Hari-hari selepas peperiksaan bagi Amanda hanyalah hari yang biasa sahaja. Tiada apa yang menarik untuk dilakukan.Kebiasaannya, setiap pagi akan diadakan acara sukan seperti bola sepak dan bola jaring. Manakala, selepas rehat kebanyakan murid tingkatan 3 akan sibuk menolong guru-guru yang memerlukan pertolongan.
Disebabkan sudah habis pembelajaran, maka guru-guru boleh mengharapkan para pelajar tingkatan 3 untuk menolong mereka kerana sebelum ini mereka terlalu sibuk belajar bagi menghadapi peperiksaan.
Amanda, Haura dan Dania sedang berjalan menuju ke kantin kerana waktu rehat sedang berjalan. Tiba-tiba, mereka terdengar seseorang memanggil mereka daripada belakang. Mereka menoleh ke belakang dengan serentak dan ternyata Cikgu Zahra yang memanggil mereka.
"Amanda, Haura dan Dania. Nasib baik saya jumpa kamu bertiga. Daripada pagi tadi saya cari kamu bertiga, tahu tak? "Kata Cikgu Zahra kepada mereka bertiga.
Mereka pelik dengan ayat Cikgu Zahra itu. Kerana dari pagi tadi mereka hanya berada di gelanggang bola jaring untuk menyertai acara sukan. Maka, mereka hairan kenapa guru bahasa Melayu itu tidak menjumpai mereka.
"Em, cikgu maaflah. Kami tak tahu pulak yang cikgu cari kami. Kenapa cikgu nak jumpa kami, ya? "Kata Amanda sebagai wakil kepada mereka bertiga. Haura dan Dania hanya senyap mendengar perbualan itu.
"Macam ni, kamu tahu kan nanti ada majlis persaraan pengetua. "Kata Cikgu Zahra.Kemudian, mereka bertiga menganggukkan kepala tanda bahawa mereka tahu majlis itu akan diadakan.
"Jadi, saya nak minta tolong kamu bertiga untuk tolong saya dan cikgu lain, menghias pentas dan dewan. " Sambung Cikgu Zahra. Dia tahu yang mereka bertiga tidak kisah dan akan menolong dia.
"Ooo, itu ke. Boleh je cikgu. Cikgu boleh harapkan kami. Cikgu cakap je bila, nanti kami datang."Kata Amanda.
'Itu je ke. Senang je. Ingatkan cikgu suruh buat apa tadi.'
Bisik hati Amanda."Baguslah macam tu. Nanti hari Rabu datang ke dewan terbuka lepas rehat eh. "Kata Cikgu Zahra.
"Baiklah cikgu. Nanti kami datang. "Kata Haura.
"Hahh lagi satu. Saya nak cakap dengan awak Amanda. Nanti masa majlis, awak dengan Tengku Ammar daripada tingkatan 4 akan melakukan persembahan bersama-sama. Kamu berdua kena menyanyi. "Kata Cikgu Zahra.
Ketiga-tiga mereka terkejut terutamanya Amanda. Tidak sangka yang dia akan menyanyi bersama-sama Ammar.
"Be-betul ke cikgu cakap ni. Cikgu janganlah melawak. Tak kelakar tau"Kata Amanda kepada Cikgu Zahra. Tergagap-gagap Amanda bercakap. Tidak tahu kenapa dia yang terpilih untuk melakukan persembahan.
"Betul lah Amanda. Ada nampak muka saya macam melawak ke? "Kata Cikgu Zahra.
"Tapi cikgu, kenapa saya? Kenapa tak orang lain? " Tanya Amanda.
"Sebabnya saya dengar suara awak sedap. Cikgu-cikgu yang lain pun bersetuju apabila saya mencadangkan awak untuk menyanyi. Awak buat eh. Saya harap sangat awak setuju. "Kata Cikgu Zahra sekaligus memujuk Amanda.
'Aduh. Nak terima ke tak? Malunya... Kenapalah mesti aku. Dan kenapa lah mesti Ammar jadi pasangan duet aku. Terima ke tak? 'Monolog Amanda. Dia berfikir tentang permintaan Cikgu Zahra.
"Emm. Baiklah cikgu. Saya akan buat persembahan itu. "Kata Amanda dengan hati yang separuh rela.
"Alhamdulillah. Terima kasih tolong cikgu. Nanti saya cakap dekat Ammar. Lepas itu, awak berdua berlatih bersama-sama di bilik muzik, ya? Jangan risau ada murid lain juga."Kata Cikgu Zahra dengan senang hati.
YOU ARE READING
Hati Engkau Aku Rampas Tau! (HEART)
RomantikKehidupan seorang Engku Amanda Qaysara serta rakan-rakannya. [TENGKU AMMAR ARYAN] Nama seorang lelaki yang telah merampas hatinya. Walaupun tidak saling mengenali, Amanda tetap hendak mendekati Ammar kerana dia telah tersuka tanpa sengaja kepad...