Tidak ada puisi sedalam ini untuk tatapanmu lagi
Jatuhlah kepada doa-doa subuhku yang aku pinta supaya Tuhan asingkan kita seperti dulu
Nyamanlah, aku tak akan apa-apa
Selamat berlayar dan jangan terburu-buru untuk sampai ke pelabuhanmu
Semoga Tuhan merahmati setiap senja dan fajarmu
Aku mengheret keparahanku pulang semula ke muara selepas dimantera janjimu
Kau pergilah ke mana pun
Dan jadilah apa pun
Tapi tetaplah yang menyenangkan.
![](https://img.wattpad.com/cover/87213890-288-k994290.jpg)
YOU ARE READING
Nelangsa
PoetryLelakiku, ini adalah sebuah muara kesedihan yang telah dimantera janjimu.