HEART💜~Chapter 1️⃣

54 5 1
                                    


Beberapa minggu sudah berlalu sejak kejadian yang memalukan atau boleh dikatakan membahagiakan bagi Amanda. Dia masih melalui minggu-minggu persekolahan yang sangat sibuk kerana peperiksaan penting yang akan dihadapi oleh Amanda serta para pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia. Dia sangat gementar dan takut untuk menghadapi ujian tersebut kerana dia amat mahu mencapai cita-citanya sejak daripada kecil lagi.

Ketika ini, para pelajar sekolah itu sedang berkumpul di dewan untuk menjalani perhimpunan harian setiap pagi.Dan kelihatan Cikgu Sara sedang berada di hadapan dewan untuk menyampaikan beberapa pesanan.

"Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pelajar. Saya ada satu pengumuman yang menggembirakan untuk kamu semua pada pagi yang indah ini iaitu pihak sekolah akan mengadakan Kem Bina Jati Diri pada minggu hadapan di Damai Resorts And Spa, Melaka. Kem ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan diri murid-murid serta dapat mencungkil kemahiran yang terpendam dalam diri kalian"kata Cikgu Sara sambil memerhati karenah pelajar -pelajar dihadapannya.Ada yang gembira, ada yang sedang merungut dan ada juga yang buat endah tidak endah dan dengan pengumumannya.Dia lalu menyambung ayatnya.

"Kem ini wajib dihadiri oleh para pelajar tingkatan 3,4 dan 5.Dan yuran yang perlu dibayar hanyalah sebanyak RM30 seorang.Sesiapa yang tidak dapat pergi kem ini mestilah membuat surat rasmi dengan sebab yang munasabah.Sekian, terima kasih. Para pelajar boleh bangun dan bergerak ke kelas masing-masing. " Cikgu Sara bergerak keluar daripada dewan diikuti pelajar-pelajar sekolah itu.

"Korang nak pergi tak kem ini? "Tanya Dania kepada Amanda dan Haura. Mereka sedang berjalan beriringan masuk ke kelas mereka.

"Mestilah pergi. Cikgu kata wajib kan. "Jawab Haura sambil melangkah masuk ke dalam kelas.

"Eh, betul juga. Manda! Kau okey tak ni? Kenapa senyap sahaja ini?"Kata Dania kepada Haura yang sedang lihat keluar tingkap. Almaklumlah dia duduk di tepi tingkap. Segala perbuatan orang di luar pasti dia akan lihat.

"Aku okay lah. Tak tahu nak cakap apa. "Kata Amanda kepada mereka. Sebenarnya dari tadi, dia melihat keluar tingkap kerana melihat Ammar. Ammar dan rakan-rakannya sedang masuk ke perpustakaan yang berhadapan dengan kelas Amanda. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia sangat susah untuk melihat Ammar di sekolah ini.Dia juga hampir membuat kesimpulan bahawa Ammar telah berpindah.Dan ternyata salah kerana dia telah terpandang Ammar sejak di dalam dewan sebentar tadi.

Tiba-tiba, ketua kelas mereka memberitahu bahawa mereka perlu pergi ke perpustakaan pada waktu subjek yang pertama iaitu sekarang. Mereka membawa beberapa buku yang diperlukan dan jalan beriringan ke perpustakaan.

Setelah mereka melangkah masuk, kelihatan murid -murid daripada kelas Ammar sedang duduk di meja masing-masing sambil menulis nota yang diberikan oleh Cikgu Zahra. Mata Amanda sempat menangkap figura Ammar yang duduk di hujung perpustakaan. Dia sedang tekun menulis nota di mejanya.

Amanda,Haura dan Dania bergerak mencari tempat kosong di dalam perpustakaan. Mereka duduk di bahagian yang paling jauh dengan rak untuk mendapatkan sedikit privasi.

Guru mereka telah menyuruh agar mencari tiga buah buku yang berkaitan dengan tajuk pelajaran mereka pada hari itu.Amanda bergerak ke rak buku untuk mencari buku seorang diri. Haura dan Dania pula sedang sibuk membelek buku rujukan yang dibawa dari rumah mereka.

"Hmm, buku mana eh nak ambil."Kata Amanda sendirian sambil memeriksa beberapa buah buku. Dia mahu memastikan buku yang diambilnya mempunyai maklumat yang lengkap. Oleh itu, dia tidak perlu berulang-alik dari tempat duduknya ke rak untuk mencari buku.

Tiba-tiba, entah kenapa matanya tertarik akan satu arah di hadapannya. Ternyata Ammar juga sedang mencari buku di rak. Amanda memerhati insan yang telah mendapat perhatiannya sejak beberapa bulan ini.

Sebenarnya, selama ini Amanda tidak pernah menyedari kewujudan Ammar di sekolah itu. Dia hanya mendengar kata-kata rakannya tentang Ammar, tetapi dia tidak pernah melihat muka sebenar Tengku Ammar Aryan.Amanda sering tertanya akan lelaki yang tidak terlalu terkenal ini.

Dia mula tahu akan lelaki itu apabila suatu hari, dia terdetik untuk bertanya Haura akan wajah Ammar. Haura menunjuk gambar Ammar di dalam majalah sekolah tahun lepas.Pada mulanya Amanda hanya mengiyakan Haura dan tidak kisah akan Ammar.

Dia mula suka pada Ammar pula apabila dia telah melakukan aktiviti kokurikulum di sekolah dan Ammar adalah rakan sepasukan Amanda semasa aktiviti. Amanda memerhati perbuatan Ammar yang sangat menunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin.

Entah kenapa juga semasa membuat aktiviti tersebut, Amanda tidak berasa kekok dengan Ammar yang menjadi ketua kumpulan. Amanda menjalani aktiviti dengan senang hati seperti sudah lama berkenalan dengan Ammar dan ahli-ahli kumpulannya yang lain.

Dalam Amanda memerhati Ammar yang jaraknya hanya satu rak memisahkan mereka, Amanda perasan akan Ammar yang menyedari seperti ada orang yang sedang memerhatikannya.

Ammar menghalakan pandangan ke hadapan dan serta merta Amanda menundukkan sedikit kepalanya.

"Aduh, macam mana boleh terlama pula tengok dia. Harap dia tak perasan lah."Kata Amanda sambil menaikkan kepalanya kembali.

Ammar sudah tiada di situ. Amanda mengeluh lega kerana menganggap bahawa Ammar tidak perasan akan dirinya. Tiba-tiba,Haura dan Dania menyergah Amanda daripada belakang.

"Wargh! "Sergah mereka secara serentak.

"Oh mak kau! "Latah Amanda lalu berpusing ke belakang melihat insan-insan yang sedang seronok mengetawakan dia.

"Hahahaha.Amanda melatah lah kawan-kawan. Oh mak kau! "Kata Haura sambil menyindir Amanda dengan mengikut ayat latah Amanda.

"Eeeee. Apa kau orang ni! "Kata Amanda dengan perasaan geram. Tak habis-habis nak mengejutkan Amanda.

"Kita orang ni datang sebab nak cari kau. Daripada tadi menghilang cari buku tapi tak balik-balik. "Kata Dania setelah berhenti ketawa. Dia masih ingat akan reaksi latah Amanda apabila mereka menyergah Amanda tadi.

"Oh ya ke? Lama sangat ke aku pergi? "Kata Amanda sambil menggaru kepalanya. Dia tidak perasaan akan masa kerana sibuk melihat Ammar.

"Lamalah juga. Kau buat apa sebenarnya ini? "Jawab Haura sambil bertanya semula soalan kepada Amanda.

"Aku cari buku lah. Dah lah jom pergi ke meja balik. Nanti cikgu marah pula lama-lama cari buku. "Kata Amanda sambil membawa buku yang dijumpainya lalu jalan mendahului Haura dan Dania.

Haura hanya berbalas isyarat dengan Dania bertanyakan keadaan Amanda. Tetapi hanya angkat bahu sahaja yang diterima antara satu sama lain. Mereka pun berlalu pergi untuk menyambung semula kerja yang tergendala sebentar tadi.

💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

"I think I've a little crush on you"~Engku Amanda Qaysara

#15102018. By mshatqa💕

Hati Engkau Aku Rampas Tau! (HEART)Where stories live. Discover now