[S1] 》•chapter 23

164 50 15
                                    

  "Papa !!!!" Seohyun berlari - lari anak mendapatkan tuan Park yang baru sahaja tiba di Airport. Gembiranya Seohyun apabila berjumpa papanya sehinggakan orang disekelilingnya tidak dihiraukan.

  "Anak papa! Macam mana? Sihat?" lantas tuan Park memeluk Seohyun, rindu akan anak gadisnya yang hampir tiga bulan tidak bersua muka ni.

  "Sihat! Papa pun sihat kan??" nada suara Seohyun betul - betul menunjukkan dia gembira. Teruja berjumpa papanya. Mungkin rindu yang teramat.

Tuan Park mengangguk dan tersenyum. Dua orang jejaka di hadapan telah mencuri perhatiannya. Anak lelakinya, Jimin bersalaman begitu juga seorang lelaki yang segak berpakaian kot hitam berserta kaca mata hitam yang menawan. Dalam fikirannya bermain, adakah lelaki ini bodyguard Seohyun?

  "Seohyun's bodyguard?" Tanya tuan Park kepada Jungkook. Jungkook angguk, tersenyum lalu menanggalkan kaca mata hitamnya yang mungkin berjenama Ray Ban tu.

  "Jeon Jungkook, bodyguard Seohyun," lantas badan Jungkook dibongkokkan sedikit menandakan kehormatannya pada tuan Park.

  "Papa, boleh panggil dia biskut tak sedap," kata Seohyun selamba. Gelak tawa mereka berempat pecah meriuhkan lagi keadaan di airport itu.

  "Erm, dah pukul 12.30 ni. Why not kita pergi lunch?," pelawa Jimin, jam tangan ditenung seketika.

  "Yes, sure," jawab tuan Park dengan teruja. Jungkook terus menarik bagasi milik tuan Park bersama.

  "It's okay, I can carry it by myself," terkejut tuan Park bila Jungkook menarik bagasinya. Tanda ingin menghulur bantuan.

  "Tak apa, saya boleh tolong," lagi sekali senyuman yang manis dan mampu mencairkan hati mana - mana perempuan itu terukir di bibir mungil milik Jungkook.

  "He's kind, I like him," bisik tuan Park pada Jimin. Jimin mengiyakan saja. Memang tak dinafikan bahawa Jungkook memang baik. Nampaknya keluarga tuan Park dah mula berkenan dengan anak si Jeon ni. Sejak 3 bulan tuan Park meninggalkan Seohyun dan Jimin di Seoul, Seohyun mula berbaik dengan Jungkook. Kalau bergaduh pun, perang mulut yang kecil saja. Pelik juga Jimin. Apa yang dah rasuk adiknya sampaikan berbaik dengan lelaki?

.
.
.

"Maaf, encik tak boleh meluru masuk tanpa kebenaran. Ini salah," PA Jimin cuba menghalang.

  "Ahh, tak perlu kebenaran, boss kau tu kenal aku. Tak payah nak formal sangat nak buat appointment bagai," Taehyung menjawab keras. Memang degil betul lah. Suka hati je menceroboh office orang lepastu buat kecoh. Apehal !

  Taehyung dengan keras kepalanya meneruskan niat hatinya untuk masuk ke dalam bilik Jimin. Dengan pantas pintu ditolak kuat. Jimin yang sedang sibuk menaip di komputer terhenti seketika. Dengan tenang, Jimin bingkas bangun dan menuju ke arah pintu biliknya dimana Taehyung yang masih berada di situ.

  "Ada apa? Clumsy sangat kau ni?," tanya Jimin, tie di leher Taehyung dibetulkannya dari senget. Lantas Taehyung menepis tangan milik Jimin. Dia selangkah kehadapan dan menutup pintu kaca itu kembali. Tangan mula berpeluk tubuh. Wajah Jimim direnung lama.

  "Kenapa ni? Ouh, kau nak bagi warning kat aku supaya aku izinkan kau kahwin dengan adik aku, Seohyun?," teka Jimin. Intonasi yang boleh menyakitkan hati orang lain digunakan. Lagaknya seperti seorang yang profesional. Sangat tenang.

  "Jangan kau berani cabar aku! Aku boleh buat apa je yang aku nak. Aku datang sekali dengan cara baik untuk beristerikan Seohyun. Tapi kau ! Kau menolak.. aku berdiri di hadapan kau buat kali kedua, kali ni aku just bagj warning. Ye.. memang aku nak kahwin dengan Seohyun. Tapi ingat, kau tak boleh halang aku!!," suara Taehyung agak tinggi. Namun, Jimin masih lagi dalam ketenangan.

Taehyung berang dan ingin melangkah keluar setelah tiada apa - apa jawapan mahupun perkataan yang keluar dari mulut Jimin. Diam.

Jimin mula ketawa. Seraya itu langkah Taehyung turut terhenti. Dia memusingkan kepalanya memandang Jimin yang ligat sedang ketawa itu. Makin sakit hatinya.

  "Kau tak boleh kahwin dengan Seohyun. Sebab... Seohyun dah kahwin !," Jimin mula tersenyum sinis, dia kembali ke tempat duduknya. Taehyung dengan geram menghampiri. Baru sahaja Jimin melabuhkan punggung, kolar baju kemejanya telah digenggam dan ditarik Taehyung.

  "Apa kau cakap? Seohyun dah kahwin?!," makin membuak - buak api kemarahannya. Jimin masih lagi tenang. Kekal dalam kedudukannya.

  "Wo wo.. be profesional lah sikit," tangan Jimin mula mengenggam tangan Taehyung di kolarnya.

  "Aku tak akan biarkan dia bahagia !!" Taehyung memberi amaran yang keras. Apa yang mampu dibalas Jimin adalah seukir senyuman dan ketenangan.

  "Ada apa - apa lagi?, kalau tak ada kau boleh keluar. Ataupun kau nak aku panggil security untuk heret kau keluar?," soal Jimin. Tangannya diajukan pada pintu kaca.

Taehyung mendengus dan terus keluar dari bilik Jimin. Seraya Taehyung keluar, Jimin terus menyandarkan badannya pada kerusi. Matanya dipejam. Memikirkan hal yang baru sahaja berlaku.

  "Seohyun dah kahwin... aduhai, dalam banyak - banyak alasan. Kenapalah aku cakap yang Seohyun tu dah kahwin? Ishhhh.. sengal betul lah," rungutnya seorang diri. Kerja yang menimbun di atas meja ditatap kosong.


Next Chapter 🍁;

"No, why seohyun kena kahwin dengan dia?!"

"Jangan mimpi kau boleh bahagia!"

[ 1 ] 𝓱𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭  𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐠𝐢𝐧𝐧𝐢𝐧𝐠 + 𝙅𝙅𝙆Where stories live. Discover now