Ji Hyo memarkingkn keretanya di sebelah taman permainan. Dia keluar dari kereta dan berjalan ke arah satu rumah yang dikerumuni penduduk di situ.
Semua busybody nak tengok apa jadi. Ji Hyo melangkah tape polis yang menghalang tempat kejadian.
Seorang polis wanita tabik kepada Ji Hyo. Ji Hyo tabik semula.
"Apa dah jadi semalam?", Ji Hyo menyelak kain hitam yang menutup mayat seorang lelaki.
"Kami dapat laporan tentang kes pergaduhan dengan senjata api yg menyebabkan pembunuhan malam tadi puan", kata polis yg bernama Suzy itu.
"Sapa yang buat laporan?", Ji Hyo memandang Suzy serius.
"Salah sorang penduduk yang tinggal kat taman ni",kata Suzy.
Ji Hyo sekadar mengangguk. Ji Hyo melangkah masuk ke ruang taking rumah itu. Keadaan again teruk. Beberapa kesan tembakan berada di setiap sudut. Sofa,meja,tv malah dinding terdapat kesan tembakan.
Ji Hyo seperti teringat sesuatu. Seo Rin. Dia masih ingat yang dia pernah menghantar Seo Rin pulang dan rumah yang Seo Rin tinggal ialah tempat dia berada sekarang ini.
"Suzy. Saya nak awak cari maklumat tentang owner rumah ni", Ji Hyo melihat satu bingkai gambar.
"Baik puan",Suzy beredar dari situ.
Selepas Suzy beredar, Ji Hyo memandang bingkai gambar itu lama. Sepasang suami isteri dan dua remaja. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Ya, remaja perempuan itu Seo Rin.
'Macam kenal je lelaki tua ni. But, when?', Ji Hyo mula berfikir.
Dia meletak semula bingkai itu Dan menuju ke tingkat 2. Darah yang kering memenuhi lantai.
Ji Hyo memeriksa kawasan di tingkat 2. Agak besar. Beberapa orang pegawai polis mengangkat mayat di situ dan membawa turun. Ji Hyo tidak mengendahkan kerja mereka.
Selepas pegawai pegawai polis itu turun, Ji Hyo meneliti setiap bilik di tingkat 2 itu. Tiada yang mencurigakan kecuali kesan darah, tembakan dan barang yang telah musnah.
'Seo Rin',ucap Ji Hyo dalam hati apabila melihat sebuah bilik yg terdapat nama Seo Rin di muka pintu.
Dia masuk ke dalam. Keadaan yang sama seperti dia melalui bilik yang lain. Kesan darah,kesan tembakan. Tu je.
Pasu yang pecah dia langkah.
DUM!
Bunyi seperti sesuatu jatuh dari bilik yang bertentangan dengan bilik Seo Rin.
Ji Hyo mengeluarkan pistolnya dan berjalan perlahan lahan ke arah bilik itu. Dia tinjau dahulu sebelum masuk.
Perlahan lahan dia menolak pintu itu. Seseorang bermask hitam seperti ingin melarikan diri.
"BERHENTI!",jerit Ji Hyo.
Lelaki itu mengangkat tangan dan toleh memandang Ji Hyo.
Ji Hyo pergi ke arah lelaki itu dengan menghalakan pistol ke arah lelaki itu.
Baru sahaja dia ingin menggari tangan lelaki itu, lelaki itu dengan pantasnya merampas pistol Ji Hyo dan melompat ke arah tingkap bilik itu.
"Woi!"
Baru sahaja dia ingin mengejar lelaki itu, lelaki itu telah hilang dari pandangan.
Ji Hyo menuruni tangga dengan tergesa gesa. Suzy pelik dengan Ji Hyo.
"Kenape puan?", tanya Suzy.
"Awak ada nampak orang yang mencurigakan kt sini?", nafas Ji Hyo turun naik.
YOU ARE READING
Mafia Boys [°bts°] COMPLETED
FanfictionSebuah kumpulan mafia yang digeruni ramai. Identiti sebenar tidak diketahui dan kegiatan mereka yang sukar untuk polis mengesan. Atas perjanjian arwah appa Rapmonster dan appa Jong Suk, mereka perlu menggabungkan dua kumpulan mereka bersama. Per...