Hani membuka mata perlahan-lahan. Dipandang sekeliling sebelum matanya terhenti disisi katil hospital.
Dia tertidur sambil menongkat dagu. Comel. Bibirnya mula mengukir senyuman.
Akibat terlalu asyik merenung wajah milik si dia tanpa Hani sedar doktor Faizal menegurnya.
" Best ke scan muka saya? " Tegur Faizal.
Hani berdehem bagi menghilangkan rasa gugup.
" Ma.. mana ada. " Nafi Hani lalu mempalingkan wajahnya.
" Dah okey? Sakit lagi tak perut tu? " Faizal cuba menukar topik.
" Dah okey sikit. Terima kasih tolong saya. " Ucap Hani tanpa memandang wajah Faizal.
" Tak apa. Lain kali jangan skip waktu makan. Nanti kena gastrik." Pesannya.
Hani hanya diam membisu.
" Saya ada belikan bubur. Awak nak makan tak? " Soal Faizal.
" Tak apa. Nanti saya makan. "
" Hani pandang saya. " Suruh Faizal.
Hani hanya berdiam diri.
" Okey. Sekarang kenapa awak macam dingin je dengan saya? Tell me now. "
" Nothing. Just tak ada mood. " Balas Hani.
" Hani.. "
" Mana buburnya doktor? Saya nak makan. " Hani cuba untuk menukar topik.
Faizal mengeluh panjang.
" Biar saya suapkan. "
Sudu yang berisi bubur ayam dihalakan ke mulut Hani.
Hani akur dan membuka mulutnya. Walaupun tekaknya perit untuk menelan makanan tapi digah-gahkan dirinya juga.
Tiba suapan yang ke lima, Hani menggeleng kepala.
" Sikitnya awak makan. "
" I'm done. Tak boleh masuk lagi. " Balas Hani.
" Hm.. sorry susahkan doktor. Saya try call Arina tapi tak dapat so terpaksa minta tolong doktor. " Terang Hani.
" It's okay. Saya tak kisah. "
" Bila saya boleh discharge? " Soal Hani.
" Insyaallah petang ni dah boleh discharge. Nanti saya hantar awak balik. " Terang Faizal.
" Saya tak nak susahkan doktor. Saya tau doktor busy. Saya naik teksi je. " Tolak Hani.
" No means no! Saya hantar awak balik. " Ujar Faizal tegas.
Arina jalan keluar dari hospital. Sesekali matanya mengerling kearah jam tangannya.
" Sayang! " Laung seseorang.
Arina menoleh kebelakang sebelum tersenyum.
" Tak cakap pun nak datang sini. "
Arina tersengih seperti kerang busuk." Lupa nak bagitau. Saya baru lepas melawat housemate saya. " Balas Arina .
" Housemate awak sakit apa? "
" Gastrik. Petang nanti dia dah boleh discharge katanya. " Terang Arina.
Dia hanya mengganguk kepala.
" Busy tak? Kalau tak, jom pergi lunch. "
" Kalau Dr Amin punya pasal saya tak pernah busy. " Arina tersengih-sengih malu.
Angin malam yang dingin dibiarkan menyapa tubuh genitnya.
Hani memeluk tubuh bagi menghilangkan rasa sejuk. Dia berdiri termenung di balkoni biliknya.
" Hani.. " Tegur Umi.
Hani menoleh kebelakang seraya tersenyum.
" Balik rumah Umi muka monyok je. Hani okey ke? " Soal Umi prihatin.
" Tak ada lah Umi. Hani cuma tak sangka yang Hani dah bertunang. " Hani tersenyum tawar.
" Umi pun tak sangka yang anak Umi tak lama lagi nak kahwin. " Balas Umi gembira.
" Kan best kalau arwah ayah ada. Mesti dia happy. " Ujar Hani tanpa sengaja.
Raut wajah Umi bertukar.
" Umi.. sorry. Hani tak bermaksud nak buat Umi sedih. " Hani memeluk erat tubuh Umi.
" Tak ada lah. Umi cuma terkilan. Arwah tak ada bila hari bahagia anak kesayangan dia. " Balas Umi sebak.
Hani mengusap tubuh belakang Umi.
' Bahagia ke aku nanti? ' Getus hatinya.
Tiba-tiba hatinya terdetik rindukan doktor Faizal.
Selepas kejadian dihospital dua minggu lepas, Doktor Faizal tidak muncul lagi dihadapannya.
Apa khabar agaknya ye.. Sihatkah dia?
Entah kenapa susah sangat untuk melupakan Doktor Faizal.
' Saya rindukan awak doktor. '
Dapatkah dia melupakan doktor Faizal sebelum majlis akad nikah yang akan berlangsung sebulan lagi.
' Aku hanya berharap satu keajaiban akan berlaku. ' Getus hatinya.
Tbc
YOU ARE READING
7 HARI DENGAN DIA
Teen Fiction[COMPLETED] Apabila dua insan bersua muka. Disaat itu salah satu daripada mereka jatuh cinta. Ya. Cinta Pandang Pertama. " Aku rasa aku dah jumpa jodoh aku . " - Nur Hani " Ah kau! Semua mamat hensem kau cakap jodoh kau . " - Nurul Arina Maka be...