Pertemuan pertama

6.3K 104 4
                                    

🌹BAB 1🌹

"Awak,
hati hati."
laung Adila Naufa kepada Nurin Syarina sedikit nyaring, apabila
melihat Nurin Syarina yang agak degil itu.
Adila Naufa lantas mengejar temannya itu yang sedang melompat dari batu ke batu di kawasan air terjun itu.

"Hahahaha. awak kenapa Adila? Termengah mengah je saya tengok."
ujar Nurin Syarina melihat Adila Naufa yang seakan ibu kehilangan anak. Tercungap dan berpeluh.

"Saya penat la berlari dari atas sana turun ke sini. awak kenapa main lompat lompat tak takut jatuh ke?" Tanya Adila Naufa kepada temannya itu sambil menyinsing lengan bajunya sedikit ke atas.

" Nak takut apa wak. Saya dah biasa la main lompat lompat ni. Saya suka aktiviti lasak. "
Jawab Nurin Syarina sambil tergelak melihat temannya yang seakan mengambil berat terhadap dirinya.

Perkenalan mereka berdua bermula dari Facebook. Kedua dua mengambil keputusan untuk keluar berjumpa setelah dirasakan agak lama berkawan di alam maya.

Adila Naufa seorang gadis yang agak lincah.
beperwatakan agak kasar dan sedikit tomboy, dalam diam mula menaruh hati kepada Nurin Syarina. Namun, temannya itu tidak mengetahui bahawa Adila Naufa ada menaruh perasaan terhadap dirinya. Nurin Syarina hanya beranggapan bahawa Adila Naufa cuma ingin bersahabat dengan nya.

Setelah puas bermain di batu air,
Mereka berdua terus mengambil tempat duduk di atas tikar di balik pokok. Kelihatan nun jauh di sana sebuah keluarga tengah bersantai menikmati udara yang segar dan air yang jernih serta menenangkan setiap mata yang menyaksikan keindahan alam dan pemandangan di situ.

"Syarina, awak nak minum air apa?
cola or strawberry?"
tanya Adila Naufa kepada Nurin Syarina yang sedari tadi termenung memandang ke hujung sana.

"Syarina,"
sekali lagi Adila Naufa memanggil lembut.

"Eh eh. ye apa dia Adila?"
Tanya Nurin Syarina setelah menyedari namanya dipanggil , sambil mengatur kedudukannya yang dari tadi agak membelakangi Adila Naufa.

"haha apalah awak ni. dua kali saya panggil awak tak dengar. awak pekak ke apa? saya tanya, awak nak air mana cola ni ke strawberry? " Adila Naufa tersenyum sambil menahan ketawa melihat temannya terpinga pinga.

"ohhhh! hahaha saya tengah syok usha family kat sana tu tadi. Tu yang saya tak perasan awak panggil."
Jawab Nurin Syarina agak sedikit perlahan.
Ada sendu dihujung suaranya.

"kenapa ni Syarina, awak ok??"
Adila Naufa bertanya dengan raut kebimbangan apabila melihat temannya itu tiba tiba berubah menjadi sayu. Jelas kelihatan pada raut wajahnya.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now