S e p u l u h

1.5K 96 2
                                    

Tubuh dipeluk dari belakang manakala dagunya mendarat diatas bahu Hani.

" Abang yang rancang ke? " Soal Hani.

Faizal menggeleng kepala sambil tersenyum.

" Kalau tau abang bakal suami saya, tak ada nya tiap-tiap malam menangis sebab terpaksa kahwin dengan orang yang saya tak cinta. " Terang Hani.

" Abang pun tak tau yang sayang bakal isteri abang. " Jujur Faizal.

" Masa ibu bagitau yang dia berkenan dengan anak kawan dia, masa tu abang malas nak fikir banyak. So abang terima je. " Sambung Faizal.

" Saya pun sama. Mungkin dengan cara tu saya boleh lupakan abang. " Balas Hani tanpa berselindung.

Mereka ketawa bersama.

" Memang betul lah, jodoh tak pernah salah alamat. " Ucap Faizal.

Hani hanya tersenyum. Ah, bahagianya!

" Siapa lelaki yang pakai baju sebijik macam abang? "

" Oh, Harith Farhan.. adik abang. "

" Macam tak ada baju lain nak pakai, kan dah salah orang. Membazir air mata je. " Bebel Hani lalu mencebik.

" Buatlah rupa macam tu, cium nanti baru tau. " Usik Faizal.

Hani menutup bibir dengan tapak tangannya.

" Eii pervert! "

Sebulan kemudian..

Majlis resepsi diadakan di hotel secara besar-besaran. Majlis tersebut bertemakan forest and garden.

Faizal nampak segak dengan tuxedo berwarna hitam. Manakala Hani memakai dress kembang berona putih. Tak lupa juga flower crown yang berada diatas kepalanya.

Dengan tangan berpaut pada lengan Faizal, mereka berdua jalan beriringan diatas red carpet menuju ke dalam dewan utama di hotel tersebut.

Lagu A thousand years dimainkan menandakan dua mempelai sudah tiba. Senyuman diwajah mereka tak pernah pudar sepanjang berada diatas pelamin.

Sekeliling dewan hotel itu dipenuhi dengan bunga dan dedaun hidup.

Konsep ini juga direka khas oleh wedding planner yang terkenal.

Tak lupa juga pada Arina dan Amin yang berada disisi dua mempelai sebagai pengapit.

Kini tiba masanya untuk acara memotong kek. Kek dipotong bersama-sama. Kemudian Hani mencubit sedikit kek tersebut lalu menyuap kepada suami tercinta ahaks! Manakala Faizal juga melakukan hal yang sama.

Alunan muzik yang dimainkan oleh seseorang telah berjaya menarik perhatian kesemua tetamu yang hadir.

Suara garau milik Dr Haris Faizal mula menyanyi.

Apa ku rasa
Tak pernah ku duga
Hadir dirimu
Merubah semua

Suara lunak milik Nur Hani mula menyambung nyayian Faizal.

Dan tanpa ku sedari
Kau mengajar diriku
Membawa hidup erti baru

Mereka mula bernyanyi serentak.

Sesungguhnya aku
Telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku
Cintai hanya dirimu

Kerna
Sesungguhnya
Ku sedari
Kau lengkapi diriku
Sesungguhnya aku
Mencintai dirimu
Sesungguhnya

" Sayang.. do you want to know something? " Soal Faizal yang masih diatas pentas.

" What is that honey? " Balas Hani.

" I love you to the moon and never comeback. " Ucap Faizal lalu dahi milik isteri dikucup lama.

" I love you too. " Bisik Hani.

Tepukan gemuruh diberikan oleh para tetamu apabila melihat aksi tersebut.

" Auu so sweet. " Ujar Arina sambil meletakkan tangan dadanya.

" I lagi sweet. " Balas Amin.

" Sweet apa nya. Kaku je. " Kata Arina lalu menjeling tajam.

" Oh kaku ye.. "

Amin berdiri diatas kerusi. Semua yang ada disitu memandang kearah mereka.

" Hey! Turunlah. Jangan buat kerja gila dekat majlis orang. " Tegur Arina.

" Nurul Arina! I want you to be my soul forever and ever!! " Jerit Amin dengan lantang.

Muka Arina mula membahang. Para tetamu mula ketawa lalu bertepuk tangan.
Maka berakhirlah kisah mereka disini.

T A M A T

'' Aku dan kau.. masing-masing mempunyai kekurangan. Dengan ikatan ini, kita dapat melengkapi antara satu sama lain. Kekurangan yang ada itu akan menutup segala cacat cela kita. ''

First shortstory akhirnya telah berjaya disiap dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan. Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca cerita saya yang super merepek ni. Tq again! - Cikl0li


7 HARI DENGAN DIA Where stories live. Discover now