Alhamdulillah ayah dalam keadaan baik

2.5K 49 0
                                    

                                       🌹BAB 9🌹
  

Sampai sahaja di katil ayahnya, Syarina melabuhkan punggungnya. Ayahnya Encik Iskandar sudah lena dibuai mimpi. Sunyi sepi keadaan di sekeliling wad itu. Ada beberapa orang nurse yang bertugas shift malam. Nurin Syarina meletakkan handbag di dalam almari yang tersedia di hujung kepala katil. Lampu samar samar membuatkan matanya terasa mengantuk. Hampir lapan kali menguap namun tetap ditahan. Dalam rasa marah, terkejut dan geram, Nurin Syarina tetap peduli akan temannya. Dia tidak mahu hanya kerana kesalahan kecil itu, terus membuatkan hubungan baik antara mereka menjadi salah faham. Dia melilau mencari cari sekeliling dan luar bilik, namun tiada kelibat  Adila Naufa.

bip!

chat whatsapp masuk.

'Syarina, saya minta maaf sangat sangat sebab kiss pipi awak tadi. Saya tak sengaja pun sebenarnya. Atas desakan rasa hati sebab nak bagi Ibtisam sakit hati tanpa saya fikir kesan akibat sisi tanggapan dan pandangan awak. saya harap awak sudi maafkan saya, saya ada je kat luar duduk  di tangga.
     
Nurin Syarina membaca penuh tekun lalu meringankan jarinya untuk membalas, tetapi setelah difikirkan adalah lebih baik sekiranya dia terus keluar berjumpa secara bersemuka dengan temannya. Walaupun mereka cuma berkawan, tetapi jauh disudut hati Nurin Syarina, dia menyukai dan menyenangi sikap temannya yang jauh lebih matang dari dirinya, dia merasa selesa dan happy  mengenali Adila Naufa. Dalam sedar tak sedar dia mula menyimpan rasa sayang pada temannya itu. Namun dia sendiri seakan tidak mengerti hatinya yang terkadang sukar dikenalpasti.

Nurin Syarina mengorak langkah selepas memastikan ayahnya tidur lena dan menyelimuti dada ayahnya perlahan dan penuh berhati hati. Bimbang mengganggu lena ayahnya.

"ehem....."
Nurin Syarina berdehem sambil memgambil tempat duduk di sebelah temannya. Adila naufa mengangkat wajah memandang Nurin Syarina dengan perasaan seribu satu rasa.

"Ape maksud awak tadi, nak bagi Ibtisam sakit hati? korang pernah bercouple?" 
Nurin Syarina menyoal Adila Naufa yang masih leka memandang dirinya.

"Er... er... er... em.. kalau saya cakap YE. awak marah tak? maksud saya adakah awak akan menyesal kenal orang macam saya ni? "
soal Adila Naufa semula.

" tak pe awak jujur je. saya marah ke tak. itu bukan masalah dan persoalannya, So sekarang yang penting sekali awak jujur. "Jawab Nurin Syarina tenang sambil mengerling sekilas jam di pergelangan tangannya.

'Dah pukul 11 malam, cepatnya masa berlalu.'
getus hatinya sendirian.

"okay baiklah. saya jujur Syarina. sebenarnya saya dan Ibtisam pernah bercouple dan saya.... saya tak normal maksud saya hati saya, hati saya tak boleh dengan lelaki. " jelas Adila Naufa lalu tunduk merenung lantai.

Ada getar kebimbangan pada nada suaranya. bimbang akan penerimaan dan tanggapan Syarina. selama ini, Adila Naufa  tidak pernah terusterang menceritakan tentang dirinya Kerana takut akan pandangan Nurin Syarina, takut disalah ertikan.

Lama mereka berdiam, sebelum Nurin Syarina memulakan semula bicaranya.

"Hmmm. Tak pe la Adila. yang penting awak dah jujur sekarang. saya tak boleh nak halang diri awak. saya tak ada hak untuk menilai or  tentukan diri awak macam mana. Lepasni, kalau boleh saya tak nak awak sorok apa apa lagi dari saya, boleh? "
Nurin Syarina bersuara sambil tersenyum manis lalu mencapai jari jemari temannya.

Adila Naufa membalas senyuman temannya dan terus mengangguk laju.
Debaran kian kuat menikam dada Adila Naufa.
Terasa hangat jari jemari yang menggenggam jari jemarinya.
Kaku.

Dari luar tingkap kelihatan bintang indah menyeri malam yang gelap gelita. keadaan highway masih sibuk seperti awal malam tadi. Begitulah kehidupan di kota. Sibuk dengan kenderaan yang tak putus putus bergerak dari highway ke highway. Mereka berdua memutuskan untuk kembali ke dalam bilik wad.


Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now