[S1] 》•chapter 11

219 96 5
                                    

Malam itu Seohyun tidak boleh lelapkan mata.

Entah apa Yang difikirkannya.

Sampaikan kepalanya sakit. 15 minit kemudian, fonnya berdering.

'Kookie Tak Sedap' terpapar pada skrin telefonnya.

"Apelah yang dia nak pukul 4 pagi ni? " ikutkan hati Seohyun, dia malas mahu menjawab panggilan itu.

Tapi bila teringat Yang Jungkook telah menolongnya tadi, terus panggilan itu dijawab.

Seohyun meletakkan telefon ke telinga

"Hello" sapa Seohyun dahulu.

Suaranya serak - serak basah tersangkut di kerongkong.

"Hello, ermm, Seohyun. Tak tidur lagi? " Tanya Jungkook.

Rupanya dia pun tidak boleh tidur.

"Belum, aku tak boleh tidur lah" jawab Seohyun, dia mula meniarap di atas katil.

Bantal di tepi dipeluknya.

"Ni ada apa kau call aku pukul 4 pagi ni ?"
sambung Seohyun lagi.

"Kebetulan kau tak tidur lagi, aku nak tanya, kenapa tadi kita pukul budak lelaki tu? " Jungkook buat - buat tanya.

"Macam ni, pagi tadi kat sekolah, aku dengan Chaeyoong... " Seohyun menceritakan tentang sepucuk surat Yang dia terima di sekolah tadi pada Jungkook.

Jungkook mendengar sambil tersenyum.

Garang betul Seohyun terhadap lelaki Yang suka kan dia.

Tiba - tiba, Jungkook terfikir, apa akan jadi pada dirinya jika dia pulak yang berterus terang akan dia mempunyai perasaan terhadap Seohyun.

'Mati aku nanti' Jungkook berbisik dalam hati.

Kepalanya digaru berkali - kali.

"Tapi takpe, nasib baik kau, Suga dengan Chaeyoong tolong aku, terima kasih lagi sekali wey" ayat terakhir dari penerangan Seohyun.

Jungkook hanya tercengang.

Sedangkan Seohyun penat membebel.

Jungkook kembali daripada lamunannya setelah Seohyun menteriak namanya beberapa kali.

"Kau tidur eh? " Seohyun tanya. Jungkook mengeluh.

"Tak ada lah, aku fikir 'something' tadi" jawab Jungkook.

"Oh" balas Seohyun pendek.

Seohyun kembali baring seperti biasa.

Tiba - tiba pula dia terasa mengantuk.

Seohyun menguap, kebetulan Jungkook terdengar nguapan Seohyun.

Jungkook tergelak kecil.

"Kau nak tidur, pergi lah" kata Jungkook.

Kesian pula dengar Seohyun menguap.

"Erm, okay, dah, berambuss, hahahha" Seohyun ketawa di hujung talian.

Panggilan ditamatkan.

Seohyun terus mencampakkan telefonnya ke tepi.

Matanya hampir terlelap.

Tetapi dia terfikir sejenak.

'Kenapa lepas aku dengar suara si Kookie je, aku tiba - tiba rasa mengantuk? Bodoh - bodoh je" Seohyun membetulkan bantalnya dan terus tidur.

"Aduhh, macam mana aku nak cakap? Ish takutlah dengan dia tu" Jungkook berkata ketakutan. Nama 'si pembuli' di skrin telefon ditatapnya.

Seohyun lain terhadap lelaki yang sukakannya.

Mungkin susah untuk Seohyun menerima lelaki.

Cukuplah perasaan benci terhadap lelaki itu sebati dengannya.

Bermula dari kemalangan yang dianggap punca kematian ibunya, Seohyun mula berasa ragu - ragu terhadap lelaki.



.
.
.

"Wey Suga, aku tak tahu lah macam mana nak terus terang dengan Seohyun" kata Jungkook memulakan perbualan, kerusi ditarik dan duduk di sebelah Suga.

"Hahahhaha, padan muka kau. Kalau aku jadi kau, aku cakap je yang aku suka dia" Suga memerli.

Meja ditepuk sambil ketawa besar.

Mata - mata lain yang memandang mereka dalam kelas diabaikan.

"Ishhh tak nak aku, nanti tak pasal - pasal aku pula yang kena tibai dengan dia nanti" sambung Jungkook sejak melihat keganasan Seohyun, Jungkook pula terbabit rasa takut.

Suga tidak dapat berkata apa - apa melainkan hanya gelak ketawa yang dapat disumbangkan.

Jungkook memandang Suga dengan muka yang menyampah.

Tidak puas hati dengan gelakan Suga.

'Macam mana aku nak berterus terang dengan dia?,, ya tuhan, tolong lah aku,, ' Jungkook bermonolog.

Hari demi hari, Jungkook hanya mendiamkan diri, melayan Seohyun seperti biasa, tidak satu pun terungkap di hatinya utuk berterus terang dengan Seohyun.

Diam tak diam sudah hampir setahun Jungkook bersekolah di Seoul.

Dia dan Suga juga merupakan pelajar tahun akhir sekolah itu.

Tapi, Jungkook masih lagi menyimpan rahsia, apetah lagi perasaan terhadap Seohyun ?...

[ 1 ] 𝓱𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭  𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐠𝐢𝐧𝐧𝐢𝐧𝐠 + 𝙅𝙅𝙆Where stories live. Discover now