Berbahagialah dengan perempuan dari sahabat karibmu.
Aku asing dan selamanya akan terasing.
Malam itu, pernah kau katakan bahawa ketakutan akan merangkulmu erat jika aku mengundur dengan diam dan tak meninggalkan apa apa selain sunyi sepi.
Ternyata, yang mengundur tanpa nota dan terus pulang ke dakapan sahabat karibmu itu adalah yang pernah merisaukan ketakutan yang diciptakan sendiri.
Akulah yang selalu menjagamu dari segala ketakutan.
Dulu.
Sekarang, ketakutan darimu adalah yang paling akrab denganku.
Tak akan lekang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Nelangsa
ПоэзияLelakiku, ini adalah sebuah muara kesedihan yang telah dimantera janjimu.