Menanti senja

2.4K 49 3
                                    

                              🌹 BAB 19 🌹

"Nak beli air tak?"
tanya Adila Naufa apabila terpandang ada gerai menjual minuman yang berhampiran.

"Boleh jugak". jawab Nurin Syarina ringkas.
Mereka mengorak langkah menghampiri gerai itu. Kelihatan seorang kanak kanak lelaki berusia dalam jangkaan 11 tahun dan seorang makcik tua yang menjaga gerai yang berbumbungkan payung besar berwarna warni.

" awak pilihlah nak air apa? "
Tanya Adila Naufa sambil membetulkan selendang birunya yang jatuh ditiup angin. Terasa kuat angin petang itu menampar pipi.

  " air ni."  jawab Nurin Syarina sambil menunjuk jarinya ke arah air asam boi di depannya. Seakan anak kecil gayanya. Manja dan bersahaja.

"makcik, Air ni satu dan air ni satu." Adila Naufa bersuara menunjuk jari nya ke arah air pilihan mereka kepada makcik yang bertudung hijau itu.

"ok kejap ye nak." balas Makcik gerai itu sambil tersenyum mesra. Adila Naufa mengangguk perlahan membalas senyuman yang terukir di bibir tua milik makcik di hadapannya. Mengikut firasat nya, mungkin makcik itu sudah lanjut 50an, namun terlihat masih kuat dan gagah mencari rezeki.

"Berapa tadi makcik?" tanya Syarina sambil membuka purse hitamnya.

  "Eh tak pe la biar saya bayar."jawab Adila Naufa pantas.

"Ehhh no no. Takpe, biar saya yang bayar. saya yang ajak awak ke sini, so biar saya yang bayar." balas Nurin Syarina juga pantas.

"Laa Takpela. biarlah saya bayarkan. saya ikhlas. dah dah simpan duit awak tu."
Adila Naufa menjawab lebih cepat dan tangkas.
Makcik gerai itu hanya terpinga pinga melihat gelagat mereka berdua. Sekejap dipandangnya ke arah Nurin Syarina, sekejap pula ke arah Adila Naufa.
Sebentar lagi pasti juling matanya kalau tidak dikawal dengan segera.

    " No no no no no no. biar saya bayar. saya pun ikhlas. awak simpan la duit awak. Say .....
"belum sempat Nurin Syarina menghabiskan kata kata, Adila Naufa laju mencelah.

"Awak nak saya buat macam tadi ?"separuh berbisik Adila Naufa menggertak temannya. Sengaja mahu menakut nakutkan disamping mahu temanntya mengalah.

Nurin Syarina yang memahami maksud temannya itu, terus terdiam dan menjeling tajam. Adila Naufa terus mengenyitkan matanya sambil tergelak kecil. Puas hatinya.

Setelah membayar harga air minuman, mereka berdua berjalan ke persisiran pantai.

"nah, air awak." Adila Naufa menghulur perlahan. Sambil menyedut air bandung ais ditangannya

"thanks..." Tutur Nurin Syarina perlahan menyambut air asam boi yang dihulurkan temannya.

 "Nak beli makanan tapi takde jual kat gerai situ tadi. kita cari tempat lain okay. " ujar Adila Naufa perlahan namun cukup jelas kedengaran. Nurin Syarina hanya tersenyum mesra sambil menyedut minumannnya.

Sambil berjalan di persisiran pantai, mereka menikmati minuman. Adila Naufa lantas mengambil cermin mata hitamnya di dalam handbag lalu menggunakannya apabila dirasakan pancaran matahari yang hampir terbenam itu mengganggu pandangannya. Terasa silau matanya.

Nurin Syarina seakan menahan debar apabila melihat kecantikkan temannya yang terserlah setelah mengenakan cermin mata hitamnya.
Sekali lagi terasa seperti ada debaran yang menyinggahi relung hatinya.

" Ramainya org kat hujung tu , meriah je." kata Adila Naufa bersuara memecah keheningan. Nurin Syarina mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah yang ditunjukkan. Dia menyaksikan sendiri , ternyata benar apa yang dperkatakan. Kelihatan sebuah keluarga duduk berkelah di atas tikar, kanak kanak berlari lari dan berkejaran sambil bermain bola. Ada yang membina rumah dan bangunan dari pasir, ada yang bermain air dan tidak kurang juga yang selfie sana sini. Riuh rendah kedengaran suasana di Pantai Sungai Karang petang itu.

  "aah ramai. kat sini memang terkenal dengan keindahan pantainya. kadang ramai pelancong datang berkelah kat sini. Terutama waktu cuti sekolah. " Jelas Nurin Syarina turut menyokong kata kata temannya.

Adila Naufa dan Nurin Syarina meneruskan perjalanan dan menghampiri batu batu besar disitu. Seterusnya mengambil tempat untuk duduk bersantai.

Mereka duduk betul betul menghadap pantai di hadapan matahari yang bakal terbenam tidak lama lagi, sambil berborak rancak dan bergelak tawa menghiasi suasana petang itu sementara menanti senja.

Sedar tak sedar hari mulai sedikit gelap, sebentar lagi mereka akan menyaksikan keindahan matahari terbenam.
Adila Naufa berbisik lembut ke telinga Nurin Syarina.

"awak cantik sangat hari ini"

Nurin Syarina membalas bisikan temannya.
"awak lagi cantik, saya suka tengok awak pakai cermin mata hitam. "

keduanya tersipu malu dan kemudian ketawa kecil apabila melihat wajah masing masing yang kemerahan.

Nun di langit biru yang mulai bertukar wajah kelabu,
Ada sekawan burung terbang riang,
Angin bertiup sepoi sepoi bahasa,

Di air yang tenang,
kelihatan ombak menghempas ke persisiran pantai.
Alunan ombak yang mengganas perlahan ditambah dengan angin yang menampar pipi, menjadikan suasana menjadi nyaman dan tenang.
Indahnya ciptaan Illahi.

Pada raut wajah mereka ada bahagia yang terpancar.
Ada debar yang menikam sanubari.
Ada rasa yang bakal menunggu tiba.




Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now