HEART💜~Chapter 5️⃣

36 4 9
                                    


Keesokan harinya, Amanda pergi ke bilik muzik untuk berjumpa Tengku Ammar. Dia teringat akan situasi yang berlaku sebelum datang ke situ.

Haura dan Dania sibuk mengusiknya semasa dia berdiri untuk pergi ke bilik muzik.Ketika itu, mereka sedang melipat kertas untuk dijadikan hiasan bunga yang akan diletakkan di kain tabir yang berada di atas pentas.

"Eh cik kak! Nak pergi mana pula ni? Tiba-tiba bangun."
Kata Haura. Hairan mengapa rakannya itu tiba-tiba bangun secara mengejut.

"Aku nak pergi bilik muzik ni. Kan nak kena berlatih dengan si Ammar tu. Semalam dia suruh aku pergi bilik muzik. "Jelas Amanda kepada dua orang rakannya.

"Ooo, pergi lah. Eh kejap, semalam? Semalam dia suruh kau pergi bilik muzik? Kenapa kitorang tak tau pun yang kau jumpa dia semalam, eh? "Kata Dania dengan hairan. Setahunya, semalam Amanda sentiasa bersama-sama mereka. Bila masa pula dia pergi jumpa si Ammar itu.

"Eh, haahlah. Betul kata Dania tu. Bila masa kau jumpa dia? Kau ada sorok 'something' ke ni?"Tanya Haura yang juga hairan itu.

"Em em,mana ada. A-aku jumpa dia dekat 'bus stop' semalam. Haa, kan korang dah balik awal. Tinggal aku je kat situ. Dia keluar lambat dan terjumpa aku. Dia pun cakap lah nak jumpa hari ni. " Tipu Amanda.

Kalau boleh dia tak mahu rakan -rakannya tahu bahawa hubungan antara ibu bapa Amanda dan Ammar yang agak rapat kerana tidak mahu mereka asyik mengusik dia.

"Ooo. Macam tu~.Pergi lah. Bye bye. Jaga diri eh. Jangan nakal-nakal tau. Kirim salam kat 'Abang Ammar' kau tu." Usik Haura lalu ketawa melihat muka bengang Amanda.

Dania hanya diam lalu ketawa bersama-sama Haura. Suka mereka melihat muka Amanda yang sedang bengang itu.

"Eeee, apa korang ni.Merepek je.Suka buat aku marah tau! Dah la. Malas layan korang ni. Buat sakit hati je.Aku pergi dulu. Bye! " Geram Amanda lalu melangkah tinggalkan mereka berdua. Bengang dirinya diusik begitu.

'Euu~ Apa abang-abang ni' Bisik hati Amanda semasa menuju ke bilik muzik.

💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

Sampai sahaja Amanda di depan bilik muzik, dia terdengar suara orang sedang bermain alat muzik dan menyanyi dengan harmoni sekali.

Amanda sedang sibuk menghayati nyanyian itu. Dia tertanya milik siapa suara itu.Adakah milik Ammar atau-

"Assalamualaikum cik kak."Ucap Ammar secara tiba-tiba di belakang Amanda membuatkan Amanda terkejut .

"Argh!" Jerit Amanda lalu dahi nya yang licin itu terhantuk dengan pintu yang dia sedang bersandar sambil mendengar nyanyian itu.

Ktak!

"Adoi! Sakitnya. " Kata Amanda sambil menggosok dahinya. Bunyi yang dihasilkan amat lah kuat yang menunjukkan betapa sakitnya dahi Amanda.Rasa macam nak nangis sahaja.

"Alamak.Maaflah. Aku tak ada niat nak buat kau terhantuk. Aku bagi salam je. " Kata Ammar tanda bahawa dia berasa serba salah dengan tindakannya itu.

"Eh awak. Tak apa lah. Sikit je ni. Lagipun salah saya, tak perasan awak dekat belakang ni. Saya ingat awak kat dalam." Kata Amanda sambil masih menggosok dahinya itu.

Tiba-tiba, keluar dua orang lelaki dari dalam bilik muzik itu.Mereka adalah kawan kepada Ammar.

"Eh Mar! Kenapa kau lambat sangat. Kitorang tunggu kau dari tadi tau. Eh jap. Kau dengar tak bunyi macam ada orang ketuk pintu tadi? Kuat gila kot! Sampai terberhenti aktiviti nyanyian kitorang tadi." Kata salah seorang daripada mereka.

Hati Engkau Aku Rampas Tau! (HEART)Where stories live. Discover now