BAB 2

80 11 0
                                    

     "Hidden messages."kata Iqah lalu mencampakkan isi sampul surat itu di atas meja sambil membetulkan cermin mata bulatnya.Di atas kertas itu hanya mempunyai nombor,symbol dan huruf-huruf.Kami hanya mampu memandangnya dengan mata yang terkebil-kebil kerana tidak faham akan maknanya.Kertas putih bersaiz setengah A4 bersama dakwat hitam serta ditulis dengan tangan,ini lebih susah daripada subjek matematik tambahan di sekolah!

UJI MINDA

57|#d$y(,)q8(/){(/)wp~8

?3|5 >3 a5 t*3 #a>e 0)@'e(...)

[Qp 0.?] @/d d9/(')5 ;e )@5| 94 5*e6(')]] d8|

Clue:

Semua simbol/nombor adalah huruf kecuali yang berada di dalam kurungan (tidak perlu tukar)

Ayat pertama merupakan hari dan tarikh.

[masa]

SMARTPHONE'S KEYBOARD NEEDED

ENGLISH

P/S:just nak test korang je..Takde hadiah..benda ni kacang je...do comment the answer...tq..ily..muahh!!!

"Nah."tambah Iqah lagi lalu mencampak sekeping kertas yang mengandungi jawapan bagi simbol-simbol itu.Kami mengangguk faham setelah mengerti bagaimana simbol-simbol itu dikaitkan dengan huruf.Maksudnya misi ini boleh dijalankan pada minggu hadapan dan misi kali ini juga amat merbahaya sedikit kerana ia melibatkan nyawa orang lain (selesaikan uji minda baru boleh faham).

"Misi kali ni aku tak rasa aku boleh buat strategi sorang-sorang jadi aku perlukan korang untuk tolong aku sekali."kata Keyh dengan nada yang serius.Kami hanya mengangguk sebagai balasan.Misi ini di bawah tanggungjawab kami sepenuhnya kerana kami yang ambil surat itu dan rasanya orang yang sepatutnya menerima surat itu tidak tahu akan informasi tersebut.

"Jadi,nak kene cari pulak kat mana tempatnya?"tanyaku dan iya,soalan itu agak bodoh tapi masalahnya aku penat setelah 2 jam mata menghadap sebuah komputer yang mempunyai 5 skrin,jari jemari tidak putus menekan papan kekunci,otak tidak berhenti mengingati kod-kod tertentu dan sebagainya.6 orang gadis di hadapanku hanya menatap wajahku dengan pandangan 'kenapa-kau-bodoh-sangat-ni?'.Aku hanya menjulingkan mata lalu berdiri untuk menuju ke bilik.Sebelum sempat aku membuka pintu,tiba-tiba lif terbuka dan satu susuk tubuh wanita keluar dari lif tersebut.

"Sape nak Pizza Hut?!!"suara Rane yang bergema itu menghentikan perbuatan aku.Aku terus berlari ke arah meja semula di mana 3 kotak pizza dan 8 mangkuk sup telah dihidangkan di depan mata.Rane menuju ke arah peti sejuk dan mengeluarkan 2 botol F&N berperisa buah-buahan campuran manakala Farah mengambil pinggan dan cawan.Aku segera mengambil semangkuk sup,3 potong pizza dan segelas air lalu pergi ke bilikku untuk sambung kerja.Buat jamah-jamah.Ingat tak lapar ke buat kerja?

Rane masuk ke dalam bilikku bersama segelas air.Dia melihat skrin-skrin komputer yang memaparkan cctv kawasan Thailand itu dengan teliti."Ada apa dekat Thailand?"tanya Rane."Kitorang ada jumpa kilang dadah yang mungkin kepunyaan mafia.Dan kitorang pun jumpa satu sampul surat ni."kata aku lalu menghulurkan sampul surat serta terjemahan simbol-simbol itu."Tulisannya agak berangkai dan sedikit senget jadi aku syak dia ni kidal."jelas aku sambil memasukkan kod-kod di ruangan kosong.

Satu skrin yang dipenuhi dengan kod-kod rahsia itu aku cuba hadam sebaik mungkin.Maklumlah,tengah pecah masuk satelit mestilah banyak benda nak kene godam.Kau ape tahu? "So,nak kene pergi Thailand lah ni?"tanya Rane."Selepas aku tahu kat mana 'tempat biasa tu'"kata aku.Rane mengangguk faham lalu keluar dari bilik aku.

Tiba-tiba,mataku tertumpu di kawasan pergudangan yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.Kawasannya agak terpencil dan hanya terdapat beberapa buah yang-aku-tak-tahu-nak-panggil-apa.Nak kata rumah,bukan rumah.Nak kata kilang,jauh sekali.Tapi ada lah beberapa buah lori 10 tan dan 2 van hitam di situ.Aku zoom kawasan itu dengan lebih dekat lagi.Sebuah van hitam lagi datang dan 5 orang lelaki berpakaian hitam masuk ke sana.Lampu yang agak suram itu menyukarkan lagi untuk aku mengetahui apa tujuan mereka.Jadi aku hanya mampu melihat kawasan luar tempat itu sambil melahap pizza-pizza tadi.

Senyuman puas terukir dibibirku setelah melihat sebuah beg bimbit berlambang topi mafia dibawa oleh salah seorang dari mereka.Nampaknya tuah memang menyebelahi aku.Aku mengekori van hitam itu sehinggalah ia memasuki kawasan tapak pembinaan yang tergendala tetapi masih lagi baru.Van itu dibenarkan masuk oleh guard yang menjaga kawasan itu jadi aku godam cctvnya untuk mengetahui lebih lanjut selok-belok kawasan itu.Terdapat juga cctv di dalam bangunan tetapi sudah sedikit kabur namun dapat aku agak intipati rakaman itu.

"Keyh! Aku dah jumpa!"panggilku setelah terlihat 2 susuk tubuh gadis yang diikat di atas kerusi.Aku hanya memanggil Keyh seorang tetapi kesemua ahli serbu masuk ke dalam bilikku ini.Aku menaip satu kod ini untuk mendengarkan percakapan mereka.Tapi malangnya bahasa siam pulak.Jadi,aku masukkan lagi kod untuk terjemahan.Suara translator ala-ala Siri di dalam Iphone itu bergema memenuhi ruang.

"They took our briefcase which had some Morfin's sample and a letter there."kata seorang daripada 5 lelaki tadi."What?! It goes to the wrong person?! How can it happened?! So the letter can't be reached.Which mean they are not important anymore."kata seorang lelaki yang aku syak ketua bagi kelompok itu.Dia pergi ke arah 2 gadis itu lalu menampar mereka tanpa belas kasihan."Kau kena buat sesuatu.Hantar apa-apa mesej dekat diorang tentang beg bimbit itu pada kita supya 2 orang perempuan tu hidup."kata Keyh pada Nena.

Nena agak pakar dalam perkara yang berkaitan dengan telekomunikasi.Ada dua kes di sekolah menengah,Nena telah memperdayakan satu kumpulan diva senior yang amat dibencinya atas sebab-sebab tertentu.Ketua kumpulan itu terpaksa memutuskan hubungan dengan kekasihnya akibat tindakan Nena yang menggodam aplikasi 'Whatsapp' serta menyamar menjadi ketua kumpulan itu dan mencetuskan pergaduhan.Nena juga pernah menggodam sistem pendidikan untuk mengubah grednya di dalam SAPS.Guru matapelajaran Bahasa Inggeris kami tidak mahu menambah satu markah kesian untuknya yang membolehkannya naik gred dari B ke A.Rancangan itu juga telah memberikan masalah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengformat semula dan mengakseskan perkara baharu untuk memperketatkan lagi keselamatan sistem.Tapi,itu bukan masalah Nena.Yang penting,gred naik.

"The briefcase is with us.Meet us at the same place that you are at right now.Like you were said,Tuesday at 10 p.m.Don't touch those girls until the date.We're watcing you guys."

-send- 

   BERSAMBUNG...

Ehehehe...saje publish pagi² buta...xleh tido...TQSM!! ILY!! MUAHHHHH!!!!

The Silent Case -Detective- [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now