Minggu peperiksaan yang ditunggu sudah dekat.Hari-hari seorang Amanda teramat sibuk kerana membuat latihan dan ulangkaji.Pada setiap malam Amanda akan mengulang kaji pelajaran di balkoni biliknya. Walaupun di luar agak sejuk, Amanda pasti akan belajar di situ. Balkoni biliknya menjadi tempat kegemaran di dalam rumah itu kerana tenang dan damai serta mempunyai pemandangan hutan yang sejuk mata memandang."Argh!Penatnya. "Kata Amanda sambil meregangkan otot-ototnya yang lenguh. Sudah sejam Amanda mengulang kaji di balkoni itu.
Buku latihan Matematiknya ditutup lalu mengambil buku nota berwarna ungu miliknya. Segala perkara yang perlu dicatat akan Amanda tulis dalam buku itu.
Amanda tiba-tiba teringat akan Ammar. Dia pun tidak tahu bagaimana dia boleh berminat dengan lelaki itu. Walhal,Ammar pun bukanlah murid yang terkenal dan paling kacak di sekolahnya tetapi Amanda boleh tertarik dengan lelaki itu.
Tanpa disedari, tangan Amanda sedang menulis nama Tengku Ammar dalam buku notanya lalu melukiskan bentuk hati di sekelilingnya. Amanda hanya tersenyum dengan perkara yang dilakukannya.
"Amanda! Dah lah tu belajar. Masuklah dalam. Dah lewat ini. Esok boleh sambung ulang kaji lagi. "Tegur Engku Amelia di belakang. Sebenarnya sejak dari tadi dia dah berdiri di belakang Amanda. Tetapi dia hanya diam melihat perilaku anak perempuannya itu.
Teguran Engku Amelia mengejutkan Amanda.Dia terus menutup buku nota di hadapannya. Bila Mamanya boleh berada di belakangnya pun dia tidak tahu.Dia berharap agar Mama tidak melihat tulisan yang dibuatnya sebentar tadi.
"Ah uhm, ya lah Amanda masuk bilik sekarang. "Kata Amanda sambil tangannya mengemas meja taman di balkoninya itu.
Setelah selesai mengemas, Amanda masuk ke dalam biliknya dan bersedia untuk tidur.Amanda sempat mengucapkan selamat malam dan salam kepada Mamanya sebelum baring di atas katil.
'Good night world. Good night Tengku Ammar Aryan' Bisik Amanda lalu menutup matanya. Dia berharap agar mendapat mimpi yang gembira malam ini.
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
"Papa, doakan Sara dapat jawab periksa tau! "Kata Amanda kepada Papanya sambil menyalam tangan lelaki berumur 30-an itu. Ketika ini, dia berada di dalam kereta dan akan memulakan hari pertama peperiksaan PT3.
"Insyaallah, Papa selalu doakan anak Papa ni. Semoga dapat jawab dengan tenang dan lancar, ya Sara. "Kata Tengku Amer kepada anak bongsunya itu.
Amanda keluar daripada kereta dan masuk ke dalam kawasan sekolah. Kawasan sekolah yang hening dan sejuk membuatkan Amanda jalan sambil menutup matanya kerana ingin menikmati pagi yang indah.
Pelajar lain juga tidak ramai kerana Amanda sengaja datang awal ke sekolah bagi membuat sedikit lagi ulang kaji buat kali terakhir sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Apabila sudah tiba di dewan terbuka, Amanda mula duduk bersila dan membuka buku rujukan.Semakin ramai murid yang tiba ke sekolah semasa Amanda fokus membaca buku. Setelah 20 minit berlalu, Amanda menghalakan pandangan ke hadapan kerana guru yang bertugas sudah mula memberi arahan.
Cikgu Azhar menyuruh kami membuat barisan mengikut angka giliran sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan.Laungan azan juga turut dilaungkan agar perjalanan menghadapi peperiksaan akan lancar dan mendapat berkat daripada-Nya.
Kami mula melangkah seorang demi seorang ke dalam dewan.
Entah kenapa mata Amanda menangkap kelibat Ammar bersama rakan-rakannya di tepi dewan terbuka itu. Apabila melihat muka Ammar, Amanda dapat mengecam gerak mulut Ammar yang bermaksud 'Goodluck', dan ucapan itu diberikan kepada Amanda.
Amanda tersenyum kecil lalu memalingkan muka semula ke hadapan. Hatinya berbunga-bunga apabila menerima ucapan sebegitu daripada Ammar.Amanda menjadi lebih bersemangat untuk menjawab peperiksaan itu.
'Thank you very much, Tengku Ammar.'Monolog Amanda dalam hatinya.
Amanda masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat duduk yang telah disusun pada minggu lepas. Ketua pengawas mula mengagihkan kertas soalan dan Amanda hanya duduk diam di meja nya. Pelbagai perasaan yang dirasakannya ketika ini. Yakin, takut dan gelabah mula bercampur di dalam diri Amanda.
"Calon boleh mula menjawab peperiksaan sekarang. Semoga dapat menjawab kertas ini dengan tenang dan lancar."kata Ketua pengawas yang berada di hadapan dewan.
'Bismillahirrahmannirrahim' Ucap Amanda dan mula menjawab kertas peperiksaan.
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
"Masa menjawab telah pun tamat. Para pengawas boleh mula mengutip kertas. "Kata ketua pengawas melalui mikrofon.
Amanda memberikan kertas soalannya kepada pengawas bertugas yang berhampiran.Atau dengan lebih spesifiknya kertas soalan terakhir yang dia telah hadapi.
Amanda mengucap syukur di dalam hati kerana dapat menempuhi peperiksaan ini dengan tenang dan lancar.
Amanda gembira kerana hari itu adalah hari terakhir peperiksaan bagi murid-murid tingkatan 3. Selepas ini, hanyalah perlu menunggu keputusan peperiksaan dalam beberapa bulan dari sekarang.
"Tahniah kepada para pelajar yang dapat menghabiskan peperiksaan dalam beberapa hari ini. Moga keputusan yang diperoleh kelak adalah keputusan yang dapat membanggakan ibu bapa dan para guru anda. Para pelajar boleh bangun dan keluar daripada dewan ini. Terima kasih. "Kata ketua pengawas lalu murid-murid mula keluar daripada dewan dalam satu barisan.
Sampai sahaja di dewan terbuka, Amanda terus meluru ke Haura dan Dania. Mereka saling berpelukan dan bersorak kecil kerana gembira dengan berakhirnya peperiksaan PT3.
"Yeahhh, dah habis periksa. Lepas ini dah boleh bersuka ria. Main telefon,tidur lambat,tengok drama.Yeahhh." Kata Haura sambil mengangkat tangannya yang menunjukkan dia sangat gembira.
"Amboi Haura~ Suka eh kau. Ingat, kita belum dapat keputusan lagi tau. Tapi, Alhamdulillah kan kita dah habis periksa. "Ucap Dania kepada Haura lalu tersenyum suka.
"Betul kata Dania tu. Kita kena lah kawal aktiviti kita. Walaupun dah habis periksaan, jangan lupa tahun depan nak masuk tingkatan 4 .Lepas itu tingkatan 5, lagilah peperiksaan yang besar tau. " Kata Amanda menyokong ayat Dania.
"Yalah Ustazah Amanda dan Ustazah Dania. Akan ku ingati segala kata-kata kalian. "Perli Haura dengan ayat skemanya.
"Aku nak gembira sikit, pun tak boleh korang ni. Dah lah, jom balik. Dah tak ada orang dah kat sini. "Sambung Haura lalu menyandang beg sekolahnya dan jalan mendahului Amanda dan Dania.
Amanda dan Dania tergelak dengan telatah Haura. Mereka juga ber'high five' sesama sendiri. Niat mereka hanyalah ingin mengusik Haura. Mereka tahu reaksi begitu lah yang Haura akan tunjuk setelah keluar dari dewan. Sebab itu, mereka sudah merancang dari awal lagi.
"Kelakar lah aku tengok muka Haura tadi. Tak pasal-pasal kena ceramah dengan kita." Kata Dania lalu sambung gelak.
"Betul tu. Itu lah suka sangat. Kan dah kena ceramah. " Balas Amanda juga.
"Hah! Baguslah tu kenakan aku. Malaslah nak layan korang. Merajuk ah gini."Sergah Haura kepada mereka berdua lalu jalan keluar dengan tergesa-gesa.
"Alamak. Habislah kita,Dania. Nak kena pujuk Haura pula.Dah lah, jom gerak. Kalau tak, mesti lagi marah Haura tu. "Kata Amanda lalu mengangkat begnya dan berjalan keluar bersama Dania.
'Now, life has to continue' Bisik Amanda kepada diri sendiri.
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
"I think I've a little crush on you. "-Engku Amanda Qaysara
#23112018. By mshatqa💕
YOU ARE READING
Hati Engkau Aku Rampas Tau! (HEART)
RomanceKehidupan seorang Engku Amanda Qaysara serta rakan-rakannya. [TENGKU AMMAR ARYAN] Nama seorang lelaki yang telah merampas hatinya. Walaupun tidak saling mengenali, Amanda tetap hendak mendekati Ammar kerana dia telah tersuka tanpa sengaja kepad...