perjalanan balik ke Kampung Syarina

1.9K 44 5
                                    

🌹 BAB 12🌹

Setelah selesai urusan keluar Hospital, Mereka bertiga melangkah menuju ke kereta.

Adila Naufa membuka bonet kereta dan meletakkan barang barang ke dalam bonet, Nurin Syarina yang membawa beg pakaian turut meletakkan beg ke dalam bonet tanpa segan silu lagi. Entah ke mana hilang perasaan malu dan segan Nurin Syarina. Mungkin tertinggal di dalam poket Doktor Kumar Rameshan agaknya.

Setelah memastikan semua beres ,
Adila Naufa menutup bonet kereta dan masuk ke tempat duduk pemandu.
Encik Iskandar telah pun duduk menyandar di seat belakang.
Adila Naufa dapat meneka Encik Iskandar kurang selesa untuk duduk di sebelah nya memandangkan dia adalah perempuan.

Nurin Syarina duduk di sebelah Adila Naufa.
sambil membetulkan selendangnya, dia menoleh ayahnya yang berada di seat belakang.

"yah. ok tak ni? kalau tak ok ke, rasa pening pening ke, ayah baring la " Tanya Nurin Syarina penuh prihatin.
Adila Naufa yang berada disebelah turut mengiyakan.

Tanpa sedar Adila Naufa dan Nurin Syarina bertentang mata.
Kedua duanya terus malu lalu pura pura memandang ke arah lain. Hati Nurin Syarina mulai terasa lain. Ada rasa berdebar yang menjadi persoalan buat dirinya. Entah mengapa setiap kali terpandang sepasang mata bundar milik Adila Naufa, pasti hatinya terasa laju berdegup.

'JATUH CINTA? Tak mungkin.'
bisik hatinya.

"ayah ok nak. Ina jangan la risau sangat. Tu Ina tu, tunjuk mana umah kita kat Adila, ha kang sesat menangis tak berlagu kita kang " jawab Encik Iskandar tergelak kecil.

Sempat dia bergurau, sememangnya Encik Iskandar seorang yang gemar berjenaka, kerana itulah dia disenangi oleh jiran jiran di kampung.

Nurin Syarina hanya tergelak, malas mahu membahas ayahnya.
kalau dibahas, sampai tahun depan pun belum tentu habis.

Adila Naufa yang mendengar hanya tersenyum melihat dua beranak yang suka bergurau itu..Teringat akan papanya. papanya Encik Ishak juga sama seperti ayah Nurin Syarina, gemar berjenaka, gemar ketawa. Kerana itu juga lah, Adila Naufa lebih rapat dengan papanya berbanding mamanya, Puan Azian.

Kereta yang dipandu Adila Naufa, meluncur laju menuju ke lokasi kediaman Encik Iskandar. Jam menunjukkan pukul 10:35 pagi. cuaca pagi itu tenang dan nyaman. Keadaan jalan raya pagi itu agak sesak.

Hari itu hari minggu. Hari dimana ramai org keluar berjalan jalan, membawa keluarga dan anak anak pergi bersiar siar , bercuti serta melakukan berbagai aktiviti.

Tidak kurang juga, ada yang lebih gemar duduk bersantai dirumah meluangkan masa bersama yang tersayang.

Nurin Syarina yang sedari tadi berdiam hanya berpeluk tubuh, sambil diam membisu menghayati lagu lagu yang kedengaran di corong radio. Entah apa yang bermain di ruang legar fikirannya saat itu. Adila Naufa menyedari sejak kebelakangan ini, temannya itu sering saja mengelamun.

Manakala Encik Iskandar pula sudah dibuai lena , mungkin kerana kepenatan. Dengan usia seperti itu,
sememangnya memerlukan masa rehat yang mencukupi.

" kring..... kring"

Nurin Syarina tersentak dari lamunan.
ada panggilan suara dari nombor yang tidak dikenali.

"Hello..."

"Hello.. hello.. Ina. Saya ni , Iffadh. Saya nak mintak maaf pasal kejadian hari tu. Saya..... masih cintakan awak. Errr saya. sa ......"

Tut tut..tut tut..

Nurin Syarina laju meletakkan telefonnya.
Dengan raut wajah yang merah bagai singa kelaparan, Nurin Syarina lantas mematikan telefonnya. Dia bungkam. Langsung tiada keceriaan pada wajah nya. Adila Naufa yang mula menyedari akan hal itu lalu menoleh ke arah temannya.

"Awak okay tak ni? "
tanya Adila Naufa bimbang. Terpancar pada wajahnya raut kebimbangan.

krik krik..

"Erm.sorry kalau saya masuk campur. kalau ada apa apa masalah awak boleh cerita. kita dah lama berkawan kan. saya bukan nak sibuk ke ape ke. Saya just tak nak awak jadi macamni. hilang keceriaan. mana pergi nya senyuman awak yang manis tu? yang boleh buat saya rasa tenang. Ehem. "

Adila Naufa kembali bersuara namun tetap fokus pada pemanduannya. Terasa malu menerpa dirinya saat terlanjur menyampai bicara dihujung kata.

" Hmmmmm. Tak de ape la Adila. saya rasa tak sesuai kot nak cerita masa ni nanti la sampai rumah nanti saya cerita la." jawab Nurin Syarina perlahan tanpa menoleh ke arah temannya di sebelah.

"okay kalau macamtu. tunggu kita sampai." balas Adila Naufa ringkas namun bernada tegas.


Jam sudah pun menunjukkan pukul 11:30 pagi. Lebih kurang 1 jam 57 minit untuk sampai ke kampung temannya yang terletak di Daerah Kuala Selangor.

Sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Tanjung Karang,
Adila Naufa terpegun melihat sawah padi luas terbentang yang menghijau. Ada orang orang yang digantungkan menggunakan kayu dan buluh di setiap sawah. Kelihatan burung burung terbang sekawan. suasana di kampung Tanjung Karang itu sungguh tenang , nyaman dan indah sekali.

"Masuk kat simpang mana sekarang wak? kiri or kanan? tanya Adila Naufa yang keliru melihat ada dua simpang di hadapannya.

"Masuk simpang kanan , then lurus je , then pastu jumpa surau, selang dua buah dari surau. Rumah warna hijau. Ha situ lah rumah saya."
Nurin Syarina bertungkus lumus menerangkan lokasi rumahnya kepada Adila Naufa.

Hilang rasa amarahnya saat memandang suasana kampung yang sememangnya memberi ketenangan buat dirinya. Encik Iskandar masih lena di seat belakang. Tidak lama kemudian mereka pun sampai.

"Alhamdulillah." bisik Adila Naufa perlahan.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now