[S1] 》•chapter 09

213 102 3
                                    

Pagi itu Seohyun bersekolah seperti biasa.

Tetapi, apabila ternampak Jungkook, Seohyun pelik. Jungkook seakan - akan lari daripadanya.

Entah mengapa, Seohyun pun tidak tahu.

"Kenapa dengan Jungkook tu ? Dah takut dengan aku pula ke ?" tanya Seohyun dengan diri sendiri.

Kelakuan Jungkook amat pelik.

Walaupun terserempak dengan Seohyun, dia tetap mengalihkan pandangannya.

Jungkook tiba - tiba berubah.

.
.
.


"Wey, apehal dengan Jungkook tu ?" Seohyun bertanya pada Suga.

Kebetulan dia terserempak dengan Suga di kantin waktu rehat.

"Entah lah wey, aku pun tak tahu. Semalam dia balik entah dari mana terus kemas baju lepastu balik rumah Appa dia. Dia cuma cakap, dia nak release tension" balas Suga.

Air kotak soya yang dibeli tadi disedutnya.

"Hmm, takpelah" kata Seohyun dan berlalu pergi.

"Wey, kirim salam dekat Chaeyoong !!" jerit Suga.

Seohyun hanya menunjukkan 'thumbs up' dan meneruskan langkah.

Hampir semua orang di kantin memandang Suga disebabkan jeritan tadi.

Suga hanya menunduk malu. Air kotak disedutnya semula.


.
.
.



"Kalau betul dia marahkan Suga, kenapa nak marah aku sekali ? What's wrong with him ??" Seohyun bercakap sendirian.

Kakinya laju melangkah menuju ke padang sekolah.

"Wey Seohyun !!" jerit seseorang dari belakang.

Seohyun berhenti dan pusing ke belakang. Chaeyoong sedang mencungap - cungap mengejarnya.

"Kau nak pergi mana ??" tanya Chaeyoong. Pinggangnya dicekak.

Tertunduk - tunduk kepenatan.

"Padang" jawab Seohyun sepatah.

Dia meneruskan langkahnya.

Chaeyoong mengikuti.

"Wey, tadi ada seorang budak lelaki ni suruh aku bagi benda ni kat kau" Chaeyoong menghulurkan satu sampul surat bewarna kuning.

Seohyun mengambilnya.

"Nantilah aku buka, tapi siapa lelaki tu ?" Seohyun bertanya.

"Entah, senior kita kot ? Aku tak berapa kenal arh budak tu" jawab Chaeyoong kembali.

Mereka berdua sampai di padang.

Seohyun duduk di bawah pokok.

Chaeyoong masih berdiri menikmati udara yang segar.

Cuaca hari ni agak mendung. Mungkin mahu hujan.

"Wey, buka la cepat, aku nak tengok" desak Chaeyoong.

Terus duduk bersila di sebelah Seohyun.

"Ishh kau ni" Seohyun terus membuka sampul surat itu.

Dan.....

"Ishhhh apa ni ????!!!!" jerit Seohyun. Terus terkangkang besar.

Sampul yang dibukanya tadi penuh dengan bedak.

Bila Seohyun menarik keluar surat yang berada di dalamnya, bedak tu bertaburan di atas pehanya.

Seluar sukan Seohyun yang bewarna hitam habis bertanda putih disebabkan bedak tadi.

"Ishhh, kepala hotak dia, siapa punya kerja ni ?!" jerit Chaeyoong pula.

Surat ditangan Seohyun dirampasnya.

Seohyun sedang sibuk menepuk - nepuk seluarnya.

"Yashhh, kau bawa kau jumpa budak lelaki ni sekarang !!" arah Seohyun.

Tapi Chaeyoong tak melayan.

Tambahan Chaeyoong sibuk ketawa.

"Kau gelak apa ?!" tanya Seohyun.

Chaeyoong menunjukkan surat tadi.

Mungkin Chaeyoong tergelak apabila membaca isi di dalam surat itu.

Seohyun merampasnya dan membaca isi di dalamnya.

"Pfttt, budak tu suka kau, hahahah dia ajak kau jumpa malam ni " tambah Chaeyoong.

Gelaknya yang besar menyebabkan Seohyun lagi panas hati.

"Budak ni memang cari masalah" kata Seohyun, surat itu dironyok - ronyok.

Api kemarahannya membara.

Jika dia dapat budak itu, memang tak akan dilepasnya.

Terima sajalah padahnya budak itu nanti.



.
.
.


"Wey, kau apehal duh ??" tanya Suga pada Jungkook.

"Takde apa - apa" jawab Jungkook. Suga pelik.

"Malam ni teman aku" ajak Suga.

Malam ini dia ada rancangan dengan Seohyun dan Chaeyoong.

"Malas ar" jawab Jungkook.

Dia seperti nak tak nak je melayan Suga.

Suga bengang, tiba - tiba dia satu idea mucul dalam kepalanya.

"Dengar cerita Seohyun kena ganggu dengan budak lelaki. Hm kesian Seohyun" kata Suga lalu bangun dari duduk dan mengemas buku.

Buku tadi dimasukkan ke dalam beg.

Jungkook tercengang.

'Seohyun kena ganggu ? Tak boleh jadi ni'~ Jungkook bermonolog.

"Wey, Suga. Apehal dengan Seohyun ? Siapa yang ganggu dia ?" Jungkook bertanya pada Suga.

"Haishh, kau nak tahu, ikut aku malam ni" ajak Suga.

Dia dapat mengagak Jungkook risau akan Seohyun.

"Ye, aku ikut kau malam ni" jawab Jungkook. Buku - buku di atas meja dikemas dan dimasukkan bawah meja.

Jungkook menyandang begnya terus melangkah keluar dari kelas dengan Suga untuk pulang ke rumah.

Walau apa pun yang terjadi, Jungkook tetap risaukan Seohyun.

Tapi, kenapa Jungkook mengelak dari Seohyun ?

[ 1 ] 𝓱𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭  𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐠𝐢𝐧𝐧𝐢𝐧𝐠 + 𝙅𝙅𝙆Where stories live. Discover now