Saya sayangkan awak!

2.3K 54 0
                                    

                             🌹  BAB 14  🌹

"nak mandi sekarang tak? jom.."
Ajak Nurin Syarina sambil menarik tangan Adila Naufa yang sedang kyusuk duduk di sofa biru sedang leka menonton drama korea favourite nya, baru sahaja tengah feel menonton, Adila Naufa terkejut beruk apabila terasa tangannya ditarik. Mujurlah yang menarik tangannya itu ialah Nurin Syarina, teman kesayangannya, teman yang selalu hadir dalam mimpi indahnya, kalau orang lain yang  tidak dikenali, dah lama terbang agaknya kena kungfu panda.

"Jap lagi boleh tak wak. adoii.. belum hadam lagi makanan dalam perut." Balas Adila Naufa sambil menggayakan mimik manja nya dengan memberi alasan yang dirasa agak logik .Tiada yang logik melainkan logik belaka.

"Erm, okay alasan anda diterima. Tapi ingat lima minit je. " Balas Nurin Syarina pula sambil memberi isyarat lima jari. Adila Naufa menggangguk dan tergelak lucu melihat gelagat temannya yang dirasakan sudah mahu bergurau dengannya. Terasa semakin hari semakin rapat jarak antara mereka. Hilang malu segan sebelum ini entah kemana. mungkin benar barangkali tertinggal di dalam poket doktor Kumar Rameshan.

   " Havana oh na na.. half of my heart is in havana na na na.."

Adila Naufa sedikit tersentak apabila mendengar telefonnya berdering indah. Tanpa melihat ke arah skrin telefon, Adila Naufa terus menjawab dan meletakkan di telinga kanannya.

"Hello...." kata suara manja serak serak basah di talian.

"hello, oh adik rupanya, nape dik? Eh lupa Along nak bagitahu, along kat rumah kak Ina ni kat kampung Tanjung Karang. Pagi tadi ayah kak Ina dah boleh balik. Along lupa nak bagitahu adik or mama. maklum la dah tua ni semua benda boleh jadi lupa.
." panjang lebar Adila Naufa menerangkan kepada adiknya, Nur Hani.

"Oh yeke long. Syukur Alhamdulillah dah boleh keluar. ok la kalau macamtu, Lepasni adik gitahu mama papa. nanti kalau along balik, along call adik ea. Ada something yang adik nak kirim along beli. kang bagitahu sekarang, along lupa lagi."
jawab Nur Hani dengan suaranya yang aerak serak basah. Dah macam ratu rock malaysia, Ella.

Usai sahaja menamatkan perbualan di corong telefon, Adila Naufa meletakkan telefonnya semula di atas meja lalu menoleh ke arah Nurin Syarina disebelah yang leka bermain whatsapp. Tampak ceria wajah temannya mengukir senyuman sambil menaip sesuatu. Entah dengan siapa.

"Dah jom mandi".
ajak Adila Naufa ringkas. Entah kenapa tiba tiba sahaja ada rasa cemburu yang menebal pada hatinya apabila melihat temannya yang asyik tersenyum sendirian sambil menaip sesuatu. Dia tahu bukanlah menjadi hak mahupun kuasa dia untuk menghalang, namun dia terlalu menyayangi temannya itu. Dia tidak mahu ada orang lain yang cuba mengambil hati temannya. Namun, dia masih berfikiran waras. setiap makhluk di muka bumi ini ialah milik yg maha Esa. Siapa kita untuk menentukan semua itu.

Cepat cepat Adila Naufa beristigfar dan mengusir segala emosi yang cuba mengganggu hati dan fikirannya.

"Okay jom." Sahut Nurin Syarina bingkas bangun lalu mengajak temannya masuk ke bilik. Encik Iskandar pula masih lena di dalam bilik, setelah makan ubat yang diberikan pihak hospital. Manakala Syafiqa pula sedang melipat pakaian di dalam biliknya, Si kembar comel pula masih nyenyak beradu di dalam buai merah jambu. Adila Naufa dan Nurin Syarina masuk ke dalam bilik bersama sama. Dari tadi kelihatan Nurin Syarina senyum sendirian. Adila Naufa hanya memerhati dengan perasaan yang sukar dimengerti.

Adila Naufa pasrah.....

"Saya sayangkan awak....! "
Adila Naufa menolak perlahan tubuh kecil Nurin Syarina ke atas katil tanpa sedikit perasaan bersalah dan segan. Kini Adila Naufa berada di atas tubuh kecil temannya, Nurin Syarina. Nurin Syarina kaku tergamam dengan tindakan drastik temannya itu. Hanya beberapa inci sahaja jarak antara wajah mereka. Cepat cepat Nurin Syarina memalingkan wajah ke sebelah.
Tidak sanggup rasanya direnung tajam sebegitu oleh sepasang mata bundar milik Adila Naufa.

"Dengar dan pandang sini, saya sayangkan awak. saya suka kan awak sejak kali pertama kita kenal. saya suka semua tentang awak. cara awak, perangai awak. Tapi saya tahu, awak bukanlah sama macam saya. Hati dan perasaan awak bukan untuk perempuan." Luah Adila Naufa bersama sendu sambil menyembamkan wajahnya ke bahu Nurin Syarina yang masih kaku mematungkan diri langsung tidak bergerak sedikitpun. Terasa berdebar diperlakukan begitu. Debaran yang pasti hebat. Belum pernah ada orang yang berani  memperlakukannya sebegitu.

Adila Naufa memeluk erat tubuh Nurin Syarina. Dia ingin membuktikan rasa sayangnya, Dia mahu temannya merasakan ketulusan hatinya saat dan tika itu

"Er..er.... at least nak peluk pun biar la saya mandi dulu."

Adila Naufa yang mendengar jawapan itu, lantas mengangkat wajahnya pantas.

"Bermakna awak tak marah??" soal Adila Naufa laju. Sungguh tidak sangka sama sekali akan jawapan yang lahir dari mulut seorang wanita yamg masih kaku dan kemas dalam dakapannya itu.

Nurin Syarina menggeleng kepalanya. Entah kenapa dia mengeluarkan kata kata itu dia sendiri pun tak tahu. Tiba tiba sahaja.

Adila Naufa perlahan lahan melepaskan pelukannya, seterusnya bangun lalu duduk di birai katil. Nurin Syarina turut bangun perlahan lahan. walaupun malu diperlakukan begitu, namun Nurin Syarina tetap mengawal perasaannya. perasaan diri sendiri yang ternyata sukar untuk ditafsirkan.
Adila Naufa membetulkan rambutnya yang sedikit kusut masai.

Nurin Syarina sempat menjeling manja.
Jelingan Nurin Syarina dibalas dengan jelingan.
Mereka sama sama menjeling. ibarat lagu, 

"menjeling menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang, ku cuba ku cuba nak bertanya, siapa dia kah namanya.."
Ewahhhhh.....

Nurin Syarina mengambil bantal peluknya dan terus membaling tepat ke arah dada temannya. Adila Naufa menyambut lalu tergelak kecil.
Ada senyum yang terukir di bibir Nurin Syarina.
Entah mengapa dia rasa bahagia. Yang pasti rasa berdebar yang kuat dan kencang. Rasa yang pasti belum pernah dirasakannya sebelum ini.

"Awak. betul ke tak marah?" Soal Adila Naufa sekali lagi bagi meyakinkan lagi apa yang telinganya dengar sebentar tadi adakah auta ataupun fakta.
'at least, kalau nak peluk pun, biarlah saya mandi dulu.'
Adila Naufa tersenyum sendirian bila mengingatkan kata kata itu.
kata kata yang sudah semestinya membuatkan dirinya berada di awang awangan. Rasa debaran itu semakin kencang dan hebat.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now