[S1] 》•chapter 13

198 98 27
                                    

Taehyung melasau satu rumah, difikir hendak buat apa, sejak menjak ini Jimin sering mengelak darinya.

"Seohyun" kata Taehyung perlahan.

Gadis itu mula bermain di fikirannya. Kalau Jimin tak mahu jumpanya, apetah lagi Seohyun.

"I have to do something" sambung Taehyung lagi, bercakap dengan diri sendiri sambil berpusing dalam rumah.

Ada sahaja idea jahatnya. Seorang demi seorang menjadi umpannya, kalau tak silap, Taehyung yang Jimin kenal beperwatakan buaya darat dan mata duitan. Tak salah kalau Taehyung ingin mencuba semua gadis di luar sana dengan status dirinya itu.

.
.
.

"Kenapa lah kau buat semua ni" keluh Seohyun kecil, jambangan bunga yang diberi Jungkook tadi diletakkan di atas meja.

Seohyun keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

Balang kaca dicarinya dan diisikan air didalamnya.

Seohyun kembali ke biliknya semula, bunga tadi diletakkan di dalam balang kaca tersebut.

Dia kembali duduk di katil, merenung bunga di atas meja belajarnya.

"Aku- aku dah lama suka dengan kau, sejak aku tegur kau dulu, tapi aku tahu kau tak akan terima aku, sebab kau benci lelaki kan? Aku tak kesah, asalkan aku dah luahkannya pada kau. Seohyun, aku rasa aku dah mula sayangkan kau. Hidup aku berubah sejak aku kenal kau, aku dah tahu apa tujuan aku untuk hidup"

Ayat yang keluar dari mulut Jungkook berlegar - legar di fikirannya.

Air matanya menitis.

Mengapa Jungkook buat begini pada dia.

Langit yang mula gelap menembuskan cahaya petang ke dalam bilik Seohyun melalui tingkap.

Seohyun bangun dan melihat langit yang kemerah - merahan.

Adakah ini takdir atau dugaan untuk dirinya.

Air mata yang mengalir tidak terhenti. Dibiarkan membasahi pipi.

Jika benar hari ini merupakan ujian bagi dirinya, dia biarkan segalanya berakhir hari ini.

.
.
.

"Betul papa nak buat semua ni? Tak menyesal? Are you sure, pa? " tanya Jimin.

Tuan Park mengangguk dengan yakin, secawan kopi di atas meja dicapainya dan diminum.

Jimin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Papa, kita tak kenal lagi budak tu siapa, takkan lah nak suruh dia jadi bodyguard Seohyun? " tegah Jimin lagi, dia seakan tidak puas hati dengan keputusan papanya.

"Budak tu, kawan baik Seohyun, Ayah budak tu kawan papa, it's okay, if I trust him, right? " sambung tuan Park.

Mata mereka bertentangan,

Jimin hanya menggeleng.

"This is not true" Jimin bersuara tetapi dengan perlahan.

"Nanti papa akan inform bila papa gerak ke sana dan bila budak tu boleh mula kerja"

Tuan Park bangun dan keluar dari pejabat Jimin.

Jimin seakan - akan tidak boleh menerima kenyataan, siapa budak yang ditugaskan untuk menjaga adiknya nanti?.

.
.
.

[ 1 ] 𝓱𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭  𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐠𝐢𝐧𝐧𝐢𝐧𝐠 + 𝙅𝙅𝙆Where stories live. Discover now