Baju kurung moden berwarna putih tersarung ditubuhnya. Majlis akad nikah hanya diadakan secara kecil-kecilan. Manakala majlis resepsi akan diadakan bulan depan.
Solekan nipis dikenakan pada wajah Hani. Lipstick berona nude dioles pada bibir Hani and ya.. done!
" Wei! Aku tak nak kahwin. " Beritahu Hani dengan gelisah.
" Kau gila ke apa?! Dah terlambat lah. Lagi 30 minit majlis nak start. " Balas Arina tegas.
" Aku rasa bersalah dengan dia. Mesti dia kecewa kan? "
" Kepala otak kau! Wei Hani, kau dah kenapa? Kau lupa ke yang dia anggap kau macam adik je tak lebih. Asal pula dia nak kecewa. " Terang Arina.
" Tapi dari pandangan mata dia, aku tau yang dia sukakan aku. " Perlahan nada suara Hani.
" Babe! Kalau suka, dia akan fight untuk dapatkan kau. Ni aku tengok tak ada usaha langsung. Listen carefully.. kalau dia nak kan kau, dia halang benda ni terjadi. " Sambung Arina lagi.
" Aku tak boleh! Kau cover aku, aku nak lari. " Pinta Hani.
" Hoi! Kalau kau lari, aku nak jawab apa dengan Umi? Jangan buat kerja gila lah! " Halang Arina.
" Kau jawab je apa-apa. Tak pun tukar pengatin. " Cadang Hani.
" Siapa? "
" Kau! "
" Hell no! Mana aku nak campak Dr Amin aku. " Tolak Arina.
" Tak guna! Bila masa kau dengan member dia pula ni? " Soal Hani.
" Baru je.. " Dengan malu-malu kucing Arina menjawab.
Hani mendengus kegeraman.
" Hani.. dah siap belum? Mari turun, sekejap lagi pengatin lelaki nak sampai. " Panggil Umi.
" Rina tolong aku. " Rengek Hani.
Arina mengangkat bahu lalu menjuih bibirnya.
" Tak boleh nak buat apa. Kau tetap kena teruskan. " Arina menarik tangan Hani keluar dari bilik.
Dengan langkah berhati-hati Hani menuruni anak tangga. Arina dan Hani duduk diatas pelamin.
Debaran kian terasa.
" Pengantin lelaki dah sampai! " Jerit Makcik Senah.
Arina menyiku lengan Hani yang dari tadi menunduk.
" Tengok tu wei.. hensemnya laki kau. "
Hani memejam mata sambil mendonggak. Matanya perlahan-lahan dibuka. Dia berharap sangat pengatin lelaki itu adalah Dr Haris Faizal.
Dia memandang seseorang lelaki berbaju melayu berwarna putih. Hani mengeluh.
' Bukan dia. ' Getus hati Hani lalu kembali menunduk.
" Tak silap aku, Umi cakap tadi nama dia Harith Farhan. " Bisik Arina kepada Hani.
Sepanjang majlis dijalankan fikiran Hani menerawang ke dunia lain. Dia teringatkan pada doktor kesayangannya.
Jari jemari digengam. Tak semena-mena air matanya mengalir.
" Boleh kita mulakan? " Suara Tok Kadi menerjah ke corong telinganya.
" Okey.. baiklah. "
Sekali lagi, Hani mengelamun. Bagaikan tubuh saja yang berada di majlis ini. Manakala dirinya menerawang ketempat lain.
" Aku terima nikahnya Nur Hani binti Ahmad Faliq dengan mas kahwin sebanyak 200 ringgit tunai. "
Hani terkedu. Suara itu.. tak mungkin. Itu hanya halusinasi nya saja. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengatin lelaki bukan berwajahkan 'dia'.
" Hani.. " Panggil Arina.
Hani mengangkat mukanya memandang Arina.
" Itu.. " Mata Arina memandang kearah pengatin lelaki.
Entah kenapa dia terasa sesuatu. Arina nampak begitu terkejut sekali.
' Aku yang jadi isteri orang, asal dia pula yang over. ' Omel hati Hani.
Pengantin lelaki datang mendekati Hani.
Hani terkaku. Bau perfume ini.. dia mengangkat wajahnya.
Makin galak air matanya mengalir.
" Izinkan saya.. " Suara lembut Faizal menerjah.
Kemudian dia menyarung sebentuk cincin ke jari manis Hani.
" Awak.. " Hani tersenyum namun air matanya turut mengalir.
" Ye saya. " Sahut Faizal sambil mengelap air mata Hani dengan ibu jarinya.
" Janganlah buat drama air mata. Salam suami tu. " Mencelah Arina.
Hani mencium tangan Faizal.
Tangan kanan masih dipegang oleh Hani manakala tangan kirinya menyentuh kepala isterinya.
Terasa bibir milik Faizal menyentuh lembut dahinya. Mata Hani terpejam rapat sambil menikmati saat-saat ini.
' Semoga detik-detik ini terhenti buat seketika. '
Tbc
YOU ARE READING
7 HARI DENGAN DIA
Roman pour Adolescents[COMPLETED] Apabila dua insan bersua muka. Disaat itu salah satu daripada mereka jatuh cinta. Ya. Cinta Pandang Pertama. " Aku rasa aku dah jumpa jodoh aku . " - Nur Hani " Ah kau! Semua mamat hensem kau cakap jodoh kau . " - Nurul Arina Maka be...