[S1] 》•chapter 21

209 75 17
                                    

Jungkook memandang Seohyun sekilas yang berada di sebelahnya,

"Kau pahal pandang aku macam tu? Aku tahu lah aku cantik!"

Jungkook tergelak kecil,

"Kau cantik tu dah betul dah, tapi aku nak tanya, kat tangan kau ada tak rm300?" Jungkook memandang Seohyun,

Kereta dihentikan setelah lampu isyarat merah menyala..

"Tak, aku ada rm50 je ni, kau nak buat apa?" jawab Seohyun sambil menengking sedikit,

Jungkook dilihatnya dengan tidak puas hati,

"Dah tahu tak ada rm300, pakai lah seat belt. Kang tak pasal - pasal kena saman, aku tak kesah, kau bayar, kereta kau, bukan kereta aku," Jungkook senyum sinis, pedal minyak ditekan meluru laju melepasi lampu isyarat hijau.

"Ishh, cakap jelah pakai seat belt, tak payah nak berkias bagai," lantas Seohyun memasang seat belt di badannya.

Bukan tak nak pakai, selama ni naik kereta oppa dia selalu duduk kat belakang, so tak payah risau pakai seat belt, ni duduk sebelah Jungkook yang tah bila belajar banyak mulut tah,

"Kau nak ambil result eh?" itulah soalan bodoh yang terlintas di dalam fikiran Jungkook,

'Dia ni bangang ke sengal? Aku dah cakap dah semalam, pagi tadi, baru berapa minit dah lupa!' Seohyun mengomel dalam hati,

"Eh tak lah, aku nak pergi kelab malam, nak ikut?" Seohyun jawab dengan menyampah,

Jungkook tersenyum kecil, gadis kecil disebelahnya ini memang cukup - cukup keras kepala. Tak pernah nak berlembut dengan lelaki?

"Kelab malam? Baik boss, jom!!" gurau Jungkook,

"Woi aku saja je lah woi!" lengan sasa Jungkook ditepuk - tepuk Seohyun,

Mereka tergelak bersama - sama, walaupun dengan kekasaran yang dialami Jungkook, dia tetap merasakan kelembutan yang tersembunyi dalam diri Seohyun,

.
.
.

"Baran aku lah dengan dia tu!" Lisa mencapai sepinggan kek di atas meja,

"Kau ni kenapa, beb?" tanya Rosé, sahabat Lisa, selalu je ada dengan Lisa,

Lisa memandang Rosé yang sedang menantikan jawapan darinya,

"Taehyung lah, dia tu sejak menjak ni lain lah perangai!" rungut Lisa, sesudu kek red velvet yang manis disuapkan ke dalam mulut.

"Rilex ah beb, maybe dia busy?" sampuk Jennie yang baru sahaja melabuh duduk di sebelah Lisa.

"Busy apa, dia lain lah, macam ada simpan perempuan lain,"

"Alah, biasa lah tu, tapi aku yakin, dia tak boleh lepaskan kau, tengok lah, kau cantik apa? Body pun lawah, tak akan lah dia nak tinggalkan kau, impossible lah," hasut Jisoo sambil berpeluk tubuh,

Lisa berfikir sejenak, ada gunanya juga kata - kata kawan - kawannya ini. Tak rugi ada kawan macam ni.

"Cakap pasal Tae ni kan, tak silap aku dia ada berkawan dengan Jimin, right? Yang CEO kat Park's Holding tu?" tanya Rosé, dia memang minat sangat dengan Jimin, sampaikan selalu stalk ig Park Jimin tu.

"Memang dia kawan dengan Tae pun kan? Setahu aku sekarang syarikat dia dah maju sejak papa dia tu pindah luar negara buat sementara waktu ni," Jennie pula mencelah.

[ 1 ] 𝓱𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭  𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐠𝐢𝐧𝐧𝐢𝐧𝐠 + 𝙅𝙅𝙆Where stories live. Discover now