja dicapainya.

"Dah cepat, aku dah siap"

Suga tidak tentu arah terus sambung mencari baju kemejanya.

Tidak pelik lagi kenapa Jungkook yang bawa jambangan bunga.

Sepatutnya mereka yang graduate yang akan dapat bunga, tapi Jungkook.

Suga hanya mampu berharap supaya hari ini berjalan dengan lancar.

Terjumpa baju kemeja di celah almari tepi katil, terus dicapai dan disarungkannya.


.
.
.




"Papa dah takde pilihan lain, papa kena pergi ke sana juga" tuan Park menyelak - nyelak helaian fail yang berada di atas meja Jimin.

"Tapi, siapa yang nak jaga Seohyun dan Jimin pula macam mana, tak akan lah Jimin nak jaga Seohyun, tak mungkin, syarikat ni lagi Jimin nak jaga. Papa, what is this? " Jimin membentak.

Siapa yang akan jaga Seohyun ketika papanya tiada nanti, nak harapkan dia seorang? Memang taklah, dengan kesibukkan pejabat lagi mahu diuruskan.

Lama tuan Park berfikir, naik serabut kepala otaknya.

Dengan hal kerja di luar negara yang tergendala, anaknya yang tak menguruskan syarikat dengan teratur, apetah lagi si Seohyun yang tiada sesiapa untuk menjaganya.

Jimin mula memegang kepalanya, turut berfikir masalah keluarganya itu.

"Kalau mama ada lagi, boleh dia jaga Seohyun" terus terkeluar ayat itu dari mulut Jimin.

Secara tak sengaja. Dia pun tercengang.

Tuan Park tersentak, sebak dengan ayat yang diungkap oleh Jimin sebentar tadi.

Mungkin betul kata Jimin, jika arwah isterinya masih hidup, tentu hal - hal sebegini dapat diselesaikan.

Dalam masa yang sama, tuan dia juga berasa bersalah kerana dianggap punca kematian isterinya itu bagi Seohyun, anak perempuannya sendiri.

Bammmm !!!

Meja pejabat Jimin dihentak kuat, stress yang dihadapi tuan Park dilepaskan pada meja yang tidak bersalah.

[ 1 ] 𝓱𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭  𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐠𝐢𝐧𝐧𝐢𝐧𝐠 + 𝙅𝙅𝙆Where stories live. Discover now