Mandi di rumah Adila

2.6K 57 0
                                    

                                      🌹 BAB 6🌹

Mereka berdua melangkah keluar dari Hospital Kajang.

"Awak, saya nak tanya sikit boleh?" Adila Naufa memulakan bicara. Nun di langit gelap, kepekatan malam dapat dirasai, kelihatan kerlipan bintang yang sangat indah menghiasi langit malam itu.

"Nak tanya apa, tanya la boleh je."  ?Nurin Syarina menjawab sambil melemparkan senyuman manis buat temannya.

Mereka berhenti di traffic light ketika lampu bertukar merah. lagi 15 minit sampai lah mereka di rumah Adila Naufa.

  "awak macam mana sekarang ni masih single ke atau pun dah ada couple? mana tau awak sorok sorok dari saya kan" perli Adila Naufa sambil ketawa, sengaja mahu menduga hati temannya.

"amboi awak, soalan apakah ini. Hahahaha. saya single lagi la. nape awak ade calon ke untuk saya?" jawab Syarina sambil ketawa panjang.

"oh tak de lagi eh. tak la mana la tahu kot kot ada ke. hehe .Eh awak tak online facebook ke? biasa nya awak la yang hari hari dok up status..hahahaha." Sengaja Adila Naufa mengubah topik.

"hahah ok ok. malas la saya nak online hari ni. esok lusa laa saya online balik. Eh jap, lupa lak. awak boleh tak singgah dulu kat mana mana kedai, saya nak beli barang peribadi sikit ." sahut dan pinta Nurin Syarina sambil matanya mencari kedai berhampiran.

    " Laa. dah nak sampai rumah ni wak. tak pela awak pakai barang saya dulu. jangan risau semua ada. kitakan sama pompuan so tak perlu malu okay." jawab Adila Naufa seakan mengerti kebimbangan pada raut wajah temannya. Lalu membelok ke selekoh Taman Serosa. Nurin Syarina tiada pilihan.  Dia terpaksa akur. Hanya mengangguk kepala dan menunggu masa untuk sampai. Jam menunjukkan pukul 8:55 malam. sampai sahaja di halaman rumah,  mereka pun melangkah masuk dan memberi salam.

Salam mereka bersahut mesra. Dua orang lelaki san wanita separuh usia keluar lalu menyambut mereka berdua masuk ke dalam. Usai sahaja bersalaman, Adila Naufa lekas lekas menarik tangan Syarina ke tingkat atas kamar beradu nya.

" wahhhh sweet dan romantiknya bilik awak, Adila.
pandai awak hias, siap ada love love tergantung indah ." puji Nurin Syarina bila memandang suasana q di dalam bilik tidur temannya.

"Hehe. saya memang suka suasana romantik. sebab dari situ saya akan rasa tenang, happy , dan release tension. Btw thanks tau. "
Tutur Adila Naufa sambil tertunduk tunduk di depan almari mencari barang barang keperluan.

Setelah menjumpai barang yang dicari. dia kembali menyambung.

"Nah, ni ada tuala dan berus gigi, awak mandi la dulu."
Adila Naufa menyuakan barang barang itu kepada temannya yang berdiri tercegat berhadapan dengannya.
Ada raut kebimbangan pada wajah temannya itu. Belum sempat Nurin Syarina berkata kata Adila Naufa terlebih dahulu menyambung kata.

"Nanti saya siapkan baju , seluar dan ehem ehem untuk awak. ehem ehem ni baru punya, saya beli minggu lepas lagi belum pakai pun lagi. saya rasa saiz kita sama , awak cuba la dulu nanti, then kalau  tak selesa kita boleh singgah kat kedai yang tak jauh dari hospital. "

Adila Naufa bersuara setelah menyedari ketidakselesaan, temannya. dia tahu Nurin syarina segan.

" thanks Dila. awak baik sangat. walaupun ni first time kita jumpa. Tapi awak sudi tolong saya walaupun saya rasa saya dah banyak susahkan awak" Syarina berkata sambil memandang tepat ke anak mata Adila Naufa. Adila Naufa tersenyum dan kemudian memegang kedua bahu temannya.

" no Syarina. bagi saya, saya lakukan semua ni ikhklas, kita dah lama kenal. Biarpun baru hari ni kita berjumpa, tapi saya dapat rasakan awak juga ikhlas berkawan dengan saya. dah dah lewat ni. baik awak pergi mandi sekarang, kalau tak saya ikut sekali baru tau Hahhaha" usik Adila Naufa menggertak temannya.
Nurin Syarina tergelak sambil menahan muka kemerahan.
Jelas terpancar raut kesyukuran pada wajanhnya.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now