"Eh,Manda!"Kata Haura Ariysha kepada rakan baiknya. Entah kenapa dari tadi senyap sahaja rakan baiknya itu sambil memandang ke satu arah yang dia sendiri pun tidak tahu di mana."Haa,ada apa kau jerit-jerit ni,sakit telinga aku ,tahu tak?"kata Amanda kepada Haura.Dia tidak pasti tujuan rakan baiknya itu,tiba-tiba sahaja mengejutkannya semasa dia sedang leka melihat seseorang.
Orang itu hanyalah jauh beberapa meter daripada tempat duduk mereka.Mereka sekarang berada di kantin untuk mengisi masa rehat dengan menjamu selera. Tetapi bagi Engku Amanda Qaysara, dia lebih suka datang ke kantin untuk melihat seseorang yang sudah lama menjadi perhatiannya.
Sejak beberapa bulan ini, dia selalu memerhatikan orang itu dari jauh. Tidak kira waktu dan tempat, dia pasti akan melihat orang itu selama beberapa ketika jika mereka terserempak atau seseorang itu berada dekat dengan Amanda.
"Amanda! Baguslah tu mengelamun pula, tadi Haura dah terkejutkan kau. Sekarang aku pula."kata Dania Raysha kepada Haura.
Diana juga merupakan kawan baik kepada Amanda.Dia seorang yang selalu memberikan nasihat kepada Amanda dan seorang yang paling baik hati dan lemah lembut berbanding yang lain.Tetapi jika waktu masuk air Diana sudah sampai, dia lah yang paling bising antara mereka semua.
"Eeee, apa korang ni. Asyik nak terkejutkan aku sahaja, cuba cari kerja yang berfaedah sedikit."Amanda geram dengan dua orang rakannya itu. Dari tadi asyik nak mengenakannya sahaja. Dia sebenarnya tahu akan kesalahannya iaitu asyik mengelamun dan tidak fokus dengan mereka.Tetapi cuba lah tegur dia elok-elok sikit, nasib baik dia masih disahkan sihat dan tidak mempunyai sakit jantung.
"Wahai Engku Amanda~,kami ini dari tadi tau buat kerja berfaedah. Bukannya asyik termenung sahaja. "Perli Haura kepada Amanda. Diana juga menganggukkan kepala, tanda dia bersetuju dengan ayat Haura itu.
"Tak kisahlah! Korang dah siap makan kan? Jom masuk kelas. "Kata Amanda lalu bangun daripada tempat duduknya dan berjalan keluar dari kantin tanpa melihat jalan keluar dengan betul.
Akibatnya dia hampir terlanggar dengan seorang lelaki yang sedang berjalan bersama rakan-rakannya. Apabila melihat lelaki itu, dia berasa seperti hendak menyembunyikan diri dalam tanah. Perasaan malu itu satu sebab, keduanya kerana lelaki itu lah yang dia telah perhatikan sejak beberapa bulan lalu. Tanda nama di bahagian baju sekolah lelaki itu diamati.
[TENGKU AMMAR ARYAN]
Ternyata dia tidak silap orang. Lelaki itulah orangnya.
Tetapi entah kenapa, dia masih tidak pergi dari tempat dia berdiri. Dia terpaku kerana melihat jejaka itu."Kau okay tak ni? "Kata Ammar yang pelik akan perempuan yang berdiri tegak di hadapannya ini. Macam roh telah pergi, tetapi jasad masih hidup. Berdiri tetapi tiada sebarang reaksi.
"Ehem.Apa awak cakap tadi?"Bagaikan baru tersedar dia terus bertanya soalan kepada lelaki di depannya ini.
"Aku tanya, kau ini okay ke tak? "Ulang Ammar kepada Amanda.
'Pekak agaknya perempuan ini'kata Ammar dalam hati.
"Oh, saya okay je. Baiklah,saya pergi dulu. Maaf sebab hampir terlanggar awak.Bye! "Kata Amanda dengan satu nafas lalu pergi meninggalkan Ammar yang masih terpinga-pinga.
"What a weird girl."kata Ammar kepada diri sendiri dan mengajak rakan-rakannya pulang ke kelas memandangkan waktu rehat sudah sampai ke penghujungnya.
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
"Aduh, malunya.Kenapalah aku jalan tak tengok depan tadi. "Kata Amanda di dalam tandas. Dia hanya berseorangan memandangkan dua rakannya kehilangan jejak sejak dari tadi. Dia berasa menyesal kerana jalan terburu-buru dan tidak pandang arah yang betul.
"Lagi baik aku keluar dari sini sebelum kena tuduh ponteng kelas."Dia tahu 10 minit selepas waktu perhimpunan dan rehat, pasti akan ada pengawas yang akan meronda bagi memastikan tiada murid yang ponteng kelas.
Semasa perjalanan pulang ke kelas, Amanda tersenyum sendiri. Dia berasa sedikit gembira kerana dapat bertemu dengan dekat dan bercakap sedikit dengan Ammar. Walaupun cuma beberapa patah perkataan, tetapi Amanda masih berasa gembira dengan situasi tadi. Dia berharap bahawa mereka akan bertemu dengan lebih kerap pada masa hadapan.
"I think I've a little crush on you"-Engku Amanda Qaysara.
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
#12102018. By mshatqa 💕
YOU ARE READING
Hati Engkau Aku Rampas Tau! (HEART)
RomanceKehidupan seorang Engku Amanda Qaysara serta rakan-rakannya. [TENGKU AMMAR ARYAN] Nama seorang lelaki yang telah merampas hatinya. Walaupun tidak saling mengenali, Amanda tetap hendak mendekati Ammar kerana dia telah tersuka tanpa sengaja kepad...