37

311 18 0
                                    


   Rapmon masuk ke dalam bilik air. Suga dijelingnya. Dia duduk disebelah Suga pada bangku kecil di dalam tandas itu.

   "Kau dah kenapa? Rindu sangat ke nak jumpa aku?", muka Suga jelas menunjukkan senyuman sinis walaupun terasa rindu dengan kawan nya yang seorang tu.

   "Jong Suk jumpa aku hari tu", ujar Rapmon perlahan.

   Suga menahan reaksi mukanya dari terkejut. Takut banduan yang lain perasan. Warden dengan penjaga tu semua duduk luar. Takkan lah dalam tandas pon nak follow kan?

   "Dia cakap ape?", balas Suga.

   "Dia nak bebaskan kita dari sini. Dengan cara apa, aku tak tau", ujar Rapmon lagi.

   Suga hanya mengangguk perlahan .

   "Kau setuju ke kalau nak keluar dari sini?", soal Suga pula.

   Rapmon tersenyum sinis." Kalau korang nak, aku on je"

   Selang beberapa minit, Jin dan Jhope keluar dari bilik mandi.

   "Meeting apa ni?", Jhope melihat Rapmon sambil mengelap rambutnya

   Rapmon memandang Suga. Bahu Suga ditepuk perlahan.

  "Kau bagitau dorang. Aku nak mandi", Rapmon mengorak langkah ke arah bilik mandi yang kosong.

 






    Jong Suk menjemput seorang peguam lelaki masuk ke dalam pejabat di rumah agamnya

   Peguam bernama Joong Ki melabuh punggung ke atas sofa. Jong Suk pula menghadapnya.

   "Saya dah faham apa yang Encik Lee mahukan. Tapi, menjamin banduan yang ada kes besar bukan senang", ujar Joong Ki yang sudah lama menjadi peguam. Lagi lagi, perlu menyelesaikan kes mahkamah seperti ini. Ini mengambil masa 4 5 bulan baru masalah selesai.

    "Saya tahu. Tapi saya ada jalan penyelesaiannya. Mungkin mudah kerja kita", ujar Jong Suk yakin

   "Apa dia?"

   Jong Suk menerangkan rancangannya yang telah lama dirancang. Tiada satu pon dia lupa. Joong Ki pula dengar dengan teliti dan faham setiap kata Jong Suk.

   Tanpa mereka sedari, Seo Rin dengar segala galanya dari luar. Dia melepaskan keluhan berat. Langkahnya menuju ke bilik. Dia mundar mandir di dalam bilik. Rambutnya dicengkam kuat buat seketika.

   "Takkan tu plan oppa?", Seo Rin bermonolog sendiri.







      Sebiji bola terkena pada muka Jungkook. Jungkook memandang tajam orang yang baling bola tu sampai terkena muka dia.

      Lelaki itu tersenyum sinis. Dia bercekak pinggang. Badan dia serupa Rock, dengan kepala botak membuatkan Jungkook menghembus nafas berat. Malas rasa nya bila dilayan macam hamba abdi lelaki tu.

     "Woi! Bagi aku bola tu", jerit lelaki tu.

     Dengan malasnya, Jungkook menyepak bola itu sehingga terkena pada kaki lelaki tu. Dia tersenyum sini.

     "Kau.. 'Mafia' yang orang takut kan sangat tu ke? Badan macam ni jadi mafia?", lelaki itu senyum mengejek. Nama lelaki Rock tu Wong Xi.

     Wong Xi baru dimasukkan ke penjara 2 tahun lepas. Dia berasal dari China tetapi banyak kali buat kerja haram di Korea. Dia juga dikenali dengan bapak ayam. Polis dapat tangkap dia sebab ada orang yang laporkan kegiatan dan lokasi rahsia Wong.

    Siapa orang tu, tiada siapa tahu. Walaupun tak dapat hidup bebas lagi, Wong mula kuasai budak budak banduan disitu. Kadang kala, polis bertugas pon takut. Tapi dah nama pon kerja, tabah je la.

     Jungkook melihat kiri kanan. Tiada siapa yang berani bertentang mata dengan Wong Xi.

    "Kau cakap dengan aku?", Jungkook menunjuk dirinya. Dah penat rasanya jadi hamba abdi. Lagipun, dia lagi lama duduk dalam penjara dari Wong Xi tu. Baru masuk 2 tahun, dah berlagak Bagus.

    "Dah tu? Takkan aku cakap dengan kawan kau. Sape nama dia? Jimin? Right.. Jimin", Wong Xi ketawa jahat.

    Jungkook terkejut kerana Wong Xi tahu tentang Jimin. Kerana terlalu marah, dia membaling penyapu ditangan macam baling lembing.

    Wong Xi sempat tangkap dari tercucuk pada lehernya.

   V, Suga dan Rapmon menyaksikan segalanya. Tidak mahu merumitkan lagi keadaan.

   Wong Xi mematahkan penyapu itu dengan tangannya. Dibalingnya ke tepi. Jungkook jalan menghampiri Wong Xi.

   "Macam mane perasaan kau? Bila kawan kau mati?"

   "5 tahun dah berlalu.. Ape kau rasa? Sakitkan?", ujar Wong Xi penuh sinis.

   Jungkook ingin menumbuk Wong Xi, tetapi Wong Xi terus mencengkam kolar baju Jungkook.

    V, Suga dan Rapmon berlari ke arah Wong Xi. Terus ditumbuk dan ditendangnya Wong Xi tu. Jungkook terlepas dari cengkaman Wong Xi.

    Jungkook tertunduk. Dia ingin menumbuk Wong Xi tetapi Rapmon menolaknya supaya tidak bertindak.

    "Jungkook dah la!", marah Rapmon

   "Si bangsat ni sebut pasal jimin! Kau dengar kan?!", sekali lagi Jungkook ditolak oleh Rapmon

   "Eh aku tau lah! Kau fikir kalau kau tumbuk dia, dia kalah ke? Kau fikir marah kau ni boleh kembali kan Jimin? Takkan?!!", tengking Rapmon

   Jungkook terdiam. Tak pernah dia rasakan ditengking oleh ketuanya seteruk ni.

   "Dulu orang takut dengan kau. Sekarang tak. Kau kene ingat. Kita dah cuci tangan. Kita nak berubah. Jangan buruk kan lagi keadaan. Tolong lah", kata Rapmon sambil menenangkan diri.

   Jungkook menepis tangan Rapmon yang ingin menepuk bahunya. Dia berlari meninggalkan kawasan itu diekori seorang polis.
  
   Suga mengekorinya dari belakang.






   Jungkook masuk ke dalam tandas. Polis yang mengekorinya tunggu diluar. Suga senyum kelat pada polis itu lalu masuk ke dalam tandas.

   Jungkook membasuh mukanya beberapa kali. Terasa tadi bukan dirinya yang sebenar. Rambutnya yang semakin memanjang diselak kebelakang.

   "Kau jangan marah sangat dengan Rapmon", Suga bersuara.

   Jungkook toleh. Terkejut bila terdengar suara orang. Pili air ditutup.

   "Aku tak marah. Aku penat. Duduk kat dalam ni. Macam sial", balas Jungkook

   "Dah tu? Kau nak keluar? Kalau kau keluar senyap senyap pon, polis akan cari kau jugak. Lagi tak aman hidup kau", balas Suga selamba.

   "Kisah apa aku? Dari tengok muka Wong Xi tu hari hari, nak muntah aku tengok", Jungkook menunjukkan reaksi jijik bila menyebut nama Wong Xi

   "Kau nak tau macam mana Wong Xi masuk sini?"

   Mereka berdua toleh ke arah pintu masuk tandas. Polis yang mengekori Jungkook tadi menutup pintu. Suga dan Jungkook berpandangan.

   Polis itu membuka topinya. Dia mencabut kulit muka palsu pada mukanya.

   "Jong Suk?", gumam mereka berdua terkejut.

Bersambung....

 Mafia Boys [°bts°] COMPLETEDWhere stories live. Discover now