HEART💜~Chapter 2️⃣

41 4 4
                                    


Hari yang ditunggu telah tiba. Kem Bina Jati Diri yang dijalankan di Melaka. Amanda dan murid yang lain bertolak pada awal pagi dan sampai di tempat tersebut pada waktu tengahari.

Sepanjang perjalanan ke destinasi,Amanda hanya senyap memandang ke luar tingkap disebabkan Haura yang duduk disebelahnya tidur sepanjang perjalanan.Sebelum bertolak, Amanda hanya dapat melihat Ammar dari dalam bas yang dinaikinya kerana Ammar dan murid tingkatan 4 yang lain menaiki satu bas manakala murid tingkatan 3 menaiki bas yang lain.

Sekarang para pelajar diminta memasuki bilik asrama dan membersihkan diri masing-masing. Amanda merupakan orang pertama yang siap membersihkan diri jadi dia memberitahu rakan-rakannya yang dia mahu berjalan-jalan di sekitar resort. Dia dapat meninjau kawasan resort yang bersih dan besar. Landskapnya sangat cantik dengan pokok-pokok yang menghijau.

"Bosannya. Kan bagus kalau dapat jumpa Ammar. "Kata Amanda sambil berjalan di sekitar pantai.Laut yang membiru sangat menenangkan minda daripada segala urusan di sekolah.

Tiba-tiba ,Amanda terdengar bunyi orang lelaki sedang bergelak ketawa. Kelihatan Ammar dan 3 orang rakannya sedang berkejaran dan bergurau di pantai.

Amanda hanya tersenyum di tepi pokok melihat Ammar yang seperti kanak-kanak tak matang.Mereka bergelak seperti dunia milik mereka. Ammar jatuh tergolek kerana rakannya menolak dia tetapi Ammar hanya gelak dan itu menunjukkan bahawa dia tidak berasa sakit dengan tolakan itu.

Amanda melihat jamnya yang menunjukkan pukul 1.30 petang. Guru-guru pengiring ada memberitahu bahawa mereka harus berkumpul di dewan pada pukul 2.00 petang.

"Lebih baik aku balik asrama. Dah siap ke belum dua orang itu? Bye Ammar. "Kata Amanda bersendirian dan tersenyum nipis lalu melangkah ke asrama. Ayatnya yang terakhir dilafazkan secara perlahan sahaja agar tiada sesiapa mendengarnya.

💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tingkatan 3,4 dan 5 selama tiga hari kem berlangsung di resort itu.
Amanda mendapat pelbagai pengalaman baharu ,ada yang menggembirakan, ada yang sedih dan ada juga yang manis. Amanda teringat akan aktiviti kayak yang dilakukan oleh mereka.

Haura yang menaiki kayak bersama Amanda sering kali menjerit ketakutan kerana Amanda yang mengusik Haura dengan menggoyangkan kayak itu.

"Argh! Amanda janganlah main-main. Nanti jatuh macam mana. "Kata Haura apabila Amanda asyik mengenakannya.

Tetapi Amanda tidak berhenti mengusik Haura kerana berasa kelakar dengan telatah Haura.

"Apa kau ini! Tak ada apa -apalah. Relaks lah. "Kata Amanda kepada Haura. Dia tidak takut menaiki kayak itu kerana dia boleh berenang jika terjatuh ke dalam laut.Dia terus mengayuh kayak tanpa peduli dengan Haura yang berada dihadapannya.

Manakala Haura seperti orang tidak betul apabila sering menjerit ketakutan dan hampir menangis. Dia tidak tahu berenang, oleh sebab itu dia takut jika kayak itu terbalik dan mereka masuk ke dalam laut.

Diana yang menaiki kayak dengan ahli kumpulannya hanya melihat dari jauh. Dia dan para peserta yang lain hanya tergelak dengan karenah Haura yang ketakutan itu.

💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

Aktiviti yang dilakukan oleh mereka lagi adalah skywalk iaitu laluan berhalangan yang dibina di atas tanah pada pokok-pokok yang tinggi.

Hati Engkau Aku Rampas Tau! (HEART)Where stories live. Discover now