S a t u

1.9K 94 9
                                    

Nur Hani jalan terhencot-hencot. Malang tidak berbau. Baru beberapa jam tadi ber'huha-huha', tubuhnya tergolek jatuh daripada tangga.

" Lama-lama kejung bontot aku duduk dekat sini. " Omel Hani sendirian.

" Hoi! "

Arina menyergah Hani dari belakang. Tawanya terletus apabila melihat rupa Hani apabila terkejut.

" Tch! Nasib aku tak ada sakit jantung. Mana air aku? "

Tanpa berlegah, Arina menghulurkan sebotol air mineral kepada Hani.

" Dekat sejam dekat sini, bila nama kau nak dipanggil? " Soal Arina.

Hani hanya mengangkat bahu.

" Nurse! Lambat lagi ke? Dekat sejam tunggu ni, nama kawan saya tak dipanggil-panggil pun. " Laung Arina.

" Woi! Kau dah kenapa? Gila ke jerit-jerit dekat klinik. "

Perut Arina disiku oleh Hani.

" Sekejap ye. Awak tak nampak ke ramai orang? " Balas Nurse tersebut.

" Kalau setakat tiga empat orang, ramai ke bendanya Nurse. "

Mungkin Nurse tu malas nak layan Arina, jadi dia hanya mendiamkan diri dan menyambung kerjanya yang tergendala.

" Nur Hani binti Ahmad Faliq. "

Akhirnya! Setelah satu jam 20 minit menunggu, nama Hani mula bergema.

Dengan jalan terhencot-hencot Hani menuju ke salah satu buah bilik.

Sebelum tombol pintu dipulas, pintu tersebut diketuk.

" Masuk! "

Hani berjalan menuju kearah kerusi yang disediakan. Tanpa dijemput, punggungnya selamat mendarat diatas kerusi.

" Nur Hani.. "

"Ye saya. " Balas Hani dengan pantas lalu mengukir senyuman.

" Kaki awak kenapa? " Soal doktor itu.

" Indahnya ciptaan Tuhan. " Bisik Hani dengan nada yang paling perlahan sekali.

" Maaf, awak cakap apa? Saya tak dengar. "

" Oh sorry. Kaki saya terseliuh dan ada luka sikit dekat tapak tangan. " Terang Hani.

" Jatuh tangga? " Soal doktor.

" Eh taklah! Jatuh hati dengan doktor. " Laju saja Hani menepuk mulutnya.

'Alamak terlepas pula. '

" Comel lah awak ni. " Puji doktor itu lalu tergelak kecil.

' Ya Ampun! Ketawa pun nampak comel. Dugaan apakah ini. '

Tanpa memberi sebarangan arahan, doktor itu mengurut sedikit kaki Hani.

" Oi! Sakitlah! Aku tampar juga nanti. "

" Tahan sikit. Saya nak balut kaki awak. " Ujar doktor itu.

Setelah selesai membalut, doktor menghulurkan tangannya.

Dahi Hani berkerut cuba memproses sesuatu sebelum dia tersenyum.

" Nah hati saya. Simpan elok-elok. " Balas Hani dengan selamba.

" Eh! Saya suruh hulur tangan awak yang luka, bukan nak hati awak. " Ujar doktor itu tegak tanpa belok-belok.

' Buat malu je kau ni Hani. '

Dengan perasaan malu dia menghulurkan tangan kirinya.

" Dr. Haris Faizal. " Ujar Hani sendirian.

" Ye saya. Ada apa? " Soal Faizal.

"Oh. Tak ada apa-apa. "

" Okey. Dah siap! Awak boleh amik ubat dekat kaunter ye. " Arah Faizal.

" Dah siap? Sekejapnya. "

"Sekejap je. Oh ye! Jangan banyak gerak. Takut kakinya makin melarat pula. " Pesan Faizal lagi.

" Kalau sakit saya datang sini semula. Lagipun doktor kan ubat saya. " Balas Hani lalu tergelak.

" Ha datanglah! Saya mengalu-alukan kedatangan awak. "

' Indahnya dunia. '

Arina memandu kereta dengan berhati-hati. Dahinya berkerut apabila melihat sahabatnya tersenyum seorang diri.

" Oi! Kau gila ke senyum sorang-sorang? " Bahu Hani ditolak dengan kasar.

" Aku rasa aku dah jumpa jodoh aku. " Ujar Hani lalu tergelak kecil.

" Ah kau! Semua mamat hensem kau cakap jodoh kau. " Balas Arina dengan sebal.

" Tak! Kali ni lain. Aku dapat rasakan jodoh aku dengan dia dah tertulis. " Jawab Hani sambil memegang dadanya.

" Banyaklah kau! Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua rahsia Allah. " Ceramah Arina.

" Ye aku tau lah tu. Tapi tak salahkan aku anggap dia jodoh aku. Manalah tau dia betul-betul jodoh aku. "

" Jodoh ke bodoh? " Tawa Arina terburai.

" Kau ni! Support lah aku sikit. " Rungut Hani.

" Yelah-yelah. Siapa yang kau minat sangat tu sampai angau macam ni? " Soal Arina ingin tahu.

" Haris Faizal. Dr. Haris Faizal. " Balas Hani.

" Ha?! Doktor?! "

Tbc

7 HARI DENGAN DIA Where stories live. Discover now