Makan malam

2.5K 51 0
                                    

                                    🌹  BAB 7🌹

Selesai sahaja mandi menyegarkan dan membersihkan dirinya, Nurin Syarina menuju ke katil. Adila Naufa yang dilihat sedang berbaring sambil leka bermain telefon, tersenyum sendirian.

"amboi senyum sorang nampak. tengah chat dengan kesayangan la tu " usik Nurin Syarina yang terketar menahan sejuk.

Adila Naufa yang terkejut, sedikit melambung tubuhnya, hampir sahaja terpelanting telefon di tangan.

"ya Allah, awak ni, kejut saya tau. nasib baik tak de sakit jantung. eh mana ada, saya mana la ada kesayangan. Single ok hahaha "
jawab Adila Naufa ketawa membalas usikan temannya. Terasa lucu diserkap jarang sedemikian.

Nurin Syarina hanya ketawa lalu membetulkan tualanya. Tuala yang bercorakkan kartun spongebob.
Nampak gayanya temannya itu sangat menyukai spongebob. Di setiap sudut biliknya dihiasi patung patung spongebob dan juga cadar tilamnya  turut bercorakkan spongebob rona kekuningan.

" opocot! " Nurin Syarina terkesima apabila merasakan tualanya hampir jatuh ke lantai, namun sempat ditahan. Dia dapat merasakan dadanya gagal untuk diselamatkan. Dia yakin dan pasti temannya yang berbaring di hadapannya, sempat memandang bukit kembarnya.

"ehemm. nasib baik la sempat tarik tadi. kalau tak. kalau tak.. "usik Adila Naufa tersengih sendirian. Nakal.

"err awak nampak ke tadi. adoi malu la saya. ish awak ni. Err mana pakaian saya? " Tanya Nurin Syarina cuba mengalih topik kerana terasa malu yang mula menebal.

"Hahaha, sorry la tak sengaja. Ha ada situ" sahut Adila Naufa memuncung mulutnya ke arah hujung katil , sebagai isyarat.

Tanpa disangka, Adila Naufa mulai berdegup kencang. Terasa debaran yang membuatkan hatinya berdegup laju.
Adila Naufa menahan senyum sendiri sambil membetulkan rambut dan kemudian bergerak menuju ke bilik mandi. Giliran mandinya sudah tiba.

        

         " okay  jom, kita turun kat bawah. mama dan papa mesti dah tunggu kita untuk makan malam." Adila Naufa mengajak temannya turun ke tingkat bawah setelah memastikan kedua dua mereka telah pun bersiap. Mujur lah saiz dan ukuran tinggi serta berat badan mereka tidak jauh beza. Malam itu Adila Naufa mengenakan jeans biru muda dan tshirt lengan panjang berwarna putih suci , ayu berselendang biru gelap bercorakkan mawar putih. Manakala Nurin Syarina juga mengenakan jeans biru muda, berbaju putih lengan panjang yang bercorakkan Love  merah jambu dan berselendang biru muda bercorakkan abstrak kehitaman. Sengaja Adila Naufa mencari padanan tersebut supaya mereka nampak serupa.

Setelah menuruni anak tangga. Mereka berdua menuju ke dapur, kelihatan Puan Azian dan Encik Ishak bersama sama menghidangkan makanan di atas meja dengan bantuan Nur Hani dan adik bongsu mereka, Aqil Danish. comel orangnya, berbadan chubby, pipi montel, dan tambah menarik ada lesung pipit yang menghiasi kedua pipi montelnya.

" Adik nama Aqil Danish eh? eeee comellnya geram tengok.." Nurin Syarina yang sangat menyukai kanak kanak itu terus mendekati Aqil Danish.

" aah. hehe. akak... sape...nama? " Aqil Danish membalas dengan tersekat sekat. Malu.

" nama akak, Syarina. panggil je kak ina",  jawab Nurin Syarina sambil mencuit manja pipi montel miliknya.

Adila Naufa yang memandang hanya tersenyum lebar.
Di dadanya masih terasa debaran sebentar tadi. Debaran yang pastinya adalah bermula dengan sebuah rasa cinta sejak pertama kali mengenali Nurin Syarina.

" Emang lagi syantik..tik..tik.....tik... hei sayangku, hari ini aku syantik. syantik bagai bidadari. bidadari dihati mu.........." Nur Hani yang tengah asyik menyanyi di atas kerusi meja makan langsung
diperli oleh Encik Ishak, selaku ayah mereka.

" ewahh ewahh syantik ye. lagi syantik kalau angah tak nyanyi tau. Hahhahaa"
Ligat Encik ishak mengusik anak perempuan bongsunya. Nur Hani menjeling tajam sambil memuncungkan mulut. kelat dan masam.

"Udah la tu papa nye. suka nau nyakat dak Hani. "
Tutur Puan Azian sambil mempelawa Nurin Syarina dan anak sulungnya, Adila Naufa untuk duduk bersama.

Nurin Syarina menangguk akur lalu duduk melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu yang berukirkan flora. 

Adila Naufa pula lalu mengambil tempat di sebelah temannya.

Puan Azian mencedok nasi ke dalam pinggan pinggan mereka. Begitu lah rutin harian Puan Azian, di samping memegang jawatan sebagai CEO di sebuah Syarikat ternama. Biarpun selalu sibuk, Namun beliau bijak menguruskan masa bersama keluarga tercinta. Lebih suka memasak dan mengemas rumah dengan tangannya sendiri daripada menggunakan khidmat pembantu rumah. Dia mahu keluarganya merasakan air tangannya sahaja. Ada masa jika terlalu sibuk dengan kerja, anak anak lah yang rajin membantu tanpa dipinta.

Sambil menikmati santapan malam itu yang berlaukkan udang galah masak merah, kerabu mangga, Ikan keli panggang dicicah kicap berlada,  sayur sawi masak tumis dan dilengkapi dengan jus oren serta pencuci mulut buah epal merah dan segugus anggur,  mereka berborak dan kenal mengenali.
Gelak ketawa yang menghiasi suasana tika itu menambahkan seri malam itu dengan telatah mereka sekeluarga.

Begitu la bahagianya keluarga Adila Naufa. Dengan sikap peramah dan mesra mama papa nya, Puan Azian dan Encik Ishak serta adik adiknya, iaitu Nur Hani dan Aqil Danish , membuatkan Nurin Syarina cepat merasa selesa dan mesra.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now