HEART💜~Chapter 6️⃣

11 1 0
                                    


Seminggu sebelum keluar keputusan adalah hari-hari yang membahagiakan buat Amanda. Kenangan bersama orang yang diminati susah untuk dilupakan.

"Amanda! Turun bawah kejap!" Jerit Engku Amelia dari tingkat bawah.

"Ya Ma! Manda tengah turun ni."Kata Amanda sambil berlari menuruni tangga secara tergesa-gesa .

Amanda duduk berhadapan Mamanya.

"Mama nak cakap,yang esok Mama dengan Papa kena 'outstation' dekat Sabah.Jadi,Mama nak tanya Amanda. Amanda nak ikut ke tak?"Soal Engku Amelia dengan penerangannya.

"Sabah? Bestnya....Nak ikut. Nak ikut"Jawab Amanda dengan muka terujanya.

"Hahh Bagus.bagus.Jadinya,kita pergi berempat lah nya!"Kata Engku Amelia.

"Eh? Berempat? Siapa lagi seorang Ma?" Tanya Amanda dengan muka tertanya.

Tiba-tiba, loceng rumah kedengaran.

"Hah. Dah sampai pun orangnya. Amanda pergilah tengok siapa kat luar tu. Orang tu lah orang yang keempat." Kata Engku Amelia dengan muka terujanya.

"Apa-apa saja lah Mama ni."Kata Amanda sambil berjalan ke arah pintu rumah.

Amanda membuka pintu lalu melihat gerangan yang disebutkan oleh Mamanya.

'Jap! Asal belakang badan ni macam kenal eh? Macam badan Amm... What!'Bisik hati Amanda dengan ke'blur'annya yang terserlah.

'Eh jap! Aku tak pakai tudung lah!'Ditutup semula pintu itu secara tiba-tiba lalu Amanda naik untuk memakai tudung.

'Aik, asal pintu ni tertutup. Aku rasa aku dengar pintu buka tadi.'Ammar menghadap arah yang berlawanan dari pintu mengakibatkan dia tidak perasan Amanda yang tidak bertudung.

Amanda menuruni tangga lalu bersedia untuk membuka pintu itu.

"Bismillah.. "

"Err, hai. Jemputlah masuk." Kata Amanda sambil meluaskan bukaan pintu itu.

"Terima kasih, saya masuk ye. By the way,
Assalamualaikum" Kata Ammar sambil jalan meninggalkan Amanda yang masih terkejut di pintu.

'Aishh, kenapa dia pula yang ikut ni. Tak ada orang lain ke.. Ni mesti kerja Mama dengan Papa ni' Tepuk dahi Amanda apabila baru menyedari agenda sebenar di sebalik 'outstation' ini.

Amanda menutup pintu lalu melangkah ke ruang tamu.
Dia melihat Ammar dan Mamanya yang sedang berbual.

Dia duduk bersebelahan dengan Mamanya.

"Haa Ammar, dah alang-alang kat sini. Mari la makan tengahari sama-sama. Aunty masak tau." Kata Engku Amelia.

"Jom kita pergi meja makan!" Kata Engku Amelia lalu melangkah pergi diikuti Ammar dan Amanda.

Mereka memulakan sesi menjamu selera dengan iringan doa dari Ammar.

'Uishh crush bacakan doa makan. Heeeee'Kata Amanda dalam hati.

Di meja makan itu hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu yang berlaga antara satu sama lain. Semua orang fokus dengan makanan di depan mata.

"Emm, apa kata lepas ni Ammar dengan Amanda keluar pergi keluar cari barang-barang untuk esok. Cari lah barang apa-apa yang patut." Kata Engku Amelia secara tiba-tiba semasa mereka sedang fokus menjamu selera.

"Ammar tumpangkan Amanda ye. Aunty ada kerja sikit nak buat lepas ni. Boleh kan, Ammar?"Sambung Engku Amelia membuatkan Amanda tersedak semasa minum air.

"Uhuk uhuk."

'Aduu kenapa la Mama suruh keluar pula ngan Mamat ni. Mama ni sengaja tau' Bisik hati Amanda sambil mengurut dadanya yang sakit kerana tersedak air.

"Amanda, awak okey ke ni?" Tanya Ammar.

"Ehem, okey je." Jawab Amanda dengan senyuman kecil. Suka apabila crush seorang yang 'caring' terhadap dirinya.

"Baguslah macam tu. Lepas makan,Manda naik bersiap. Then, keluar dengan Ammar ye..."

"Baik Mamaku~~"Kata Amanda mengiyakan ayat Engku Amelia.

         💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

Setibanya di tempat membeli-belah, kami pun masuk dan mula meneroka tempat tersebut.Dari dalam kereta lagi, tiada pun perkataan yang keluar dari mulut masing-masing. Suasana yang hambar dan 'awkward' berlaku antara mereka berdua.

"Okey, sekarang kita nak masuk kedai mana dulu?" Tanya Ammar, akhirnya memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Erm, tak tahu la. Saya pun sebenarnya baru tahu tentang outstation ni."Kata Amanda sambil melihat kedai-kedai di sekelilingnya.

"Laa, iya ke? Saya dah tahu dari minggu lepas tau! Awak ni biar betul?"Kata Ammar sambil memeluk tubuh. Sengaja mahu menguji Amanda.

'Eh eh dia ni kang... Siapa anak Mama Papa sekarang ni? Dia ke aku?' Getus Amanda tidak puas hati.

"Erm eh tak la. Sebenarnya dah lama dah saya tahu tapi lupa pula. Sebab itu macam terkejut sikit."

"Jom la masuk kedai tu!" Sambung Amanda sambil menunjuk ke satu arah. Amanda juga berjalan laju ke arah kedai tersebut bagi menukar topik perbualan mereka.

"Amanda,Amanda. Comel je." Kata Ammar dengan gelengan kepala dan senyuman nipis. Dia pun mengikuti langkah Amanda.

Setelah beberapa kedai dimasuki dan diterokai oleh mereka, mereka pun berehat sebentar di kedai aiskrim di tempat itu.

"Erm, awak! Terima kasih tau teman saya hari ni."Ucap Amanda kepada Ammar.

"Sama-sama. Nak tanya boleh?"

"Tanya apa?"

"Awak memang suka aiskrim 'cookies and cream' ke?"

"Ouh ingatkan nak tanya apa tadi. Haah, saya memang suka aiskrim ni sebab saya ni peminat oreo tau!"

"Ouhh ye ke. Okey."Balas Ammar pendek.

'Lah,itu je.'

Keadaan menjadi 'krik krik' buat seketika. Masing-masing tidak tahu untuk berkata apa lagi.

"Erm okey lah,jom kita balik lah." kata Amanda sambil bangun daripada duduknya.

"Jom!"
           💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

Kereta Ammar sampai di depan rumah Amanda. Amanda melangkah keluar daripada kereta manakala Ammar menurunkan tingkap keretanya sedikit.

"Erm okey la. Awak balik hati-hati tau! Esok kita jumpa,kay!" kata Amanda dengan senyuman di bibir.

"Baik captain!" kata Ammar lalu mereka berdua ketawa serentak.

"Bye!" kata Amanda lalu melangkah menuju ke pagar rumah.

Namun, Ammar memanggil Amanda lalu Amanda memandang semula ke arah kereta Ammar.

"Awak..... Saya suka awak! Bye!" kata Ammar lalu terus memecut pergi dari rumah itu.

"Ehhhh, Ammar!"

"Apa yang dia cakap tadi eh? Dahlah cakap laju tak ada noktah, lepas tu pecut macam kena kejar anjing. Haishhh" bebel Amanda lalu masuk ke rumah.

'Saya rasa saya suka awak lah, Tengku Ammar Aryan'bisik hati kecil Amanda sambil melihat langit yang semakin menggelap.

💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

"I think I've a little crush on you. "-Engku Amanda Qaysara

#31102020.                                                             By mshatqa💕


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 31, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hati Engkau Aku Rampas Tau! (HEART)Where stories live. Discover now