T u j u h

944 75 0
                                    

Matanya merenung kearah lukisan potrait yang dilukis oleh Hani. Lukisan kanvas itu berwajahkan dirinya.

Memang tak dapat dinafikan lagi, lukisan tersebut sangat indah.

Mata doktor Faizal bergerak kearah penjuru bawah lukisan kanvas tersebut. Dia membaca bait-bait coretan disitu.

Orang tanya, anugerah apa paling indah buat saya.
Jawapan saya ialah Dr. Haris Faizal anugerah paling terindah buat saya :) -Nur Hani

Dia tersenyum.

Ya. Misi selama 7 hari itu telah tamat semalam.

Kadang-kala dia terasa sunyi tanpa gelak-tawa Hani disisinya.

Namun apa yang boleh dia lakukan..

Dia sayangkan Hani. Tapi rasa cinta itu belum terbit dihati.

Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Hani pada hari terakhir mereka bertemu.

" Terima kasih untuk 7 hari ini. Saya happy dapat bahagiakan doktor walaupun hanya sekejap. Maafkan saya sekiranya sepanjang perkenalan kita terdapat kata-kata yang mengores perasaan doktor. "

Faizal hanya mampu tersenyum.
Dia tidak dapat berkata apa-apa. Rasa bagai mulutnya dikunci.

" Ini ikhlas daripada saya. Saya buat sendiri. Harap doktor suka. " Hani memberi satu bungkusan sederhana besar kepada Faizal.

" Apa ni? " Soal Faizal setelah menyambut huluran.

" Balik nanti doktor bukak lah. Hadiah ni khas untuk doktor. " Balas Hani dengan ramah.

" Semoga jumpa jodoh yang boleh membahagiakan doktor. Terima kasih hantar saya balik. Saya masuk dulu. Assalamualaikum.. "

Faizal tersedar dari lamunan apabila handphone nya berdering.

Ibu calling..

" Assalamualaikum ibu.. ibu sihat? "

" Sihat Zal.. kamu tengah sibuk ke? " Soal ibu dihujung talian.

" Tak ada lah. Lagipun harini shift Zal malam. "

" Oh.. ibu nak cakap sikit ni. " Beritahu ibu.

" Apa dia? Ibu ni buat Zal suspen je. " Balas Faizal gugup.

" Ibu ada berkenan dengan anak dara kawan ibu. Apa kata Zal kenal-kenal dengan dia dulu. "

"Yelah.. umur kamu pun bukan makin lama makin muda. Tahun depan nak masuk 30 dah. Kahwinlah.. " Pujuk ibu lagi.

" Zal bukan apa buu.. Zal sibuk dengan urusan hospital dan klinik. Tak apa lah. Ibu buat apa yang patut. Insyallah Zal terima pilihan ibu dengan hati terbuka. " Balas Faizal pasrah.

" Betul ye Faizal? " Soal ibu ingin kepastian.

" Ye ibu.. "

" Kalau macam tu kamu jangan risau. Semua benda ibu settle kan. Yang penting kamu datang time akad nikah. " Beritahu ibu.

" Amboii ibu. Tak sabar nampak. Macam ibu pula yang nak kahwin. " Gurau Faizal lalu tergelak.

" Eh kamu ni! Kalau ibu kahwin abah kamu tu ibu nak campak mana. "

Faizal hanya ketawa.

" Eh sudahlah! Melayan kamu nanti tak siap kerja ibu nak mengemas rumah. Ibu letak dulu.. assalamualaikum. "

Hani memandu kereta milik Arina dengan cermat. Dia baru saja habis kelas. Arina pula katanya mahu keluar berdating dengan boyfriend barunya.

' Tak guna! Dah ada boyfriend tak reti nak bercakap. Kita ni tengah bersedih. ' Getus hatinya.

Sedang fokus memandu kereta tiba-tiba sebuah lagu berkumandang dicorong radio.

Tiba part korus, air mata Hani mula mengalir.

Pernah sakit,
tapi tak pernah sesakit ini,
kerna pernah cinta,
tapi tak pernah sedalam ini.
Aku ingin,
semua cinta mu hanya untukku
memang ku tak rela,
kau bagi untuk hati yang lain.

Hani mengetuk stereng kereta dengan kuat.

" Tak guna! Tak guna! Asal aku menangis ni? "

Hani mengelap air matanya dengan kasar.

Tingg!

Handphone nya berbunyi.
Hani segera parking kereta Arina di garaj rumah.

Umi
Umi akan selesaikan semua. Jangan nak tarik balik keputusan tu Hani.

Hani tersenyum. Mungkin dengan cara ini dia dapat melupakan doktor Faizal.

Dahi Hani berkerut-kerut menahan sakit. Perutnya ditekan dengan kuat sambil sebelah tangannya mendail nombor Arina.

" Nombor yang anda dail.. "

Hani menjerit kecil. Sakit perutnya mula menyucuk.

Tiada cara lain..

Dia terpaksa meminta tolong doktor Faizal.

" Hani.. are you there? Hello Hani.. " Panggil Faizal dihujung talian.

" Tolong saya... "

Belum sempat menghabiskan kata-katanya. Hani pengsan tak sedarkan diri.

Tbc

7 HARI DENGAN DIA Where stories live. Discover now