Di rumah Syarina

2.1K 44 0
                                    

                           🌹 Bab  13 🌹

      

"Assalammualaikum............" Nurin Syarina melaung sedikit kuat memberi salam dari luar pintu rumah. Beberapa minit kemudian,
Salam disambut dari dalam, lalu terpacul susuk badan dari arah muka pintu.

  "waalaikumsalam.. Eh ayah, Ina, Adila, dah sampai dah.
masuk masuk. kak Iqa baru tengah masak ni haa. Tak lama lagi siap la."
Jawab Syafiqa yang masih dengan senduk di tangannya.

Adila Naufa tersenyum malu malu kucing. Sambil mengerling kepada temannya yang sudahpun menanggalkan selipar di beranda rumah.

    "Mana Si kembar, senyap sunyi je rumah. " tanya Encik Iskandar sambil turut menanggalkan seliparnya.

"Ada kat dalam buai. tengah tidur yah. kalau dorang tu bangun mahu tak duduk diam tengok korang dah sampai ."
Encik Iskandar yang mendengar tergelak kecil, diikuti Adila Naufa dan juga Nurin Syarina.

Setelah menyalami tangan Syafiqa, Nurin Syarina dan Adila Naufa serta Encik Iskandar mengorak langkah dan kemudian masuk ke dalam rumah.                         

"Adila, jemputla duduk.maaf rumah bersepah sikit tak sempat akak nak kemas, baru nak kemas satu tempat, satu tempat lagi yang berselerak..."
Pelawa Syafiqa mesra supaya teman adiknya itu selesa.

  " Tak pe kak. Saya faham. biasa la tu bebudak. memang meriah kalau  bermain. lagi lagi kalau kembar, memang tak menang tangan dibuatnya.
." Balas  Adila Naufa dengan ramahnya sambil tersenyum manis.

"kan Adila. Meriah sangat. hahahahahaha.." Sahut Syafiqa sambil tergelak besar dan disambut oleh Adila Naufa, sudahnya kedua dua mereka sakan ketawa sehingga hampir lupa akan ikan tenggiri yang digoreng di dapur.

" mak aiii ikan ikan! lupa ada ikan kat dapur, ha kejap Adila, duduk la dulu sembang sembang dengan Ina. Akak nak tengok ikan jap. Tak lama lagi siap boleh la kita makan." Laju Syafiqa berseloroh apabila teringatkan akan ikan ikan yang digorengnya di dapur.

Belum sempat Adila Naufa menjawab. Syafiqa telah pun berlari menuju ke ruang dapur. Lagaknya seperti budak yang mengikuti pertandingan lari pecut 100meter. kalau dibuat pertandingan, sudah pasti juara miliknya.

"Eh awak, jangan hairan kak Iqa memang camtu. Memang kecoh sikit.
awak penat tak? Kalau penat baringla dan kalau ngantuk tidurla dulu." Nurin Syarina bersuara sambil menyanggul kemas rambutnya.

Belum sempat Adila Naufa menyahut, dia kembali menyambung. "Eh , kita tak mandi lagi kan. Ya Allah, macam mana boleh lupa. Awak nak mandi tak? jom mandi, dah tengah hari ni, patut la rasa panas semacam." Tutur  Nurin Syarina lembut.

Adila Naufa dilihat tersipu sipu malu lalu
bermonolog di dalam hati,

tadi suruh baring kalau penat, ni ajak mandi pula, mana satu betul ni.

"Erm, tak pela awak. Saya mandi kat rumah je la. lagipun saya tak bawak baju." jawab Adila Naufa kembali tersipu sipu malu.

"Ala takpela, semalam kan saya guna baju awak. hari ni awak guna la pulak baju saya. saiz kita kan sama je. Eh tak kira, Awak kena mandi jugak baru adil. kalau tak, awak tak boleh balik.!" gertak Nurin Syarina perlahan takut didengari kakak dan ayahnya, Encik Iskandar.

"hahahaa Amboi ugut nampak. okay okay saya mandi. "
jawab Adila Naufa pantas menahan gelak. 

Nurin Syarina yang mendengar jawapan dari mulut temannya, terus tersenyum riang. puas rasa hatinya apabila kata katanya dituruti temannya, biarpun pada mulanya dia tidak yakin akan jawapan temannya itu.

Encik Iskandar menyambung rehat di biliknya. Manakala Syafiqa pula menyediakan persiapan makan tengah hari.  Nurin Syarina dan Adila Naufa menyusul ke dapur untuk membantu Syafiqa. Sempat Adila Naufa singgah di buai milik si kembar.

"wahh comelnyaaaa si kembar ni. Eeee.. Geramnya." bisik Adila Naufa perlahan sambil menghayun lembut buaian merah jambu itu.
Nurin Syarina hanya tersenyum melihat gelagat temannya.  Sekali lagi mereka saling berpandangan. Entah mengapa hatinya semakin dilanda keresahan setiap kali terpandang sepasang mata bundar milik Adila Naufa, Keresahan yang dia sendiri gagal untuk mencari punca.

Mereka bertiga bersama sama menyiapkan makan tengah hari. Setelah semua siap terhidang, mereka memanggil Encik Iskandar untuk sama sama menjamu selera.

Di luar, hujan turun rintis rintis membasahi bumi. awan tampak mendung kehitaman, seakan sarat menampung air hujan yang menandakan bakal turun lebat membasahi bumi.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now